30 October 2016

Sinopsis Pertandingan Hari Kedua Inovasi Dan Kreativiti Psikologi Kaunseling 2016


Saya kongsikan sinopsis pertandingan inovasi dan kaunseling anjuran BPSK KPM untuk hari pertama melalui link berikut. Sila klik


Hari ini saya kongsikan sinopsis pertandingan ini yang bertanding untuk hari kedua. Keputusan penuh sudah diketahui tetapi oleh kerana saya tidak sempat menyalinnya maka saya akan update dari semasa ke semasa keputusan tersebut pada sinopsis ini. 





ANUGERAH EMAS KATEGORI BAHAN CETAK
JOHAN
 1. Nama Organisasi: SMK SERI NILAM, 20050 KUALA TERENGGANU 
2. Jenis Penyertaan: Individu
 3. Kategori Inovasi dan Kreativiti: Bahan Cetak
 4. Nama Ketua Kumpulan: YUSRI BIN ABDULLAH 
 Email: yztouch67@gmail.com 
 Sinopsis projek/Inovasi dan kreativi

 Tajuk: 
KIT MUDAH ALIH INFO KERJAYA Inovasi dan kreativiti Kit Mudah Alih Info Kerjaya ilmu berkaitan dengan skop kerjaya yang ada di dunia ketika ini. Idea asas hasilan inovasi ini adalah hasil kajian Holland tentang tret-tret personality individu mempengaruhi pemilihan kerjaya oleh seseorang individu. Minat adalah salah satu tret yang ada dalam diri seseorang dan apabila ia berinteraksi dengan aktiviti seperti reakrasi, hobi, kerja dan lain-lain maka ia boleh mengambarkan ekspresi personality individu. Hasil Inovasi dan kreativiti di persembahkan dalam bentuk poster (bahan bercetak) dan Kit yang mudahalih boleh dibawa ke mana-mana terutamanya ke bilik darjah. Pencipta (Yusri bin Abdullah) telah mengolah semula dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Pencipta telah menyaring, memilih, menyusunatur maklumat yang lebih mudah. Kit Poster Info Kerjaya sangat berguna kepada guru-guru bimbingan & Kaunseling untuk menyampaikan bimbingan pemilihan kerjaya. 








Nama Organisasi : SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru 
2. Jenis Penyertaan : Individu 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak 
4. Nama Ketua Kumpulan : Norakmar binti Abd Rashid  
  Tajuk : Modul BESH (Bijak Emosi Sejahtera Hidup) Meningkatkan Kesejahteraan Mental Murid 

Modul ini merupakan hasil inisiatif Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru, ingin memperkenalkan satu modul inovatif dan kreatif yang boleh diguna pakai di peringkat sekolah menengah. Hal ini Guru Bimbingan dan Kaunseling ditanggungjawabkan untuk membimbing murid-murid Tingkatan 1 dan 2 dalam aspek Psikometrik khususnya tret-tret dalam Inventori Personaliti. Penulis memberi pengkhususan kepada kumpulan sasaran iaitu kelompok Permata Jiwa (Kritik Diri Tinggi). Modul Bijak Emosi Sejahtera Hidup (BESH) dibangunkan melalui empat aktiviti iaitu Imej Spontan, Emosi Saya, Bulatan Hati dan Rawat Emosiku. Dalam tempoh enam bulan, penulis mendapati murid-murid yang dikategorikan skor kritik diri tinggi ini akhirnya berjaya diturunkan menjadi skor kritik diri sederhana iaitu individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya. Apabila emosi mereka sihat dan sejahtera, mereka mampu memperkembangkan potensi mereka, khususnya disiplin diri dan pencapaian dalam bidang kokurikulum. Saya seperti nama di atas akur dengan syarat-syarat Pertandingan 


Nama Organisasi : Sektor Psikologi dan Kaunseling Negeri Johor 
2. Jenis Penyertaan : Kumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Terapi 
4. Nama Ketua Kumpulan : Hj Jailani bin Hj Sopar 
SABARIAH BT SHAFIE
 ISMAIL BIN HJ AHMAD 
  LUKMAN BIN MOHD UZIR 
 EMI NORHAYANI BT MOHD YUSIR 

  Sinopsis Projek Inovasi dan kreativiti 
Tajuk : Seni Khat dan Kaligrafi Kontemporari sebagai Satu Alat Terapi dalam Sesi Kaunseling 

Dalam pelaksanaan sesi kaunseling, adakala terdapat batasan tertentu yang menjadi penghalang keberkesanan sesuatu sesi. Oleh yang demikian, inovasi ini diperkenalkan sebagai suatu alat yang boleh digunakan bagi membantu kaunselor meningkatkan keberkesanan sesi di samping membolehkan klien mendapat perkhidmatan yang berkesan. Saya seperti nama di atas akur dengan syarat-syarat Pertandingan Inovasi Psikologi dan Kaunseling serta akan memberi komitmen sebagai peserta pertandingan ini. Saya mengaku dan mengesahkan bahawa inovasi dan kreativiti





ANUGERAH PERAK KATEGORI TEKNIKAL

 1. Nama Organisasi : SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT, KUALA LUMPUR
 2. Jenis Penyertaan : Berkumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal (Terapi) 
4. Nama Ketua Kumpulan : HARRIANI BINTI MARZUKI 
 1. NORMA BINTI HITAM 

 Sinopsis projek/Inovasi dan kreativiti
 Tajuk : Laman Kaseh Faridah (Taman Ilmu dan Terapi) 
Projek/Inovasi ini tercetus apabila melihat kurang tarikan murid ke bilik kaunseling jika tidak dirujuk atau dijemput untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Faktor kedudukan yang bukan laluan utama murid-murid mengurangkan tarikan murid. GBK mengambil inisiatif menceriakan taman berhadapan bilik UBK dahulu sebagai tarikan kepada murid. Keadaan taman yang suram, terbengkalai dan sedikit rosak diceriakan agar lebih kondusif, terapeutik dan berinformasi kepada murid-murid. Projek ini mendapat sumbangan beberapa pihak manakala tenaga kerja digunakan sepenuhnya oleh GBK sendiri dan dibantu beberapa pihak. Masa yang diperuntukkan ialah selepas waktu persekolahan dan setiap hujung minggu kerana projek ini bergantung kepada cuaca dan masa GBK. Hasilnya, murid-murid mula berkunjung kerana tertarik dengan persekitaran yang hijau dan terapeutik selain mendapat informasi berkaitan UBK yang disediakan di sekitar taman tersebut. Projek ini dikongsi rakanrakan guru melalui aplikasi facebook. Projek ini sangat memberi inspirasi dan kepuasan yang sangat tinggi kepada GBK. 






1. Nama Organisasi : SMK KHIR JOHARI, TANJONG MALIM, PERAK 
2. Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan * 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal 
 4. Nama Ketua Kumpulan : EFFA RINA BT MOHD MATORE 
SITI SURAIYAH BT M.HORSI

 Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti (tidak lebih daripada 150 patah perkataan)
 Tajuk : COUNSELOR’S BUDDY 

COUNSELOR’S BUDDY MERUPAKAN EMPAT BUAH KOTAK YANG MEMPUNYAI FUNGSI MENYAMAI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BERTEMAKAN EMPAT BIDANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING IAITU PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID, PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID, PENDIDIKAN KERJAYA MURID JUGA PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL . SETIAP KOTAK MENGANDUNGI 10 AKTIVITI YANG DISERTAKAN BBM DAN MANUAL PENGGUNAANNYA. COUNSELOR’S BUDDY BERSIFAT MOBILE, ON THE GO DAN MESRA PENGGUNA DALAM MEMBANTU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG SERINGKALI DIBERIKAN WAKTU KELAS GANTI SECARA AD HOC. COUNSELOR’S BUDDY JUGA TELAH DUJI PAKAI OLEH GURU-GURU DI SEKOLAH ATAS GALAKAN PENGETUA YANG BERPENDAPAT GURU MATA PELAJARAN JUGA PERLU MENGISI AKTIVITI DI KELAS GANTI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH DAN MENARIK. PENGGUNAAN COUNSELOR’S BUDDY TELAH MENINGKATKAN KEYAKINAN GURU DAN PADA MASA YANG SAMA, PELAJAR MENJADI LEBIH RESPONSIF DAN MAMPU BERFIKIR DI LUAR KOTAK. 



 SK Tanjung Minyak 2, Melaka 
2. Jenis Penyertaan : Individu/ Kumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak/Sistem Maklumat/ Teknikal 
4. Nama Ketua Kumpulan : Pn Yusnizal binti Ismail 

. Sinopsis projek/Inovasi dan kreativiti 
 TAJUK : TEKNIK A.Z.A.N ( Teknik Pernafasan efektif dalam meningkatkan ketenangan diri) 

TEKNIK AZAN adalah satu formula khas yang dicipta bagi memudahkan seseorang individu untuk menstabilkan emosi dan merasai ketenangan. Formula yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi ini menggunakan akronim A.Z.A.N dan digunakan sepenuhnya di sekolah terutama bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan. Lazimnya murid akan berasa takut dan cemas sehingga menyebabkan mereka hilang 23 fokus sewaktu menjawab walaupun pada hakikat yang sebenar mereka telah bersedia. Sehubungan dengan itu mereka diajar formula ringkas yang juga merupakan langkah dalam menjalankan terapi iaitu A ( Atur Pernafasan yang tenang), Z( Zahirkan apa yang diinginkan), A ( Alami dan rasai ketenangan), N ( Nekad dan yakin kejayaan menjadi milik anda). Berdasarkan Formula ini teknik pernafasan yang diajar adalah berdasarkan bilangan 8 ( tarik), 4 ( tahan ) dan 8 ( hembus) Teknik ini menggunakan pendekatan neurolinguistic programming dan menerapkan teori pemusatan klien oleh Carl Rogers. Teknik ini telah diperkenalkan kepada kepada 30 buah sekolah dan institusi termasuk sekolah rendah dan menengah di Melaka dan Negeri Sembilan, anak-anak orang asli, ibubapa dan kakitangan Kementeriaan Kesihatan. Ianya bukan sahaja boleh digunakan oleh murid, malah guru, ibubapa dan semua orang yang ingin merasai ketenangan dan fokus dalam apa yang mereka lakukan. 












Nama Organisasi : SMK PADANG MIDIN 21400 KUALA TERENGGANU 
2. Jenis Penyertaan : Berkumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Terapi 
4. Nama Ketua Kumpulan : Siti Rokiah binti Abdullah Nombor 
 2 ROSMAWATI BINTI ABDULAH 
 3 ZALEHA BINTI HUSAIN 
 4 SYED MOHD JAWWAD B. SYED MUSTAFFA 

 Sinopsis projek/Inovasi dan kreativiti 
 TAJUK : TERAPI ASMAUL HUSNA : APLIKASI MELALUI PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BERSAMA PELAJAR

 Kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu mengenai salah laku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar pada hari ini di dalam media massa. Pelbagai cadangan dan andaian dikemukakan dalam usaha menangani permasalahan ini. Oleh itu menerusi inovasi Terapi Asmaul Husna: Aplikasi Melalui Pendekatan Psikologi dan Kaunseling Bersama Pelajar adalah merupakan satu usaha menangani permasalahan salah laku dalam kalangan pelajar SMK Padang Midin. Matlamat amalan Terapi Asmaul Husna ini menjurus kepada pembentukan peribadi pelajar di samping membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar khasnya yang mempunyai masalah salah laku. Dengan kekuatan amalan terapi ini, seseorang itu semakin kuat dan seterusnya akan seimbang dari aspek rohani dan jasmani. Untuk mempastikan pelajar-pelajar dapat melaksanakan terapi ini dengan berkesan, sebuah Studio telah diwujudkan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling. 






Nama Organisasi : JPN Kelantan 
2. Jenis Penyertaan : Berkumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak 
4. Nama Ketua Kumpulan : En.Wan Zain B. Wan Jaafar 
1. En. Abd. Rahim B. Mat Jusoh  
2. En. Amiran B. Adnan 
 3. En. Wan Mohd Lokman B. Wan Mustapha  
4. Pn. Nuhazura Bt Abdullah

Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti 
 Tajuk : Sayangku Sayangmu Jua 

Program ini merupakan kunjungan mesra dan professional secara bersekemuka di antara kaunselor dengan klien bersama suami/isteri/waris klien yang mengalami masalah kesihatan kronik berada di tahap 3 dan 4 berdasarkan kepada laporan perubatan. Sepanjang program, Kemahiran kaunseling digunakan untuk memantau kesejahteraan seseorang. Program yang dilaksanakan memberi fokus utama kepada anggota organisasi yang sakit. Namun, bebanan sebenar adalah kepada ahli keluarga yang menjaga pesakit. Program ini memfokuskan proses kaunseling terhadap ahli keluarga yang menjaga pesakit. Harapannya, stress yang membebani mereka dapat dikurangkan. Oleh itu, proses penjagaan pesakit itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik untuk kedua-dua pihak. Antara objektif program adalah  untuk mewujudkan (rapport) dengan klien dan keluarga, mendapatkan maklumat dan status kesihatan klien yang terkini, memberi motivasi kepada klien serta merangsang perubahan 






Nama Organisasi : Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 
2. Jenis Penyertaan : Berkumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Sistem Maklumat  *
 4. Nama Ketua Kumpulan : En. Muhammad Badron bin Othman 
1. EN. MUHAMMAD BADRON BIN OTHMAN 
 2. PN. HJH BHINECAWATY BT HAMZAH 
3. PN. NORA AZLINA BT OTHMAN 
 4. EN. MD IDRIS BIN JUSOH 
 5. PN. MAHERAN BT ALIAS

 Tajuk : e-mdKesihatan SINOPSIS 
 Sistem e-mdKesihatan yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang penyakit yang dihadapi oleh Warga Pendidik Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Ia bertujuan untuk memudahkan Kaunselor memberi bantuan dari sudut kaunseling serta membantu organisasi meningkatkan produktiviti kerja. Sistem ini boleh diakses dimana-mana sahaja menggunakan telefon pintar atau komputer riba. Keputusan boleh dibuat dan dianalisis dengan cepat dan mudah. 

 JPN Pulau Pinang
2. Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan * 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak 
  
Mohd Radzi bin Hj. Idris
Mohd Fashan bin Ishak 
 Mohd Lazim bin Hj. Sabir 
 Yusaini bin Ahmad 
 Zanazuriany bt Mohd Amin   
 Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti (tidak lebih daripada 150 patah perkataan) Tajuk : Modul Interaktif Suai Kenal Kumpulan (untuk ahli AKRAB) Modul yang dibina adalah untuk kegunaan ahli AKRAB dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam mana-mana program yang dijalankan oleh KON atau KOD bagi negeri Pulau Pinang. Modul ini khusus kepada fasilitator yang dilantik di kalangan ahli AKRAB dalam mana-mana program yang melibatkan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi slot suai kenal. Contoh KON atau KOD melaksanakan program peningkatan profesionalisma kepada AKP di peringkat negeri Pulau Pinang dan melantik ahli AKRAB sebagai fasilitator bagi melaksanakan slot sesi suai kenal. Untuk tujuan ini, ahli AKRAB boleh menggunakan modul ini sebagai panduan dalam mengendalikan kumpulan semasa sesi suai kenal. 


JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
 2. Jenis Penyertaan : Berkumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal/Alat 
4. Nama Ketua Kumpulan : Pn Ruhani Bt Nordin Nombor 
En Zulkifli Bin Ibrahim 
 2. Hj Mohd Samsul Bin Dolah
 3. Pn Salmiah Bt Monshie 
 4. Hj Mustafa Kamal Bin Ahdani@Adam 

6. Sinopsis projek/Inovasi dan kreativiti 
 Tajuk : Transformasi Kecerdasan Emosi Dalam Pembelajaran dan Pengajaran (TKEdP): Mengenalpasti keselesaan bekerja dalam organisasi. Pendidik bukan robot, tetapi manusia yang mempunyai perasaan yang tidak boleh dikesampingkan. Jika ingin merubah pendidik ubahlah hatinya, jika mahu merubah murid ubahlah hatinya, jangan diubah tubuh tanpa perasaan. Hati ialah raja yang memerintah tubuh badan. Sebagai pendidik yang mempunyai tugasan sebagai penyampai ilmu perlulah menentukan diri berada dalam kondisi yang seimbang terutama ketika berhadapan dengan murid. Pendidik yang yang memiliki Kecerdasan Emosi berkeupayaan untuk mengawal diri dan individu lain dari aspek perasaan dan emosi. Keupayaan membezakan emosi antara kedua-duanya serta kemampuan menggunakan maklumat dapat memandu pemikiran dan tindakan yang berkesan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada para pentadbir, guru-guru dan sesiapa sahaja melalui perkongsian kepakaran, penerimaan input oleh pakar kepada sasaran dan mengambil langkah proaktif serta menjadi model dan teladan terbaik kepada muridnya. Bagaimanapun, persekitaraan kerja yang lebih sesuai dan selesa menjadi titik tolak kepada warga sekolah untuk menumpukan tenaga kepada aktiviti teras iaitu PdP. Justeru, proses menentukan tahap keselesaan bekerja dalam organisasi adalah penting kerana aktiviti yang dijalankan dapat dipacu agar lebih berkesan dan berimpak tinggi. Prinsip TKEdP : 1. Manusia mempunyai harga diri 2. Manusia makhluk yang unik 3. Manusia memiliki personaliti yang bersepadu ialah manusia yang sihat 4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri (Self-Actualization) Inovasi TKEdP memberi makna: 1. Perkongsian Kepakaran 2. Instrumen Keselesaan Bekerja Dalam Organisasi 3. Instrumen Kepimpinan Organisasi Sekolah Inovasi yang ingin diketengahkan adalah penggunaan Instrumen Keselesaan Bekerja Dalam Organisasi yang berupaya memberi maklumat awal tentang tahap keselesaan bekerja warga sekolah sebelum TKEdP dilaksanakan. 






 SMK Sungai Manik 
2. Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan 
3. Kategori Inovasi Dan Kreativiti : Bahan Cetak / Sistem Maklumat / Teknikal 
4. Nama Ketua Kumpulan : Zaidah Binti Kussin 
   KHAIRUL AZMI B JAIT 

 Sinopsis Projek Inovasi Dan Kreativiti
 Tajuk : Pengurusan Dokumen Laporan Sesi Kaunseling Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling, sebagai perkhidmatan profesional adalah bersifat eksklusif yang membezakannya daripada profesional lain. Pernyataan-pernyataan klien dalam perbincangan sesi kaunseling adalah gambaran diagnostik mengenai isu dan perkembangan individu. Persediaan borang laporan pemeriksaan, pencerapan maklumat klien, pemerhatian terhadap perkembangan diri dan penilaian kesan dianalisis dari pelbagai sudut untuk membantu proses kaunseling. Laporan adalah prosedur yang ditetapkan sebagai bahan sokongan dan rujukan. Penggunaan aplikasi ssitem maklumat psikologi untuk merekod maklumat meningkatkan keupayaan kaunselor dalam melaksanakan tugas. Pengendalian sesi yang sistematik membantu penyelesaian isu yang dihadapi oleh sasaran untuk mencapai objektif psikologi dan kaunseling. Dokumentasi menjadi kayu ukur kepada tahap keberkesanan perkhidmatan. Laporan professional membolehkan kaunselor membuktikan kepakarannya. Ia memberi impak kepada persepsi dan penilaian individu dan keperluan pihak ketiga. 


In the journey of life
We pleasures and pain
There will be sunshine and rain
There will be loss and gain
But we must learn to 
Smile again and again
 

Telegram Channel