Total Pageviews

3 October 2018

Lawatan Ke Rumah Warga Emas Sempena Hari Datuk Dan Nenek

Sempena Oktober bulan bagi sambutan Hari Datuk dan Nenek setiap Ahad pertama bagi bulan Oktober, UBK menganjurkan program peningkatan sahsiah murid dengan menyemai nilai sayangkan dan kasihkan warga emas. Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan panitia Sivik mengadakan program lawatan ke Rumah Orang Tua di Semenyih, Selangor.
Program ini melibatkan 40 orang ahli PRS Ting 4,  20 murid dari kelas 4 Beta serta 5 murid Persatuan Agama Islam.

Bertolak seawal pukul 8.00 pagi ke Semenyih. Murid sekolah disarankan untuk membuat persembahan kepada warga emas ini. Semoga kehadiran murid memberikan senyum yang bermakna kepada semua warga emas ini.

Bantuan berupa wang tunai dan makanan diserahkan kepada warga emas ini hasil sumbangan dan kutipan dari warga sekolah.

Cerita Kehidupan
Kerjaya dan Pengembaraanku
Countdown to duedate..








































No comments: