9 June 2018

Kajian Tindakan: Impak Kehadiran Murid Tingkatan Tiga, Empat Dan Lima Terhadap Peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah


KAJIAN TINDAKAN: IMPAK PROGRAM  ZOOM IN TINGKATAN TIGA, EMPAT DAN LIMA
TERHADAP PERATUS KEHADIRAN MURID
PADA JANUARI HINGGA MEI  SESI 2018


OLEH

NURHAIZA BT CHE MAT
GURU KAUNSELING SMK CHERAS

1.0       Refleksi Yang Lalu
              Projek Zoom In merupakan program anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka  aktiviti Zoom In yang dijalankan. Zoom In yang dijalankan ialah  Zoom In Kelas, Zoom In Guru Tingkatan, Zoom In Ibu Bapa dan Zoom In Murid. Melalui projek Zoom In Kelas dan Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala melalui Zoom In Murid, murid rasa dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala bagi Zoom In Ibu Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Setiap tahun Unit Bimbingan Dan Kaunseling menggunakan program Zoom In dengan strategi yang berbeza – beza. Pada tahun 2015, memperkenalkan program ini dengan kekerapan setiap bulan ganjaran diberikan dan berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah,menurunkan bilangan surat amaran ponteng dan bilangan murid yang dibuang sekolah. Pada tahun 2016, memperkenalkan program SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu) untuk Zoom In Murid iaitu pemantauan murid tegar ponteng dengan menggunakan kad kawalan disiplin individu. Impaknya penurunan murid berisiko keciciran sekolah. Pada tahun 2017, memperkenalkan KPI yang berbeza untuk setiap kelas yang berbeza dengan insentif dua kali setahun. Impaknya peningkatan 91% KPI tercapai pada penggal pertama persekolahan dan seterusnya meningkatkan peratus kehadiran murid kesekolah berbanding tahun 2016. Berdasarkan post mortem program Zoom In pada tahun 2017, didapati untuk tahun 2018 Zoom In Kelas tidak sesuai dijalankan mengikut KPI Kelas seperti tahun 2017 memandangkan pada tahun 2018, tiada pengaliran murid dijalankan mengikut pencapaian akademik. Oleh itu pada tahun 2018, inisiatif diberikan mengikut tingkatan iaitu kelas mana yang mempunyai peratus kehadiran yang tertinggi dalam tingkatan tersebut diberikan ganjaran.


2.0       ISU KEPRIHATINAN
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke
sekolah pada tahun 2018 terutama murid kelas peperiksaan tingkatan 3       dan tingkatan 5 serta murid menengah atas iaitu di tingkatan 4. Pada       tahun lepas iaitu tahun 2017, ketiga –tiga tingkatan ini hanya          menyumbangkan 88.7 % kehadiran murid ke sekolah pada penggal           pertama persekolahan iaitu purata kehadiran murid sepanjang Januari hingga Mei   2017. Oleh itu kajian tindakan dijalankan memfokuskan tingkatan 3, 4 dan 5 sahaja untuk mengenalpasti strategi penambahbaikan pada penggal kedua persekolahan jika peratus kehadiran pada penggal pertama masih di tahap sama di bawah 90 peratus. Post mortem setiap kelas dan post mortem setiap murid yg ponteng akan dijalankan serta gerak gempur yg kerap untuk mengekang ponteng berterusan bagi murid ting 3 dan ting 5 bagi kelas peperiksaan. 


3.0     OBJEKTIF
           
            3.1       Objektif Umum

                        Melalui tindakan yang dijalankan, diharapkan

                        1) Peratus kehadiran murid ke sekolah akan meningkat.


            3.2       Objektif Khusus
                       
                        Melalui tindakan yang dijalankan, diharapkan agar dapat:

                        1) Mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus            
                        kehadiran murid yang rendah untuk diambil tindakan segera.
                        2) Membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam                                                  kelas agar sentiasa mempunyai peratus kehadiran murid yang tinggi.
                        3)Menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai                                       peratus kehadiran yang tinggi melebihi 95%
                        4) Menyampaikan hadiah galakan kepada murid yang mempunyai                                                 kehadiran penuh ke sekolah.
                        5) Mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru                              kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.


4.0       KUMPULAN SASARAN
            Semua murid

5.0       PERLAKSANAAN KAJIAN
            5.1       TINJAUAN MASALAH            
                        Tinjauan masalah berdasarkan peratus kehadiran murid ke sekolah masih                       tidak mencapai 90% pada tahun 2017. Fokus kepada murid tingkatan 3,                           tingkatan 4 dan tingkatan 5 memandangkan kelas peperiksaan dan kelas                              menengah atas ini masih             lagi mempunyai purata peratus kehadiran murid                                  kurang dari 90% pada tahun 2017. Kelas ting 3, 4 dan 5 juga didapati mempunyai peratus kehadiran murid ke sekolah bagi penggal 1 yg kurang dari 90 peratus pada tahun lepas. 

            5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH
                        1) Analisis peratus kehadiran murid tingkatan tiga, empat dan lima setiap                              kelas bagi penggal pertama 2017.
                          Purata peratus kehadiran murid hanya 88.74% bagi tingkatan tiga,                                     tingkatan empat dan tingkatan lima bagi penggal pertama 2017.
Tingkatan Tiga
89.86
Tingkatan Empat
87.61
Tingkatan Lima
88.76

                       
            5.3       TINDAKAN YANG DIJALANKAN
                 
            1) Menyediakan kertas kerja
            2) Melantik Ahli Jawatankuasa
            3) Memaklumkan kepada guru
            4) Memaklumkan kepada murid
            5) Memaklumkan kepada ibu bapa
            6) Promosi
            7) Melaksanakan program
            8) Memantau, menilai dan menambahbaik
            9) Mendokumentasikan

            1) ZOOM IN KELAS

Bil
Tindakan
Tanggungjawab
Sasaran
Catatan

1

Memaklumkan kepada semua guru di mesyuarat guru

Puan Nurhaiza

Semua guru

2



2.1
Mengenalpasti melalui analisa peratus kehadiran murid:

Kehadiran 95% ke atas


Guru Tingkatan
Guru Mentor
Kelas yang dapat mencapai KPI 95%
pada Jan-Mei 2018
Sijil penghargaan dan hadiah Iringan

2.2

Peratus kehadiran kelas yang tertinggi bagi setiap tingkatan

Guru Tingkatan
Guru Mentor
Ting 3
Ting 4
Ting 5

Jamuan makan

            2) NAMA PROGRAM           :  ZOOM IN MURID : HATI KE HATI
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
SASARAN
1
Makluman kepada semua murid di tapak perhimpunan
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling
Semua murid minggu pertama sesi persekolahan 2018
2a
Mengenalpasti murid yang tidak mencapai KPI melalui penyemakan buku jadual kedatangan murid dan buku log surat amaran ponteng sekolah setiap bulan.
Guru kaunseling
Murid yang menerima surat amaran ponteng atau murid yang berpotensi menerima surat amaran ponteng

2b

Menjalankan sesi kaunseling kelompok dan Ujian DASS
Guru kaunseling


Bilangan sesi:
Bilangan murid:
2c
Menjalankan sesi kaunseling individu
Guru kaunseling
Murid menerima surat amaran ponteng

2d
Intervensi pendekatan kaunseling yang bersesuaian berdasarkan kes murid ponteng melalui perkembangan kerjaya, pemantapan sahsiah, peningkatan disiplin dan psikososial.
Guru Kaunseling
Murid yang telah menerima sesi kaunseling
3

Mengenal pasti murid yang mencapai kehadiran penuh untuk ganjaran kehadiran Januari – Mei 2018.
Guru Tingkatan
Guru Mentor
Murid Ting 3,
Ting 4 dan
Ting 5:
4
Mengenal pasti murid yang berubah dengan penurunan kes ponteng sekolah untuk  ganjaran kehadiran kategori Butterfly (Januari – Mei 2018.)
Guru Tingkatan
Guru Mentor
Murid Ting 3,
Ting 4 dan
Ting 5:

3)   NAMA PROGRAM:  ZOOM IN IBU BAPA : TALIAN KASIH
    
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
SASARAN
1
Mesyuarat Guru dibentangkan program ini dan sewaktu program orientasi ting 1 kepada ibu bapa
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling
Ibu Bapa
2
Mengenalpasti ibu bapa murid yang terlibat ponteng melalui buku pendaftaran kehadiran murid atau data
Guru kelas
Guru mentor
Ibu Bapa murid ponteng sekolah
3

Konsultasi ibu bapa
Guru Kaunseling
Ibu bapa yang tidak dapat dihubungi secara lisan oleh guru kelas

5.4       PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN IMPAKNYA
            1) Senarai Kedudukan Kelas Mengikut Peratus Kehadiran Murid Jan – Mei Mengikut        Tingkatan Lima 2018
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT BULAN
PURATA


JAN
FEB
MAC
APR
MEI

1
5 Beta
97.2
96.41
97.1
94
95.9
96.12
2
5 Alpha
96.23
91.93
97.44
95.87
99.0
96.09
3
5 AlFarabi
96.62
93.15
95.07
91.29
91.84
93.59
4
5 Gamma
93.89
86.6
93.6
88.4
94.7
91.4
5
5 Ibnu Sina
92.86
89
91.24
85
81.25
87.9
6
5 Al Biruni
87.6
75.25
81.86
84.23
83.86
82.56
7
5 Al Khindi
91.89
74.5
81.5
76.18
76.26
80.1
8
5 Ar Razi
88.12
77.81
78.15
79.6
74.5
79.6
9
5 Ibnu Rusyd
74.6
65.48
76.5
66.9
76.0
71.9
PERATUS KEHADIRAN MURID TINGKATAN  5
86.58

            2) Senarai Kedudukan Kelas Mengikut Peratus Kehadiran Murid Jan – Mei Mengikut        Tingkatan Empat 2018
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT BULAN
PURATA


JAN
FEB
MAC
APR
MEI

1
4 Beta
98.88
95.37
97.43
96.33
99.21
97.44
2
4 Alpha
96.6
96
98.9
97.3
96.9
97.14
3
4 Al Farabi
96.17
93.06
94.34
92.98
95.6
94.43
4
4 ibnu sina
93.7
96.67
94.95
83.33
92.86
92.3
5
4 Gamma
96.48
90.34
93.58
90.91
90.11
92.28
6
4 Alkhawarizmi
95.6
82.5
87.41
85.8
91.29
88.52
7
4 Albiruni
88.17
77.17
84.29
83.5
80.5
82.73
8
4 Ar Razi
89.8
73.1
81.37
80.42
78.16
80.57
9
4 Al Khindi
90.2
70.51
74.27
76.36
74.33
77.13
10
4 Ibnu Rusyd
87.5
73
74
77
71
76.5
PERATUS KEHADIRAN MURID TINGKATAN EMPAT
87.90


            3) Senarai Kedudukan Kelas Mengikut Peratus Kehadiran Murid Jan – Mei Mengikut        Tingkatan Tiga 2018
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT BULAN
PURATA


JAN
FEB
MAC
APR
MEI

1
3 Imtiyaz
94.62
95.77
96
98.39
95.07
95.97
2
3 Sapelele
96.63
89.58
92.65
97.71
94.12
94.13
3
3 Luhur
93.1
91.6
90.7
90.25
85.41
90.2
4
3 Jujur
95.2
86.5
88.5
92.5
87.7
90.08
5
3 Bestari
95.02
85.6
89
90.8
89.84
90.05
6
3 Amanah
92.86
84.5
87.52
91.8
86.59
88.65
7
3 Gigih
92
89
90
88
83
88.4
8
3 Gamelan
92.8
86.7
90.1
89.7
81.6
88.18
9
3 Makmur
87.99
79.9
81.67
84.58
81.88
83.2
PERATUS KEHADIRAN MURID TINGKATAN TIGA
89.8

            4) Senarai Kelas Yang Berjaya Mencapai  90% Kehadiran Murid Bagi Jan- Mei         2018


Kedudukan
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
4 Beta
97.44
2
4 Alpha
97.14
3
5 Beta
96.12
4
5 Alpha
96.09
5
3 Imtiyaz
95.97
6
4 Al Farabi
94.4
7
3 sapelele
94.1
8
5 Al Farabi
93.5
9
4 Gamma
92.2
10
5 Gamma
91.4
11
3 Luhur
90.2


            
5) Bilangan Surat Amaran Yang Dikeluarkan Dari Januari - Mei 2018
TINGKATAN
PERTAMA
KEDUA
KETIGA
DIBUANG
BERHENTI
Tiga
35
13
6
2
1
Empat
26
18
2
2
0
LIma
32
20
5
1
4
Jumlah
93
41
13
5
5

            6) Bilangan Murid Kehadiran Penuh Dari Januari – Mei 2018
TINGKATAN
Bilangan
Tiga
24 orang
Empat
18 orang
LIma
19 orang
Jumlah
61 orang


5.5       Refleksi Kajian
                        KPI sebanyak 90 peratus kehadiran murid ke sekolah untuk kelas tingkatan tiga, empat dan lima tahun 2018 masih tidak mencecah 90            peratus pada penggal pertama persekolahan malahan menurun dari 88.74        peratus  kepada 88.09 peratus.
            KPI kelas bagi tiga kelas penyumbang peratus kehadiran murid yang rendah      ialah 5 Arr Razi dengan 79.6 peratus dan 5 Ibnu Rusyd dengan hanya 71.9 peratus sahaja.Kelas 5 Al Khindi dgn 80.5 peratus dan  5 Biruni dgn hanya 82.56 juga dalam intervensi memandangkan murid ting 5 perlu mempunyai peratus kehadiran murid yg tinggi minimum 85 peratus setiap bulan.   Manakala bagi tigkatan empat iaitu 4 Ar Razi dengan 77.13      peratus dan 4 Ibnu Rusyd dengan 76.5 peratus. Keenam-enam kelas ini akan      diberikan perhatian pada penggal kedua nanti dengan perjumpaan bersama          pentadbir, konsultasi keibubapaan dan memasukkan murid dalam program sahsiah disiplin murid sama ada peringkat sekolah, PPW atau KPM.
            Murid –murid penerima surat amaran kedua akan dipantau dengan kekerapa yang lebih kerap secara langsung dengan guru kaunseling dan kerjasama ibu          bapa.
           

6.0       Cadangan Kajian
            Mewujudkan ganjaran insentif penggal kedua bermula Jun hingga 10 November           2018 bagi Zoom In Kelas dan semua kelas berpeluang untuk mendapatkan   ganjaran kehadiran kelas melebihi 95% kerana peratus kehadiran murid bagi  setiap kelas tidak dikumpul dari penggal pertama persekolahan.          Walaubagaimanapun ganjaran utama lawatan masih lagi kepada kelas terbaik             keseluruhan penggal pertama dan kedua bagi setiap tingkatan.
            Ganjaran murid bagi Zoom In Murid kehadiran penuh penggal kedua juga           diperkenalkan dan bagi murid yang tidak mempunyai kehadiran penuh semasa    penggal pertama berpeluang menerima ganjaran untuk kehadiran penuh penggal kedua.

Menjadikan kelas kelas yg bermasalah dari segi mengeluarkan surat amaran mengikut prosedur yg ditetapkan sebagai kelas angkat UBK untuk bimbingan terhadap guru kelasnya. 


Tradisi Munjung
Full stomach with wonderful variety food 
Kluang- Johor.
 

Telegram Channel