25 June 2018

Bengkel Penghakiman Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL




Hari ini saya melompat rasanya apabila terjaga pukul 5.30 pagi! Dah cuti hampir 14 hari rutin biasa bangun 4.30 pagi dah terlari timing hihihi. Bila Bowie dan Chloe menjenguk saya ke dalam bilik sambil mundar mandir, saya tau yg dah lebih pkl 5 pagi. Kucing kesayangan family kami ini akan bangun 4.30 pagi dengan saya sambil menemani saya menuruni tangga untuk memasak di dapur.. dan of course lah ada habuan breakfast dryfood Equilibrio atau dryfood Royal Canin sbb menemani saya di dapur.
On the road pada pukul 6.30 pagi terlewat 20 minit dari rutin asal membuatkan saya pasrah sahajalah meredah jem ke tempat bengkel pemurniaan pertandingan kerjaya ini di OUM Taman Seri Rampai selama sejam tiga puluh minit.
Membantu Subhi selaku YDP MGKKL mengelolakan bengkel hari ini anjuran Majlis Guru Kaunseling KL dan saya selaku Timbalan YDP MGKKL. Selepas Subhi memberikan taklimat, setiap kumpulan duduk dalam kumpulan masing masing untuk memurnikan garis panduan pertandingan masing masing.
So hasilnya garis panduan baru akan dimuatkan dan disebarkan untuk peringkat JPN nanti.
Antara penambahbaikan untuk pertandingan

Rekabentuk Grafik Kerjaya
1) Tidak dibenarkan membawa aksesori dan gajet tambahan seperti drawing pad.
2) Tidak dibenarkan buat backdrop terlebih dahulu dlm laptop sblm pertandingan
3) Jangan letak sleep mode pada laptop sewaktu dipertandingkan


Video Kreatif
1) Perincian markah utk pertandingan video kerjaya.
2) Terbuka untuk semua tingkatan
3) Dokumentari dibolehkan
4) Penghasilan video jangan lebih 4 minit dan jangan kurang 3 minit.
5) 


Eksplorace Kerjaya
1)Penambahan checkpoint
2)Kertas pemarkahan akan diletakkan nama sekolah kerana pengalaman lepas peserta nak cepat dan terlupa letak nama sekolah semasa checkpoint.
3) Boleh bawa handphone dan sebaiknya handphone yg ada line telefon


Penjelajahan Kerjaya
1) Loceng akan dibunyikan untuk persembahan pembentangan walaupun peserta masih menyiapkan persiapan
2) Pakaian umpama model kerjaya
3) Tidak perlu menemubual atau lawatan tapak ke personalia hanya sekadar mencari maklumat.
5) Penyediaan power point yg mantap untuk memaksimumkan markah terutama hyperlink dibanyakkan.
6) Kaitkan dgn psikometrik

Pertandingan sekolah rendah ada juga perubahannya tetapi yg dapat saya catat beberapa sahaja. Maklumlah tak biasa dgn garis panduan pertandingan sekolah rendah maka tidak pasti mana yg diubah.

Ikon kerjaya:
Tidak dibenarkan terlalu ramai membantu persiapan. Hanya guru pengiring sahaja

Model Kerjaya


Pertandingan mewarna
Warna mesti sama untuk satu ayat seperti warna sama untuk Sahsiah Cemerlang dan warna sama utk Kerjaya Gemilang

Pertandingan melukis
Saiz A3 dan mass ditambah 2 jam 30 minit
Saiz A3 mempunyai frame bermakna bukan solid A3 yg perlu digunakan
Tidak melukis gambar angkasawan krn ia bukan kerjaya

Folio kerjaya
Bahan maujud 3D tidak dibenarkan tetapi 2D dibolehkan.

Kuiz kerjaya
Jika pusingan 1 sudah ada pemenang maka tidak perlu ke pusingan 2. Tetapi jika ada markah yg sama baru ke pusingan kedua.


Patin tempoyak
Gombang Sri Rampai
Rezeki Izz Farhan :)






























 

Telegram Channel