KERTAS
KERJA
GANJARAN ZOOM IN MURID DAN ZOOM IN KELAS
GANJARAN ZOOM IN MURID DAN ZOOM IN KELAS
PENGGAL
PERTAMA KE SEKOLAH 2018
1.0 PENGENALAN
Program Zoom In Murid diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid
yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada penggal pertama persekolahan. Ia
dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok
ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka
ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Oleh itu pada
tahun ini, untuk anugerah kehadiran penuh individu akan dijalankan sebanyak dua
kali. Satu untuk penggal pertama iaitu murid hadir penuh Januari hingga Mei
2018 dan satu lagi untuk penggal kedua
sahaja iaitu dari bulan Julai hingga November 2018 sahaja yang merupakan bulan
terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Murid yang hadir penuh dari
penggal pertama persekolahan hingga minggu kedua persekolahan bulan November
akan diberikan ganjaran lawatan.
Bagi Zoom In Kelas, untuk tahun 2018 ganjaran lawatan akan diberikan kepada
kelas yang tertinggi peratus kehadiran ke sekolah bagi setiap tingkatan pada
minggu kedua bulan November 2018. Namun bagi kelas tertinggi pada penggal
pertama persekolahan diberikan ganjaran jamuan makan sarapan pagi percuma pada
waktu rehat sesi persekolahan.
2.0 MATLAMAT
Peningkatan peratus kehadiran murid
ke sekolah tahun 2018
3.0 TARIKH/
MASA/ TEMPAT
6 Julai 2018
4.0 SASARAN
·
110 murid kehadiran penuh penggal pertama
persekolahan
·
Kelas terbaik peratus kehadiran ke sekolah:
5 Beta, 4 Beta, 3 Imtiyaz, 2
Imtiyaz dan 1 Imtiyaz.
5.0 OBJEKTIF
Melalui ganjaran dalam program Zoom In :
1) Murid merasa seronok dan sentiasa
bermotivasi untuk bersaing sesama mereka merebut
ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.
2) Murid dihargai dengan penganugerahan
sijil penghargaan secara individu untuk kehadiran
penuh manakala sijil penghargaan kelas untuk kelas bersama guru tingkatan dan mentor guru tingkatan
mereka bagi kelas terbaik.
3) Murid dapat dianugerahkan ganjaran
lawatan sebagai penghargaan hadir penuh ke
sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah.
6.0 KPI
(INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
Output
|
100% murid kehadiran penuh
menerima sijil penghargaan dan ganjaran dan 100% kelas terbaik kehadiran
menerima sijil penghargaan dan ganjaran.
|
Outcome
|
Peratus kehadiran murid ke sekolah
tahun ini meningkat melebihi 88%
|
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
SUMBER
|
BUTIRAN
|
1
|
Alat tulis
|
Koperasi
|
RM 330
|
2
|
Jamuan makan
|
Suwa
|
RM 750
|
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
SUMBER
|
BUTIRAN
|
1
|
Alat tulis
|
Koperasi
|
110 orang x RM 3 = RM 330
|
2
|
Nasi lemak ayam goreng dan air
|
Suwa
|
150 orang x RM 5 = RM 750
|
8.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
Pengetua
Naib
Pengerusi : Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Makanan : Cik Afiqah Bt Mohd Sidek
: Cik Noraini Bt Jamaluddin
: Puan Hasmazati Bt Hashim
: Ustaz Nasrun Bin Ahmad
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
2 Julai 2018
Tapak
perhimpunan untuk anugerah kelas terbaik
2 Julai 2018
Tapak
perhimpunan untuk anugerah murid kehadiran penuh
6 Julai 2018 :
10.00
pagi - 10.30 pagi : Jamuan makan kehadiran kelas terbaik
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggung
jawab
|
Jamuan makan bagi kelas terbaik:
Makanan masih berbaki selepas
agihan makanan
|
Ada murid tidak hadir ke sekolah
|
Memaklumkan kepada pihak kantin seawal
pukul 7.45 pagi agar murid yang tidak hadir berpeluang menerima ganjaran makanan
pada hari lain.
|
Guru kelas
|
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti
1) Borang Penilaian Peserta
2) Borang Maklum Balas
AJK
b) Pemantauan Pencapaian Outcome
1) Melalui APDM: Peratus kehadiran murid penggal kedua
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ganjaran Zoom In ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.
Ulasan
________________________________________________________________ ________________________________________________________________
Disediakan oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru Kaunseling
Disemak oleh,
(Nor Azlinda Bt Hasmunih)
Penolong Kanan HEM
Diluluskan oleh,
(Kamariah Bt Abu)
Pengetua
A night with sis Katy
Desa Tasik, Cheras