Abaikan format minit mesyuarat yang dah lari apabila masuk blog. Yang penting isinya huhuhuhu.
MINIT MESYUARAT
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI
PERTAMA 2018
SMK
CHERAS
Tarikh : 16 Januari 2018
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu :Pengetua SMK
Cheras
Kehadiran :
1)
Cik
Lee Swee Ching Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum
2)
Pn
Nor Azlinda Bt Hasmunih Pen.
Kanan Hal Ehwal Murid
3)
Puan
Maznah Musa Pen.
Kanan Kokurikulum
4)
En.
Raheman Bin Ahmad Penolong
Kanan Petang
5)
Pn
Nafsah Bt Mohd Shah Setiausaha
HEM
6)
Pn
Nur Asyikin Ho Bt Abdullah Guru Kanan Teknik &
Vokasional
7)
Pn
Jasmail a/p Mewa Singh Guru
Kanan Sains & Matematik
8)
Pn
Noor Alamiyah Bt Zakaria Guru
Kanan Bahasa
9)
En
Mohd Hasbi Bin Ramli Guru
Kanan Kemanusiaan
10) Pn Nurhaiza Bt Che Mat Guru
Kaunseling
11) Pn Rozinani Awang Guru
Kaunseling
12) Pn Raudzah Bt A. Rahman Guru Kaunseling
13) Pn Faiza Mamat Penyelaras Tingkatan 1
14) Pn Murniyati Bt Masari Penyelaras
Tingkatan 2
15) Pn Salina Bt Mohd Isa Penyelaras
Tingkatan 3
16) Pn Roszita Bt Md Toff@ Zulkefli Penyelaras Tingkatan 4
17) Pn Farah Hanum Bt Ramly Penyelaras
Tingkatan 5
18) En Mohd Noor B Mat Deris Ketua Guru
Disiplin Pagi
Guru Tidak
Hadir:
1)
Pn
Ratna Dewi a/p Gopalakrishna Setiausaha
Lembaga Pengawas
Urus Setia : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Puan
pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengalu-alukan
kehadiran semua AJK
Tindakan
: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit
mesyuarat diterima dan disokong oleh
Pn Rozinani Bt Awang tanpa pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara
(4.1 pada minit 4.1.1) pada muka surat 2 : Antara penambahbaikan yang akan
dijalankan pada tahun ini: Puan Nurhaiza memaklumkan
telah memaklumkan kepada semua murid
dan warga guru di tapak perhimpunan
3.2 Perkara
(4.2 pada minit 4.2.1) pada muka surat 3 : Pengetua mencadangkan agar Program Selepas
PT3 dirancang oleh penyelaras tingkatan
tiga dengan berkesan dan lebih awal agar kehadiran murid tingkatan tiga tidak menurun dengan
teruk: Puan Salina telah merancang Program Selepas PT3.
3.3 Perkara
(4.3 pada minit 4.2.3) pada muka surat 3 :Operasi lewat yang disarankan kepada unit
disiplin untuk menyediakan data dan dokumentasi
yang lengkap untuk bertanding dalam Amalan Terbaik Disiplin tahun 2017 tidak dijalankan. Encik Mohd Noor memaklumkan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
telah bertanding atas Amalan Terbaik Disiplin
di bawah tajuk SPOT SUIT Murid “Kehadiran Murid Ke Sekolah” kerana impak yang lebih
tinggi.
Tindakan:
Makluman
4. PELAPORAN
4.1 Projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid
4.1.1 Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa program Zoom In diteruskan
namun tiada KPI kelas mengikut kategori kelas kerana
sekolah tidak mengamalkan lagi pengairan
kelas.
Program Zoom In tahun 2017 berjaya
meningkatkan peratus kehadiran
murid ke sekolah berbanding tahun 2016 namun masih
tidak mencapai 90% kehadiran murid ke sekolah.
Tindakan: Makluman
4.1.2 Murid kehadiran penuh dan kelas
kehadiran terbaik iaitu 1 Imtiyaz pada tahun 2017
telah dibawa melawat ke Wetland, Putrajaya
secara percuma dan menikmati makanan percuma.
Tindakan;
Makluman
4.1.3 Murid tingkatan 5 yang hadir penuh
akan diberikan ganjaran sewaktu
mengambil keputusan SPM 2017. Manakala murid dari tingkatan lain akan menerima sijil
penghargaan dan hadiah di tapak
perhimpunan minggu hadapan.
Tindakan:
Puan Nurhaiza
4.1.4 Kajian Impak Program Zoom In telah dihantar dalam bentuk artikel jurnal kepada
Bahagian Psikologi Kaunseling KPM dan terpilih
untuk diterbitkan pada edisi ke 8/2017 Jurnal Bahagian Psikologi Kaunseling KPM.
Tindakan
: Makluman
4.2 Program Guru Penyayang
4.2.1 Indeks kendiri murid untuk Amalan Guru
Penyayang meningkat sebanyak
90% pada tahun 2017. Terima kasih diucapkan kepada
guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam program Guru Penyayang
Tindakan:
Makluman
4.4 Program Sarana dan KSIB
4.4.1 KPI Kehadiran Ibu Bapa Dalam 6 Aktiviti
Utama iaitu KPI Wilayah
Persekutuan KL adalah 75% dan sekolah mencapai 84.45%.
Penglibatan Ibu Bapa pada tahun 2017
berjaya mengatasi KPI WPKL.
Tindakan
: Makluman
4.4.2 Puan Rozinani memaklumkan pengurangan satu aktiviti utama keterlibatan dari
ibu bapa untuk program sekolah iaitu penetapan
target tidak lagi menjadi KPI Sarana Sekolah.
Tindakan:
Makluman
4.5 Program Minda Sihat
4.5.1 Pada tahun ini, format saringan murid berbeza
iaitu 20% murid dari
setiap tingkatan perlu menjalani saringan Minda Sihat.
Tindakan: Puan Nurhaiza Che Mat
4.6
Projek Inovasi
4.6.1 Pada tahun lepas, UBK menerima Anugerah
Perak Inovasi Modul Peringkat Kebangsaan dan Johan Amalan Terbaik Kaunseling WPKL
2017 dan keenam peringkat kebangsaan 2017
Tindakan: Makluman
4.6.2 Tahun
ini akan bertanding untuk pertandingan modul menangani murid bermasalah
disiplin pula bagi Pertandingan Inovasi Kaunseling
Tindakan: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.6.3 Pengetua meminta salinan jejak SPM
disimpan untuk mengkategorikan murid berjaya yang boleh memohon untuk sumbangan
kepada sekolah dan juga mengenalpasti ikon sekolah. Pengetua meminta mengenal
pasti alumni berjaya untuk di tampal di papan kenyataan bagi meningkatkan aura
positif sekolah
Tindakan:
Puan Rozinani Awang
4.7 Bimbingan
Kerjaya
4.7.1 Setiap kelas akan mengikuti lawatan
kerjaya secara berperingkat mulai Januari hingga Julai 2018. Lawatan ke
Institut Pengajian Tinggi Swasta akan diatur dari Januari hingga Julai mengikut
kelas –kelas tingkatan lima.
Tindakan: Pn Rozinani Bt Awang
4.7.2 Intervensi psikometrik perlu dijalankan
selepas pentaksiran psikometrik. Psikometrik murid melibatkan semua tingkatan
dari tingkatan satu hingga tingkatan lima menggunakan e-psikometrik.
Tindakan:
Pn Raudzah Bt A. Rahman
4.8 Operasi
Lewat
4.8.1 Pengetua meminta
pemantauan berterusan untuk kes murid
lewat.
Tindakan:
Makluman
4.8.2 Kes bagi murid lewat kerana dihantar oleh ibu bapa akan diberikan surat
makluman kepada ibu bapa manakala murid lewat
kerana sikap sendiri akan dipantau untuk kes disiplin.
Tindakan:
En Mohd Noor Bin Mat Deris
4.9 Hal
– Hal Lain
4.9.1 Fokus Unit Bimbingan
Dan Kaunseling pada tahun 2018 ialah kesihatan
mental remaja.
Tindakan:
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
4.9.2 Puan Nurhaiza
memaklumkan bahawa jadual waktu guru kaunseling
telah ditampal di semua kelas dan diharapkan guru penyedia relief akur dengan jadual
waktu guru kaunseling dan tidak
memberikan waktu relief sewaktu guru kaunseling mengadakan
temujanji sesi kaunseling dengan murid mengikut jadual waktu tersebut.
Tindakan: Puan Nor Asyikin Ho Bt Abdullah
5.
Penutup
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.45 petang
Disediakan
oleh,
(Puan
Nurhaiza Bt Che Mat)
Setiausaha
Happy weekend