26 June 2018

Intervensi Psikometrik: Mengenali Pilihan Kerjaya Berdasarkan Kod Mata Holland Murid




Aktiviti yg saya lakukan apabila mendapat relief 2 masa berderet. Aktiviti ini sesuai untuk ting 1 dan ting 2 mengenali kepelbagaian kerjaya berdasarkan minat kerjaya masing masing mengikut trait minat kerjaya. Sekolah saya mempunyai 4 kelas ting 2 dan tiga kelas ting 1 disebelah pagi. Maka kenalah saya ambil tahu  juga keperluan mereka. Manakala 6 kelas ting 2 di sesi petang dan 6 kelas ting 1 di sesi petang.

Aktiviti ini dijalankan di bilik kaunseling 
1. Rujuk kod 3 mata Holland yg murid dapat berdasarkan Inventori Minat Kerjaya.
2. Rujuk carta jenis kerjaya dgn kesesuaian kod 3 mata Holland tersebut.
3. Senaraikan pekerjaan yg disenaraikan di carta
4. Gunakan komputer, kamus pekerjaan, folio kerjaya untuk mencari maklumat berkaitan  spesifikasi pekerjaan tersebut dan personaliti yg sesuai untuk kerjaya tersebut.
5. Murid mengenali pelbagai pilihan kerjaya yg  sesuai  untuk diterokai spesifikasi kerjaya  mengikut kesesuaian minat dan personalitinya.
6. Melalui penerokaan tersebut, murid lebih mengenali kerjaya yang  lebih cenderung dgn personaliti dan minatnya









Selamat hari lahir mak
Semoga sihat selalu
Miss you


 

Telegram Channel