
Hari ini saya dijemput untuk menyampaikan taklimat Minda Sihat kepada guru kaunseling dan guru bimbingan sekolah rendah di sekolah yang terpilih di JPWPKL. Memandangkan ini adalah projek Puan Mahani selaku penyelia kaunseling di JPWPKL yang terakhir sebelum beliau bersara, tentulah saya cuba tidak menghampakannya dengan menerima jemputan untuk menyampaikan taklimat ini.
Saya kongsikan power point saya di sini dengan klik link di sebelah Pengendalian Minda Sihat Di Sekolah . Saya juga share di power point itu bagaimana guru kaunseling mengendalikan kes percubaan membunuh diri.
Modul minda sihat klik link MODUL MINDA SIHAT 2015
Sila klik link biru berikut juga untuk ceramah dari Doktor Program Minda Sihat dari Klinik Kesihatan Cheras
Teknik Mengendalikan Stres
Teknik Mengendalikan Stres
Sila klik link berikut untuk taklimat dari LPPKN Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Remaja
Sebagai guru kaunseling, program Minda Sihat merupakan program yang membantu mengesan masalah murid stres dengan berkesan. Bukan hanya di tingkatan 4 , malahan mana-mana tingkatan sekali pun. Antara soalan yang ditanya sewaktu taklimat bagi memudahkan lagi kefahaman guru kaunseling yang mengendalikan program ini di sekolah.
1) Adakah saringan kedua untuk murid yang mendapat skor DASS yang teruk dan sangat teruk sahaja?
Jawapan : Ya
2) Adakah intervensi dijalankan kepada murid yang mendapat skor teruk dan sangat teruk sahaja
Jawapan: Ya
3) Jika murid yang mendapat skor yang baik tidak dijalankan intervensi tetapi selepas 3 bulan ,murid ini stres dan skor DASS mendapati teruk dan sangat teruk maka perlukan murid ini melalui intervensi Minda Sihat?
Jawapan: Dalam data saringan pertama, murid ini tidak terlibat dalam intervensi khusus, maka dalam saringan kedua data Minda Sihat murid ini juga tidak terlibat dalam kiraan data intervensi khusus tersebut. Walaubagaimanapun, Intervensi yang dijalankan kepada murid ini adalah sama dengan modul minda sihat yang dipelajari modul ini juga boleh digunakan kepda mana -mana murid sasaran teruk dan sangat teruk DASS penggunaannya dan tidak terhad kepada murid ting 4 sahaja.
4) Bagaimanakah jika ibu bapa tidak mahu bekerjasama dengan guru kaunseling?
Lengkapkan semua laporan dengan SOAP note yang betul dan menjalankan konsultasi dengan ibu bapa. Rekodkan tarikh panggilan telefon dan catatkan perbincangan yang dijalankan.
5) Bagaimana merujuk kes murid kepada doktor ?
Contoh laporan dari guru kaunseling ada di bawah. Masukkan dalam sampul surat dan sewaktu ibu bapa membawa anak ke klinik kesihatan, surat tersebut tunjukkan kepada doktor. Doktor akan mendiagnosis kes murid dan menetukan untuk rujukan seterusnya.
Contoh laporan rujukan murid kes kemurungan teruk dan kes percubaan membunuh diri. Berikut merupakan contoh semata - mata dan semua maklumat peribadi adalah rekaan semata-mata.
LAPORAN RUJUKAN MURID
KE HOSPITAL
Nama: Azimah Bt Mazlan
KP: 931212-10-5353
Tingkatan: 4 V 2
Tarikh:
25
Mac 2015
Alamat No 3, Jln 2/144A, Flat Sri
Johor, WPKL
Nombor
Telefon 019- 4657898
LAPORAN KHAS
Tarikh
Perjumpaan
10 Februari 2015
20 Februari 2015
Laporan
Sesi
-
Murid
menjalankan ujian Saringan DASS pada 5 Februari 2015 dan memperolehi skor
kemurungan yang sangat teruk
-
Dari
sesi kaunseling menujukkan murid mempunyai kemurungan yang sangat teruk setelah
ibu bapanya bercerai dan berlanjutan memperolehi keputusan PT3 yang tidak
memuaskan. Berpisah kelas dengan kawan baiknya sewaktu di tingkatan 4
menyebabkan murid ini mengalami tekanan demi tekanan
-
Konsultasi
dengan ibu pada 25 Februari 2015 menunjukkan bahawa murid ini tiada komunikasi
di rumah, suka mengurung diri dalam bilik yang gelap dan tidur selama berbelas
jam tanpa mahu menjalankan sebarang aktiviti sehingga menjejaskan kehadiran ke
sekolah.
Rumusan
guru kaunseling
-
Murid
ini didapati tidak stabil emosi dan mempunyai tingkahlaku yang agak
membimbangkan. Kesihatan murid sudah mula terjejas dan memerlukan rujukan dari
pakar perubatan.
Tindakan guru
kaunseling
-
Merujuk
kes murid untuk tindakan ibubapa ke pakar perubatan
Disediakan
oleh,
(Guru
Kaunseling)
LAPORAN SESI
KAUNSELING
PERCUBAAN MEMBUNUH
DIRI
Nama: Yap
KP: 931212-10-5353
Tingkatan: 4 K 3
Tarikh:
20
Mac 2015
Alamat No 5-8-12, Flat Sri Sabah, WPKL
Nombor
Telefon 019- 9089898
LAPORAN KHAS
Tarikh
Perjumpaan
15 Februari 2015
Laporan
Sesi
-
Murid
menjalankan ujian Saringan DASS pada 5 Februari 2015 dan memperolehi skor
kemurungan yang sangat teruk
-
Dari
sesi kaunseling menujukkan murid mempunyai kemurungan yang sangat teruk setelah
berpisah dengan teman lelakinya.
-
Pernah
cuba mengelar tangannya sendiri dengan harapan ingin mati tetapi tidak ingat
berapa kali percubaan mengelar tangan itu dilakukan.
-
Mengambil
alkohol dan ubat-ubatan apabila ingin melupakan teman lelakinya.
Rumusan
guru kaunseling
-
Murid
ini didapati tidak stabil emosi dan mempunyai tingkahlaku yang agak
membimbangkan. Sudah mempunyai niat dan cara untuk membunuh diri. Perlu bantuan
pakar perubatan.
Tindakan guru
kaunseling
-
Merujuk
kes murid untuk tindakan ibubapa ke pakar perubatan
Disediakan
oleh,
(Guru
Kaunseling)