Total Pageviews

3 September 2018

Kertas Kerja TOPAZ: TOtal Penguatkuasaan A-Z Murid Lewat Ke Sekolah







Penggal kedua persekolahan dan kadar murid ke sekolah datang lewat semakin menurun dengan adanya perubahan SOP yang baru berbanding tahun 2017. Program ilham dari Penolong Kanan HEM yang baru dan nama TOPAZ diilhamkan oleh saya. 

Mengapa saya memilih nama TOPAZ kerana ia singkatan dari 
TO:Total 
P: Penguatkuasaan
AZ: A hingga Z yang bermaksud menyeluruh

Analogi batu permata topaz memberikan karisma kepada pemakainya. Sejarah Yunani menyebut batu permata ini jika dipakai dalam peperangan menghasilkan keberanian kepada diri. Oleh itu analoginya bagi murid kita, karisma yang tinggi jika mereka berani berubah sikap dalam menjauhi masalah disiplin di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian. 


Memandangkan program ini sudah masuk ke penggal kedua, maka pemenang bagi kelas terbaik Anugerah TOPAZ ini untuk kelas yang tidak pernah ada murid lewat bagi bulan tertentu dan anugerah butterfly yang diuruskan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk kes murid lewat tegar hingga 10 kali hadir lewat pada 4 bulan pertama persekolahan tetapi sudah berubah ke positif dengan pengurangan lewat malahan ada yang tidak pernah lewat langsung semasa penggal kedua. 

Bagi anugerah kelas TOPAZ ialah 5 Alpha, 5 Gamma dan 4 Al Farabi kerana ada satu bulan yg tiada murid lewat langsung dari kelasnya. 

Saya share di bawah ini kertas kerja konsep perlaksanaan. 




















TOPAZ: TOTAL PENGUATKUASAAN OPERASI LEWAT KE SEKOLAH

PROGRAM MENANGANI KEHADIRAN MURID LEWAT KE SEKOLAH
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR.
1.0          PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk membendung gejala datang lewat daripada terus berleluasa. Gejala datang lewat merupakan salah satu fokus utama yang berkaitan dengan salahlaku murid di sekolah kerana kekerapannya yang semakin meningkat. Jika tidak dibenteras, masalah ini akan membawa kesannegatif kepada murid, keluarga dan sekolah. Murid akan hilang sikap bertanggungjawab, suka berbohong, berdolak dalik dan yang lebih buruk lagi murid akan bersikap menentang. Murid sebegini akan ketinggalan dalam bidang akademik danmungkin boleh menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan negatif yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menjejaskan pencapaian sekolah dalam semua bidang.

2.0          MATLAMAT
Program ini perlu diberi penekanan supaya masalah dating lewat dapat diatasi disamping menghindari pelbagai masalah disiplin yang lain. Program ini juga dirancang untuk membentuk budaya cemerlang dan menjana prestasi murid yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan jumlah murid datang lewat kesekolah berkurangan.
3.2 Memberi kesedaran kepada murid supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
3.3Membentuk budaya sekolah yang cemerlang danmelahirkan murid yang berdisiplin.
4.0 DEFINISI
Datang lewat boleh ditakrifkan sebagai tiba di sekolah selepas waktu yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah iaitu selepas jam 7.30 pagi. Datang lewat dikategorikan kepada dua iaitu
4.1 Datang lewat yang dirancang
4.2 Datang lewat yang tidak dirancang
5.0 SASARAN
Semua murid SMK Cheras
6.0 TEMPAT, MASA DAN AKTIVITI
Tarikh                                    : Januari – November 2018
Hari                                        : Isnin – Jumaat
Masa                                     : 7.30 pagi
Tempat                                                : SMK Cheras


Hari
Masa
Aktiviti Murid Islam
Tempat
Aktiviti Murid
Bukan Islam
Tempat
Isnin - Khamis
7.30-8.00 pagi
Solat Dhuha
Surau
Kerja Amal
Sekitar Kawasan Sekolah
Jumaat
7.30-8.00 pagi
Bacaan Yasin
Dewan
Aktiviti Peningkatan Sahsiah
Tapak Perhimpunan
Isnin- Jumaat
Selepas 8.00 pagi
Tindakan pengawas, guru disiplin dan kaunselor diambil alih oleh pengawal keselamatan.


7.0 KPI (IndikatorOutputdanOutcome)
Output
Menangani masalah kehadiran lewat ke sekolah dengan penurunan kadar lewat ke sekolah
Outcome
Membentuk budaya hidup yang cemerlang dan melahirkan insan yang berdisiplin

8.0 Implikasi Kewangan
TINGKATAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER KEWANGAN
1
RM10 X 3 X 10
RM300.00


SUWA
2
RM10 X 4 X 10
RM400.00
3
RM10 X 9 X 10
RM900.00
4
RM10 X 10 X 10
RM1000.00
5
RM10 X 9 X 10
RM900.00
JUMLAH
RM3500.00





9.0      Ahli Jawatankuasa
JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEHADIRAN MURID LEWAT KE SEKOLAH
Pengerusi                                            : Pn Hjh Kamariah Bt Abu (Pengetua)
Timbalan Pengerusi                        : Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih (PK HEM)
Naib Pengerusi                                 : Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir dan Kurikulum)
Naib Pengerusi                                 : Pn Maznah Bt Musa (PK Kokurikulum)
Setiausaha                                          : Pn Rozinani Bt Awang (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Penyelaras                                          : En Mohd Noor B Mat Deris (Ketua Guru Disiplin)
AJK                                                         : 1. Guru Bertugas Mingguan
                                                                  2. Guru Disiplin
                                                                  3. Guru Kaunseling
                                                                  4. Guru Pengawas
                                                                  5. Guru Pemantau Aktiviti
                                                                  6. Pengawas
                                                                  7. Guru Tingkatan
                                                                  8. Pengawal Keselamatan
9.1 AgihanTugas
Bil.
Ahli Jawatankuasa
Tugas
1.
Guru Bertugas Mingguan, Guru Disiplin, Guru Pengawas dan Pengawas
(Pintu Pagar)

-  Guru bertugas memantau dan memberi
    amaran secara lisan kepada murid lewat.
-   Pengawas mencatat tarikh murid datang
    lewat kesekolah ke dalam fail rekod murid
    datang lewat.
-   Memaklumkan aktiviti, tempat dan guru
    bertugas.

2.
Guru Disiplin

-   Mengambil tindakan disiplin mengikut 
    prosedur yang telah ditetapkan.




3.
Guru Pemantau Aktiviti

-  Memantau dan memastikan murid lewat
   melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan.
4.
Pengawal Keselamatan
-  Memastikan murid datang lewat selepas
    jam 8.00 pagi menulis nama dalam buku 
    yang disediakan.
-   Mengarahkan murid ke pejabat untuk
    mendapatkan slip kehadiran lewat.
-   Menyerahkan senarai nama kepada Ketua
    Guru Disiplin.

5.
Kaunselor
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Nurhaiza Bt Che Mat

-  Mengambil tindakan terhadap murid-murid
   yang dirujuk ke UBK.
-          Menguruskan ganjaran untuk murid kategori butterfly individu dan kategori kelas terbaik sahsiah murid awal ke sekolah.



PROSEDUR KENDALIAN STANDARD TOPAZ

KES LEWAT
TATACARA TINDAKAN
TINDAKAN

Lewat sebelum jam 8.00 pagi

-   Memberi amaran secara lisan
-   Mengenalpasti nama murid yang datang   
    lewat 10 kali atau lebih.
-   Murid akan dirujuk kepada guru
    bimbingan dan kaunseling untuk tindakan
    kaunselor.
-   Siasatan dilakukan oleh guru disiplin dan
    kaunselor sama   ada lewat kategori yang
    tidak dirancang  atau dirancang. 
-   Surat Amaran 1, 2 dan 3 akan dihantar
    untuk makluman ibu bapa.
-   Tindakan gantung sekolah selama 2 hari
    akan diambil setelah perjumpaan dibuat
    oleh guru disiplin dan murid yang telah 
    menerima Amaran ke 3.
-   Merekod data lewat dan tindakan dalam
    SSDM.






Guru Bertugas Mingguan
Guru Disiplin
Guru Pengawas
Pengawas
Kaunselor
PK HEM

Lewat selepas jam 8.00 pagi: (Lelaki)

-   Murid lewat 3 kali akan dirujuk ke
     kaunselor kali pertama.
-   Lewat 6 kali akan dirujuk ke kaunselor kali
    kedua.  
-   Lewat 7 kali akan dikenakan  tindakan  
    rotan 1 kali dan Surat Akur Janji
-   Kes berulang akan dikenakan rotan 2 dan
    3 kali.
-  Panggilan telefon kepada ibu bapa untuk  
    sesi perbincangan
-  Gantung sekolah selama 2 hari


Pengawal Keselamatan
Guru Disiplin
Kaunselor
PK HEM

Lewat selepas jam 8.00 pagi: (Perempuan)

-   Surat Akur Janji dan Surat Amaran
    merujuk kepada kes datang lewat
    sebelum pukul 8.00 pagi
    (Amaran 1 : 2 kali lewat)
-   Murid akan dirujuk kepada guru
    bimbingan dan kaunseling untuk tindakan
    kaunselor.
-   Panggilan telefon kepada ibu bapa untuk  
     sesi perbincangan selepas Amaran 3
-   Gantung sekolah selama 2 hari

Pengawal Keselamatan
Guru Disiplin
Kaunselor
PK HEM



10.0 Kaedah Pemantauan
                10.1        Intrumen Penilaian Program
                10.2        Borang Post Mortem
                10.3        Rekod Keberkesanan Program









11.0 Penutup
Operasi murid datang lewat kesekolah dapat membantu pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin dan seterusnya dapat membentuk budaya cemerlang serta meningkatkan prestasi pelajar dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.


Disediakanoleh:                                                                     
...............................................                                                                  
(NOR AZLINDA BT. HASMUNIH)
PK HEM
SMK Cheras

Ulasan :

 


Diluluskan / Tidak diluluskan:

………………………………………………
(HJH KAMARIAH BT ABU)
Pengetua
SMK Cheras

Tarikh:

Good news
After bad news


No comments: