Hari terakhir persekolahan dan memenuhi janji untuk ke UCSI dinner sempena anniversary 30 tahun penubuhan UCSI. Sebuah universiti swasta yg terletak dlm daerah Cheras dan berhampiran hanya 10 minit dari SMK Cheras menyebabkan faktor penarik murid saya untuk ke sana melanjutkan pelajaran.
Dengan PR yg agak bagus dari pegawai UCSI yg selalu datang ke sekolah menghantar pelbagai jenis doorgift, beg untuk kegunaan student atau program guru..maka agak sukar menolak undangan dari universiti ini.
Maka malam ini saya dan Rozi menghadiri majlis ini dgn agak tergesa gesa rushing kerana kami balik lewat pukul 5.00 petang stayback di sekolah dan sempat saya, Rozi dan Raudzah ke Medan Selera Bandar Tun Razak melayan mee soto memandangkan kami tidak sempat lunch di sekolah. Sampai rumah dah nak Maghrib dan keluar semula ke UCSI meredah jem malam krn hujan lebat sebelum tu menyebabkan kami tiba pada pkl 8.15 mlm. Mujur makanan tak hidang lagi...kwang kwang.
Tema kreatif black tie so rembat jela baju hitam kami yg dihadiahkan oleh Ketua Sektor Psikologi Kaunseling Cik Rosnah sewaktu penyampaian hadiah Pertandingan Inovasi. Yg menariknya untuk program sebegini kami dapat berjumpa dgn guru kaunseling dari Selangor dan WPKL dan konsultan pendidikan. Saya satu meja juga dgn konsultan pendidikan dan sempat saya memohon tajaan mereka untuk aktiviti Zon Pudu tahun depan dan wow mereka bersetuju :) Kalau berjaya projek 3 hari 2 malam itu nanti saya akan share ttg projek yg saya akan laksanakan tahun depan untuk guru kaunseling Zon Pudu.
Menu makanan Cina ni kena sabar...byk ratah ratah tanpa mkn dgn nasi huhuhu kelakar bila saya dgn Rozi dok tunggu bila nasi nak keluar.At last pkl 11. 15 mlm kena juga kami minta diri sbb dah lewat dan event pula belum habis lagi. Pelbagai persembahan diadakan dgn meriah samaada dari pelajar, VIP atau staf UCSI yg berbilang bangsa. Tahniah UCSI kerana penganjuran yg begitu meriah. Terima kasih atas jemputan.
Selamat bercuti warga Cherasian
Selamat bercuti anak -anak
Enjoy your holiday!!!!yeah..