2 October 2018

Intervensi Murid Gagal Silang Percubaan SPM: Penetapan Semula Target

Result percubaan SPM telah diperolehi oleh semua murid Ting 5 dan hasilnya kurang memuaskan bagi pihak sekolah memandangkan ada yang gagal BM dan ada yg gagal Sejarah yg membawa maksud murid itu tidak akan mendapat sijil  peperiksaan SPM.  Ada juga yg banyak subjek yg gagal. 

Maka UBK SMK Cheras bercadang menjalankan  intervensi bimbingan dan kaunseling bagi sasaran murid yg gagal silang BM atau Sejarah dan mempunyai subjek lain yg kredit bagi penentuan sekurang kurangnya untuk Kolej Kemahiran. Saya menjalankan
Penetapan Semula Matlamat yg telah dibuat awal tahun. 

Perjumpaan pentadbir dengan murid gagal silang SPM dan seterusnya intervensi UBK.
1)Saya meminta murid menyenaraikan result masing masing.
2) Menggunakan merit kemasukan ke Institusi Latihan saya membimbing murid mengira mata merit masing masing.
3) Dari pengiraan merit saya menunjukkan potensi 70% murid dari 45 orang tersebut layak ke Institut Latihan Kemahiran.
Tetapi hanya kerana Sejarah gagal maka tiadalah peluang untuk ke diploma. Hanya sijil kemahiran tahap 1 yg hanya ada beberapa kursus sahaja seumpama lulus PT3 sahaja. Walhal mereka boleh ke diploma hanya kerana Sejarah atau BM sahaja yg tidak lulus
4) Meminta murid fokus subjek target utk ke Institut Latihan dan berusaha belajar dgn bersungguh sungguh subjek target merit sahaja dalam waktu yg semakin menghampiri SPM. 
5) Memberikan penerangan kerugian setahun jika kena mengulang Sejarah dalam spm percubaan. Implikasi dalam melanjutkan kursus yg lebih tinggi jika SPM gagal. 
6) Rumusannya murid sedar potensi rendah mereka masih lagi boleh melanjutkan pelajaran dgn fokus subjek target sahaja.
Semoga lulus dalam SPM nanti.
Pada 5 Oktober nanti pula, ceramah motivasi dari Kumpulan Sokongan Ibu Bapa akan diadakan bagi meningkatkan motivasi murid mengenai kepentingan subjek Sejarah.

Thanks for that waqaf
We really appreciate
Thanks for the kind heart
We will miss you..









Intervensi guru kaunseling kpd murid

Peranan KSIB bertindak untuk ceramah motivasi



 

Telegram Channel