1 May 2015

Pengendalian Kes Trauma Dalam Kaunseling

Topik yang menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohammad Nasir Bistamam iaitu pensyarah 
Jabatan Kaunseling Dan Psikologi, UPSI mengenai pengendalian kes trauma dalam kaunseling di Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling Kebangsaan 2015 di Pekan, Pahang pada 28 April 2015.
Antara intipati dan pengetahuan yang ingin saya kongsikan.

Jenis – jenis Trauma
Keganasan fizikal
Malapetaka alam
Trauma sosial
Trauma spiritual

Stress berbeza dengan eustress . Eustress memotivasikan tetapi stress menyebabkan diri tertekan. Distress boleh menjalankan sesi kaunseling manakala cumulative stress yang bermaksud pelbagai perkara yang menyebabkan stress seperti contohnya banjir menyebabkan tidak mendapat makan minum yang cukup,  kehilangan harta benda, tiada kewangan yang cukup, tempat perlindungan tiada, ditambah dengan kehilangan nyawa saudara mara atau orang yang signifikan boleh menyebabkan traumatik stres. Jika berlaku stres maka keperluan fizikal perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Stres yang traumatik berbeza dengan stres yang biasa berdasarkan faktor tersebut;
Berapa cepat dicetuskan
Berapa kerap terjadi
Berapa lama berakhir
Berapa lama ingin bertenang
Psikologi, emotif dan tingkah laku yang terjejas

Sesi kaunseling dijalankan kepada orang yang berfungsi secara sedar dan boleh berfikir
Orang yang terus berada dalam keadaan kaku, tergamam dan perlukan kaunseling krisis kerana psikologi  terjejas.

Peristiwa yang stres akan menjadi traumatik
-        Jika ia tidak dijangka
-        Tidak bersedia
-        Tidak berkuasa/ berupaya mencegahnya
-        Berlaku beulang kali
-        Event yang sangat kejam
-        Pernah berlaku di zaman kanak-kanak


Distress – Traumatic stress- Crisis Trauma/ Acute (stuck) – Post Traumatic Stres Disorder
                                                   Stres Reaction

Jika terdapat lebih seorang mengalami peristiwa traumatik yang sama, tetapi impak kepada setiap orang adalah berbeza kerana :
Berbeza personaliti sama ada personaliti  A atau B
Berbeza coping skill iaitu kawalan diri
Berbeza sembuh secara semulajadi

Seseorang yang mengalami trauma perlu sokongan dari aspek material seperti keperluan asas iaitu perlindungan, makanan dan minuman serta keselamatan diri. Bantuan awal boleh diberikan umpama psikologikal first aids kemudian dijalankan sesi kaunseling dan perkhidmatan kesihatan mental.Time heal iaitu masa diperlukan untuk sembuh. Pasukan Smart Support Team dalam membantu memastikan bantuan fizikal terlebih dahulu. Bagi yang mengalami krisis memerlukan psikologikal first aid dahulu, jika wujud simptom kemurungan maka kaunseling biasa akan dijalankan tetapi jika berterusan maka perlu dirujuk kepada kesihatan mental dan trauma.

Trauma: Kejutan/pukulan/sentakan/pergolakan dan gangguan akibat mengalami peristiwa yang mengakibatkan teringat kembali.
Krisis : keadaan dimana kognitif, afektif dan tingkah laku dalam keadaan tidak seimbang sehingga tidak bermaya atau terpaku
Krisis: Bila tertekan dan terdesak, klien hanya boleh pada satu fokus  sahaja
            Regresi- tidak dapat mengurus kebimbangan,bergantung kepada orang lain dan penolakan
            Psikomotik – tekanan jiwa/kemurungan/risau/sedih dan ketakutan


Simptom Krisis/Trauma
1)Reaksi Emosi:
Kebimbangan, ketakutan, panik, serangan panic, rasa bersalah, marah, kecewa, kebas dan kejutan

2)Reaksi kognitif :
Keasyikan dengan peristiwa, keliru, kurang daya tumpuan dan perhatian, disorientation keliru imej dan tempat, flashback, mimpi buruk, hilang kepercayaan, paranoid sangka negative, sukar mengingat peristiwa, pemikiran obsesi dan ketidakupayaan untuk memahami reaksi sendiri

3) Reaksi Tingkah Laku
Menarik Diri, keletihan, sikap acuh tak acuh, mengelak aktiviti sosial, penggunaan dadah, marahkan Tuhan, menangis, anti sosial, tidak memberi respond dan histeria.

4) Reaksi Fisiologi
Pening, berpeluh, menggeletar, loya, cirit birit, hilang selera makan. Sakit badan, masalah penghadaman, masalah hubungan seksual.

Intervensi Krisis dan Kaunseling Trauma
Jika berlaku peristiwa traumatik, Intervensi krisis dijalankan 24 hingga 27 jam selepas peristiwa traumatik berlaku yang dikenali sebagai ‘trauma debrifing’ .  Bantuan awal dari aspek psikologi perlu diberikan. Kaunseling trauma akan diberikan selepas 4 minggu, jika terdapat simptom krisis seperti ketidakseimbangan emosi, kognitif, tingkah laku dan reaksi fisiologi. Jika selepas kaunseling trauma, klien pulih selepas 8 hingga 12 minggu selepas peristiwa traumatik tersebut, maka klien dianggap pulih tetapi jika sebaliknya klien perlu rujukan Post Traumatic Stress Disorder  kerana mengalami stres yang teruk dan perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Ciri –ciri PTSD seperti neurosis, psikosis dan kes personaliti.

The Six – Step Model
Mendengar                                                     Tindakan
Definasi Masalah                                            Mencari alternatif
Keselamatan                                                    Perancangan
Sokongan                                                         Komitmen


Kaunseling trauma memerlukan latihan yang khusus berikut:
1. Kenalpasti klien yang telah/sedang mengalami peristiwa traumatik
2.Kenalpasti simptom-simptom trauma iaitu mungkin PTSD
3. Berkebolehan membuat rujukan ke tempat yang betul untuk kaunseling atau intervensi yang spesifik

Proses kaunseling trauma
L1 : Pengesahan trauma
L2: Penceritaan semula
L3: Menormalkan simptom
L4: Penerokaan aspek psikososial dan alternatif
L5: Menggalakkan penguasaan diri
L6: Perancangan dan susulan

Huraian:
Jika seseorang yang mengalami peristiwa traumatik, menormalkan simptom dengan setuju apa yang diceritakan oleh seseorang klien itu dengan cara mengesahkan apa yang berlaku. Sewaktu meneroka aspek psikososial dan alternatif, kenal pasti individu yang dapat membantu klien yang merasakan dirinya tidak selamat. Selain itu kenal pasti individu yang dapat memberikan sokongan emosi dan keselamatan kepada klien. Bimbing klien agar dapat berfungsi semula dapat positifkan diri dan mempunyai kawalan diri. Seterusnya perancangan untuk mengawal klien dan tindakan susulan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika mempunyai simptom PTSD.

Selamat Hari Pekerja!
Seronoknya cuti, jadi mimpi ngeri
Bila jem, 12 jam atas jalan raya
Ke Perak pagi ke malam hari :(

 

Telegram Channel