19 December 2015

Menangani Histeria Dan Kerasukan Semudah ABC Di Sekolah

Wow best tajuk ni. Artikel yang saya jumpa setelah proses mengemas dokumen dijalankan cuti-cuti sekolah ini. Seminar yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Pahang sempena pelancaran jualan kit histeria yang dicipta. Seminar dihadiri oleh rakan sekerja saya. memandangkan sekolah kami pernah juga berlaku kes kes histeria maka guru kaunseling perlu menghadiri kursus. Saya dan Padali pernah menghadiri kursus menangani histeria dengan pelan tindakan yang agak berbeza berbanding dengan seminar ini. yang penting kedua-dua pendekatan boleh digunakan dalam membantu pesakit histeria. Seminar ini dihadiri oleh Rozi pula. Kajian rints Kit Histeria bersama kerjasama Pusat Rawatan Islam Al-Manarah yang diasaskan oleh Dr Haji Jahid Hj Sidek yang menggunakan pengubatan Islam dan kini mempunyai 7 cawangan di Malaysia. Harga RM8,000 lebih bagi kit menangani histeria ini iaitu  pakej kepada kursus dan latihan, khidmat rawatan pakar, rawatan lanjut, sesi ceramah, sesi runding cara, kos pengurusan risiko, kos pengangkutan. Rakan  niaga kit ialah dari Ranum Merah Sdn Bhd, Lot 2891, Lorong Beringin, Batu 17, Kuang, 48050, rawang, Selangor dengan nombor telefon 03-60950346.


Di dalam seminar ini, peserta diajar teknik mudah menangani kerasukan mengikut teknik A,B,C yang juga diaplikasikan di sekolah kami.

A: Analisa
1) Wujud penempatan makhluk halus di kawasan sekolah
2) Makhluk halus mengikut murid balik ke sekolah
3) Amalan Yang Boleh Menyebabkan Kedatangan makhluk Halus seperti permainan spirit of the coin
4) Saka Warisan/ Keturunan

B: Bertindak
Penubuhan pasukan
1) Pengetua
2)GPK - berhubung dengan PPD, JPA, Hospital, Polis
3) 1 Guru Agama - untuk azan
4) 4 Guru -guru bersedia kenali laluan
5) 5 guru lelaki dan 5 guru perempuan untuk mengawal mangsa
6) Semua guru kelas mengawal murid lain
7) Kakitangan sekolah menghubungi ibu bapa

1)ASINGKAN MANGSA
2) AZAN 7 KALI
3)SEPIT 5 JARI KAKI MENGGUNAKAN PENSIL
4) SEMBUR MATA UNTUK KES AGRESIF
5) SIRAM ASID FORMIK DI LOKASI KERAS

C: Cegah
Penggunaan makhluk halus
Amalan yang Bertentangan Syariat: Antara contoh Kebal/Ghaib/ Jurus Kebatinan/ Berhubung Dengan Alam Ghaib/ Bertapa/ Dabus/Baca Hati Pesakit/ Scan Penyakit/Menilik/ Menangkap Jin/Rwatan Jarak Jauh/ Bedah Batin

Sorry tummy
Menu kulit lembu 
 

Telegram Channel