Total Pageviews

9 May 2015

LADAP Pembelajaran Abad Ke 21: Inisiatif Watak Dan Kreativiti

Hari ini kursus LDP disekolah dengan tajuk Mengubah Sekolah Dan Budaya Bilik Darjah Melalui Inisiatif Watak Dan Kreativiti oleh Cik Fong Pick Ching selaku pengurus program CC1, Global Peace Foundation Malaysia dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Satu bengkel yang menarik dan menyentuh hati melalui paparan video yang sangat signifikan dengan peranan guru yang perlu untuk perkembangan pelajar secara holistik. Kami dibahagikan dalam kumpulan dan sesi brainstorming dan pembentangan akan dijalankan untuk bersama-sama berfikir mengenai bagaimana mahu mengubah sekolah dan budaya bilik darjah.

Program berkaitan dengan simulasi bilik darjah 1:
Bagaimana mengintergrasi watak dan kreativiti dalam bilik darjah

Simulasi bilik darjah 2:
Bagaimana inisiatif watak dan kreativiti akan kelihatan di sekolah dan bilik darjah 1
Apa yang membuatkan pelajar suka ke sekolah? 
Tarikan kawan-kawan ke sekolah
Tidak suka  duduk rumah sahaja
Ada mata pelajaran yang dia suka hari tu

Apa yang menyebabkan 30 pelajar suka berada di dalam kelas dan tidak terlibat dengan ponteng?
Guru yang penyayang
Guru yang kecindan
Gaya pengajaran tidak membosankan

Apakah yang anda inginkan dari guru anda jika anda seorang pelajar?
Apakah yang anda inginkan dari pengetua anda sebagai seorang guru?
Jika anda seorang pengetua, apakah yang anda akan lakukan untuk berhubung dengan guru-guru dan warga sekolah?
Sesi role play agar masing-masing dapat brainstorm kekuatan dan kelemahan sekolah untuk membina watak dan kreativiti sekolah yang meransang ke arah persekitaran yang lebih positif


Perbezaan karaktor Antara Belajar Dan Pembelajaran
Belajar secara formal untuk jangka masa pendek berorientasikan ujian dan penilaian. Pencapaian primer semata - mata skor akademik.

Pembelajaran bukan secara akademik dalam jangka masa sepanjang hayat untuk perkembangan menyeluruh pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek.

Kekuatan dan kemahiran seorang guru digabungkan dengan kekuatan dan kemahiran semua guru akan membentuk watak dan kreativiti sekolah.

3 elemen penting untuk transformasi pendidikan
Understand - Engage - Connect


Kratif dan Kreativiti dengan kemahiran kecekapan yang diinginkan oleh majikan
- pekerja yang beretika
- kebolehan berkomunikasi
-berupaya belajar mengenai pekerjaan itu
- motivasi dan inisiatif
-bekerja dengan orang lain
-berupaya menyelesaikan masalah
-kemahiran interpersonal
-bersikap positif
-kreatif dan inovatif
- boleh diharap dan dipercayai

Rushing to Kelana Jaya
Selamat Pengantin Baru, Sidek!


No comments: