Hari ini ke Kolej Yayasan Pendidikan Cheras untuk menghadiri bengkel Seni Terapi. Terima kasih kepada Yayasan Pendidikan Cheras kerana meluluskan permohonan saya untuk menaja perbelanjaan bengkel pada hari ini. Bengkel ini dijalankan dengan kos sebanyak RM 70 seorang untuk 8 jam . Seramai 26 orang guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa PPW Pudu. Bengkel ini dijalankan oleh Dr Jasmaida Jamaluddin yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus Seni Terapi. Kami dibimbing dengan 5 jenis modul untuk membantu memahami klien sewaktu sesi kaunseling dijalankan.Penceramah mempunyai modul yang dibina sendiri dan mendapat pengiktirafan dan anugerah inovasi dari KPM . Modul sebagai alat bantu yang digunakan untuk sesi kaunseling.
Program/Aktiviti
|
BENGKEL TERAPI SENI UNTUK GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
MENENGAH WILAYAH PUDU TAHUN 2015
|
Objektif
|
·
Melepaskan
tekanan perasaan, tenangkan fikiran, meningkatkan kesedaran di tahap sedar,
perubahan/tranformasi/anjakan pradigma
·
Membantu
klien memahami isu dan permasalahan
yang dialami
·
Penerokaan
terhadap emosi dan perasaan
·
Membantu
klien mendapat celik akal
|
Pengelola
|
Jawatankuasa Guru Bimbingan dan Kaunseling Zon Pudu
|
Tarikh
|
17 Jun 2015
|
Tempat
|
Kolej YPC ITWeb, Taman Maluri
|
Pengisian
|
·
Pengenalan
Terapi Seni
·
Body
Mapping
·
Love
Tracy
·
Lukisan
Bertema
·
Secret
Garden
|
Ucapan tahniah dan galakan
Terima kasih kawan-kawan
Selamat Datang bulan Ramadhan
Solat Terawih mari amalkan
Penceramah memegng lukisan mandala. Klien akan mewarna lukisan mandala Setelah mewarna, klien menceritakan mengenai mandala tersebut setelah memberikan tajuk kepada hasil mewarna lukisan mandala. |
Sesi pengenalan |
Sesi kelompok kumpulan: Masing-masing melukis logo diri dan menampal semua logo ahli dalam satu kertas A4. Ceritakan logo setiap orang dan jadikan satu cerita |
Body Mapping mengesan kes berkaitan seksual dan kesakitan |
Lukisan bertema: Melukis sesuatu yang menceritakan kehidupan kita |
Aktiviti secret garden: Penerokaan kendiri |
Lukisan bertema: Imaginasi pokok yang dilanda ribut, kemarau, dan bagaimanakah jika kamu sebatang pokok itu |
(Atas Kiri: Lukisan bertema) (Atas Kanan: Mandala) (Bawah: Body Mapping, Love Tracy) |
Terima kasih Yayasan Pendidikan Cheras |
8 comments
kalau diizinkan, boleh saya minta modul untuk tujuan rujukan?
Kamu boleh direct dgn Dr Jasmaida yg ketika program ini dijlnkn bertugas di LPPKN. Beliau mempunyai hak cipta terhadap semua buku terapi seni dan modul yg digunakan. Bayarannya agak berpatutan dgn konsultasi penggunaan modul bersama modul yg digunakan
Blh dpt contact sbb sy mmg merancang utk bengkel ni
Saya ada nombor handphone Dr sahaja sbb contact via hp. Sila email saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk saya berikan nombor hp secara personal kpd anda
assalam..modul ini pun sesuai untuk sekolah rendah kan?saya mencari maklumat untuk tugasan saya,, ;-) terima kasih
Ya. Boleh digunakan untuk sekolah rendah dan menengah
terima kasih ;-)entri ini sangat-sangat membantu saya tapi,kalau tak keberatan,boleh tak kalau saya nak tahu lebih lanjut cara perlaksanaan untuk body mapping dan love tracy. terima kasih ;-)
Body mapping ni adalah gambar rajah ttg bentuk badan manusia. Cthnya jika seseorg itu sakit..dia akan mewarnakan di part yg dia sakit. Saya juga pernah menggunakan body mapping ni sewaktu sesi kaunseling murid yg terlibat dgn gangguan seksual, murid tidak dapat menyatakan dgn baik maka dia boleh mapping kan part part yg mengalami gangguan seksual sbg tool untuk memulakan penerokaan lanjut.