15 October 2015

Jemputan Majlis Anugerah Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling KPM 2015


Wah...surat yang ditunggu -tunggu akhirnya datang juga kepada kami. Dengan kedatangan surat ini menunjukkan kami berjaya mendapat tempat antara johan, kedua atau ketiga dalam pertandingan Inovasi Kaunseling Kategori Sistem Maklumat apabila dijemput ke Sarawak untuk mengambil hadiah. Okey saya mengaku memang ke sarawak ialah motivasi utama saya menyertai pertandingan ini. Ini kerana apabila Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPWPKL menjemput saya menyertai pertandingan inovasi ini , otak saya berfikir dengan ligat inovasi apakah yang ingin saya sampaikan memandangkan ketua sektor saya tahu bahawa saya aktif dengan blog. Saya menghubungi kawan baik saya yang bertugas sebagai Pegawai Kaunseling BPSK di Johor  yang pernah menjadi johan kategori ini tahun lepas. Apabila dimaklumkan sahaja pemenang pertandingan ini akan ke sarawak, teruja saya untuk masuk jugak pertandingan ini.
Apa yang boleh saya buat dengan blog? Hasil perbincangan dengan rakan sekerja Cikgu Padali yang memang bagus dalam bidang teknologi maklumat, maka  menggunakan blog ubksmkcheraskl.blogspot.com sebagai tapak untuk  e-dashboard sekolah, e-intervensi kaunseling juga dan Sarawak memang the best approach untuk sentiasa memotivasikan kami apabila kami dah lelah juga key in data untuk pertandingan ini . 

Mendapat surat jemputan ini, bermaksud perbelanjaan ditanggung sendiri untuk ke sana. Strategi kami seterusnya membuat surat -surat memohon penajaan dari koperasi sekolah, PIBG, KLCA dengan nilai 
RM 1,000 setiap agensi tersebut untuk mendapatkan RM 3,000 perbelanjaan kami berempat geng guru kaunseling. 


Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan   :)

You have to dream
Before your dreams can come true

 

Telegram Channel