3 November 2018

Rancangan Tahunan Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras 2019




Selamat bercuti panjang warga sekolah ! Saya kongsikan planning unit saya tahun 2019 selepas menyiapkan pelan strategik UBK. Minggu depan akan bermula kertas kertas pelan tindakan untuk setiap projek berfokus pula. Bila bila masa bermula minggu depan akan mendapat pengetua baru jadi tidak pasti adakah semua yang dirancang mendapat restunya. Maklumlah lain pengetua lain bidang fokus kepimpinannya. 


& KAUNSELING SMK CHERAS 2019
BULAN
MINGGU: TARIKH
BIDANG
OBJEKTIF
AKTIVITI
SASARAN
PENYELARAS

JAN


1: 2- 4 Jan
Psikososial
100% murid Tingkatan Satu dapat menyesuaikan diri menjadi warga sekolah
Orientasi Ting 1
Murid Ting 1
Pn Raudzah
1: 2- 3 Jan
Psikososial
100% murid Tingkatan Empat dapat menyesuaikan diri dengan aliran elektif menengah atas.
Orientasi Ting 4
Murid Ting 4
Pn Nurhaiza
1:  2 Jan
Pemantapan Sahsiah
Semua guru tingkatan dan mentor dapat mengeratkan silaturahim dengan berkenalan dengan mantee
Guru Penyayang Mentor Mantee 1(Suai Kenal)

Semua mentor dan mantee
Pn Nurhaiza
1: 7 Jan
Peningkatan
Disiplin
Melalui kempen, murid-murid mengetahui penjagaan penampilan diri yang kemas melalui kempen SMART.

Kempen Transformasi Sahsiah
-SMART
Semua murid SMK Cheras
Pn Nurhaiza
2: 8 Jan
Kerjaya
Di akhir mesyuarat,  AJK Kelab Kerjaya yang baru dapat dilantik.
Mesyuarat Agong
Ahli Kelab Kerjaya
 Pn Rozinani

2: 8 Jan
Pengurusan
Di akhir mesyuarat,  AJK dapat melaporkan aktiviti terkini dan cadangan penambahbaikan tahun 2018.

Mesyuarat UBK 1
AJK UBK
Pn Nurhaiza
2: 9 Jan
Pemantapan Sahsiah
Di akhir bengkel,  ketua dan penolong ketua tingkatan mengetahui skop bidang tugas pengurusan kelas.
Bengkel Ketua Ting dan Penolong Ketua Tingkatan
Semua ketua dan penolong ketua tingkatan
Pn Rozinani
2: 11 Jan
Pemantapan Sahsiah
100% ahli murid Juara dikenalpasti oleh pihak sekolah.

Perjumpaan Juara
Murid Juara Ting 5
Pn Nurhaiza
2: 14 Jan
Pemantapan Sahsiah
Semua guru tingkatan dan mentor mendapat surat perlantikan sebagai guru tingkatan dan mentor 2019
Guru Penyayang: Mentor Mantee 2 (Perlantikan)
Semua mentor dan mantee
Pn Rozinani/
Pn Raudzah
3: 16 Jan
Pemantapan Sahsiah
Di akhir bengkel,  AJK Kokurikulum memahami kepimpinan dalam menjalankan aktiviti kokurikulum.
Bengkel Kokurikulum
Semua AJK Kokurikulum
Pn Rozinani
4: 23 Jan
Peningkatan Disiplin
40 murid berfokus SPOT murid berisiko keciciran sekolah dikenalpasti
Bengkel SPOT Ponteng Kali 1
Soal Selidik Dan Intervensi
Murid kes rayuan semula dan surat amaran 2 dan 3
Pn Nurhaiza/
Pn Raudzah
5: 28 Jan
Perkembangan Kerjaya
Di akhir program, murid- murid dapat menetapkan matlamat PT3 dan mengetahui cara belajar berdasarkan gaya belajar
masing – masing.
Penetapan Matlamat Dan Gaya Belajar

Semua murid tingkatan 3
Pn Rozinani
5: 30 Jan

Perkembangan Kerjaya
Di akhir program, murid- murid dapat menetapkan matlamat SPM dan mengetahui cara belajar berdasarkan gaya belajar masing – masing.
Penetapan Matlamat Dan Gaya Belajar.

Semua murid  tingkatan 5

Pn Nurhaiza
1-5:
2 -30 Jan
Perkembangan Kerjaya
PRS Ting 5 dapat menjalankan projek info kerjaya melalui persiapan Rekabentuk Grafik Kerjaya, Penjelajahan Kerjaya, Video Kreatif dan Eksplorace Kerjaya
Persiapan Pertandingan Peringkat Daerah
Semua PRS Ting 5
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
Pn Raudzah






FEB
3: 11 – 13 Feb
Peningkatan
Disiplin
Melalui kempen, murid-murid mengetahui kepentingan kehadiran ke sekolah.

Kempen Transformasi Sahsiah
-Zoom In Kehadiran
Semua murid SMK Cheras
Pn Nurhaiza
3: 12 – 15 Feb

Perkembangan Kerjaya
100% murid ting 3 telah menjalankan psikometrik ting 3
Psikometrik Ting 3 IMK dan IKP
Semua murid Ting 3
Pn Rozinani
3: 13 Feb
Pemantapan Sahsiah
Warga sekolah saling menghormati perayaan kaum lain
(Sambutan Perayaan RIMUP)

Guru Penyayang: Mentor Mantee 3 dan RIMUP Sambutan Perayaan 1

Semua mentor dan mantee
Projek PRS Ting 5
Pn Nurhaiza
4: 22 Feb

Sarana
Psikososial

Di akhir program, ibu bapa yang hadir dapat mengetahui penetapan matlamat anak dan memberikan kerjasama terhadap perancangan sekolah.
Penetapan Matlamat Bersama Ibu Bapa
Ibu Bapa
Pn Rozinani
4: 23 -24 Feb
Psikososial
Di akhir kem, PRS telah dapat menghabiskan modul Bongsu dan Muda.

Kursus PRS
PRS Ting 1, 2 dan 3.
Pn Raudzah

5: 25 -28 Feb
Perkembangan Kerjaya
100% murid ting 1 telah menjalankan psikometrik ting 1
Psikometrik Ting 1 IMK dan ITP
Semua murid Ting 1
Pn Raudzah




MAC


1: 1 Mac
Peningkatan
Disiplin
Semua murid terpilih dapat menjalani intervensi penghayatan nilai dan sahsiah untuk peningkatan disiplin murid dan mempelajari teknik Gaya Daya Tindak menangani stres mereka.
Bengkel Intervensi SPOT TOPAZ Lewat Tegar Kali 1
-Soal Selidik Dan Ujian Gaya Daya Tindak
Murid SPOT lewat tegar
Pn Rozinani/ Pn Raudzah
2: 1-7 Mac
Peningkatan
Disiplin
Semua murid menghayati nilai yang baik jika mematuhi ketepatan masa agar tidak lewat ke sekolah
Kempen Transformasi Sahsiah
-       TOPAZ
Semua murid SMKC
Pn Rozinani
2: 4-8 Mac
Perkembangan Kerjaya
Di akhir intervensi, murid mengenalpasti beberapa pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personalitinya.
Intervensi Psikometrik IMK, IKP dan ITP.
Semua murid ting 1 dan ting 3.
Pn Raudzah/
Pn Rozinani
3: 11 Mac
Pemantapan
Sahsiah
Warga sekolah yang meraikan hari jadi pada Jan, Feb, Mac dan April dapat diraikan
Pengedaran hadiah hari jadi
Semua warga sasaran
Pn Nurhaiza
3:13 Mac
Psikososial
Di akhir intervensi, murid mengetahui tahap stres mereka dan mempelajari teknik Gaya Daya Tindak menangani stres mereka.
Bengkel SPOT Ponteng Kali 2
Inventori Gaya Daya Tindak
Murid SPOT ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Pn Nurhaiza
4: 18 – 23 Mac
Pemantapan Sahsiah
Peningkatan kesedaran bahaya dadah, arak, rokok, inhalan HIV dan Vape kepada warga sekolah.
Minggu PPDa: ceramah, pameran , poster dan lain lain
Semua murid
Pn Raudzah
2 - 4 :
7,14, 18, 21 Mac
Pemantapan Sahsiah
Murid PRS Ting 5 dapat mempromosikan Gaya Hidup Sihat dengan pencegahan pendidikan dadah melalui mesej 5 minit anti dadah, kuiz  dan pameran serta memotivasikan murid melalui program Young Motivator.
Mesej 5 Minit Anti Dadah, Pameran PPDa Dan Kuiz PPDa VLE Frog
PRS Ting 5
Pn Rozinani

APRIL









1: 1-5 April
Perkembangan Kerjaya
Semua murid dapat menghayati program perkembangan kerjaya yang diadakan dan mengenalpasti kursus dan kerjaya.
Minggu Kerjaya
Kuiz/Lawatan/Pameran/Pertandingan Eksplorace/
Semua murid sekolah
Pn Rozinani/
Pn Raudzah
1: 1 April

Perkembangan Kerjaya
Murid dapat mengetahui mengenai IPT yang menawarkan pelbagai kursus selepas SPM
Pameran IPT Kelolaan Kelab Kerjaya
Semua murid ting 4 dan 5, Kelab Kerjaya
Pn Rozinani
1: 1-5 April
Perkembangan Kerjaya
PRS Ting 1 dan Ting 2 menyiapkan folio kerjaya berdasarkan psikometrik mereka
Intervensi Psikometrik
PRS Ting 1 dan 2
Pn Raudzah
2: 8-12 April
Perkembangan Kerjaya
100% murid tingkatan 5 menjalani Inventori Kematangan Kerjaya
Pentadbiran Psikometrik Inventori Kematangan Kerjaya
Semua murid tingkatan 5
Pn Nurhaiza
2: 13-14 April
Pemantapan
Sahsiah
AJK pemimpin murid dapat mengetahui dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan setelah mengikuti latihan

Bengkel Kepimpinan Pengawas/PRS/AJK Koperasi/ Pengawas Pusat Sumber
80 peserta dan 20 orang PRS Ting 5
Pn Rozinani
3: 16 April
Pengurusan
Di akhir mesyuarat,  AJK dapat melaporkan aktiviti terkini dan cadangan penambahbaikan tahun 2018.

Mesyuarat UBK 2
AJK UBK
Pn Nurhaiza
3: 17 April
Peningkatan
Disiplin
Semua peserta intervensi murid SPOT ponteng kelas dan ponteng sekolah  dapat meningkatkan kesedaran nilai dan sahsiah untuk pencegahan salah laku.

Bengkel Intervensi SPOT Kali Ke 3 :  Murid Berisiko Keciciran Sekolah Modul SUDI dan SPOT
Murid SPOT penerima surat amaran ponteng sekolah ke 2 dan 3 sesi 2019 dan murid ponteng kelas tegar.
Pn Nurhaiza/ Pn Raudzah
4: 24 April
Perkembangan Kerjaya
Murid tingkatan 5 mengenalpasti halatuju mereka selepas SPM dengan mengenalpasti kursus yang diminati sesuai dengan minat, personaliti dan pencapaian.
Intervensi Psikometrik Inventori  Kematangan Kerjaya
Semua murid tingkatan 5
Pn Nurhaiza
5: 29  April
Psikososial
Di akhir intervensi, murid mengetahui  teknik Gaya Daya Tindak menangani stres mereka.
Inventori Gaya Daya Tindak Murid Tingkatan 5
Murid Tingkatan 5
Pn Nurhaiza

MEI
1: 2 Mei
Peningkatan
Disiplin
Mengesan murid lewat tegar untuk intervensi kaunseling
Bengkel SPOT TOPAZ Kali Ke 2: Sesi intervensi susulan
Murid lewat tegar
Pn Nurhaiza/ Pn Raudzah
1: 2- 3 Mei
Psikososial
100% murid  tingkatan 4 menjalankan  psikometrik inventori trait personaliti
Inventori Trait Personaliti
Semua murid tingkatan 4
Pn Rozinani
2: 6 – 8 Mei
Pemantapan
Sahsiah
Kesedaran kepada warga sekolah keburukan merokok melalui pelancaran program Nafas Baru Bermula Ramadhan
Outreach Menghindari Rokok Dan Intervensi Modul KOTAK
Semua murid
Pn Rozinani
5: 23 Mei
Perkembangan
Kerjaya
Di akhir program, murid mengetahui cara menulis resume dan cara menghadiri temuduga.
Menulis Resume Dan Menghadapi Temuduga
Semua murid Ting 5
Pn Nurhaiza
1-5: 2,9,16,23 Mei
Pemantapan
Sahsiah
Mempromosikan bahaya penggunaan gajet tanpa kawalan dan cara menjaga keselamatan dalam talian melalui mesej 5 minit dan poster di kantin dan di koridor.
Kempen Kesedaran ‘Child Online’
PRS Ting 4
Pn Nurhaiza
JUN
3 : 10 Jun
Peningkatan
Disiplin
Melalui kempen, murid-murid yang berjaya meningkatkan sahsiah diri untuk Zoom Murid kehadiran penuh fasa 1 dan murid yang terbaik berjaya menurunkan salah laku ponteng dianugerahkan ganjaran.
Kempen Transformasi Sahsiah
-Zoom In Kehadiran Fasa 2
Penyampaian sijil
Pelancaran Insentif Fasa 2
Semua murid kehadiran penuh fasa 1 dan murid terbaik pengurangan ponteng
Pn Nurhaiza
3:11 Jun
Pengurusan
Di akhir mesyuarat,  AJK dapat melaporkan aktiviti terkini dan cadangan penambahbaikan tahun 2018.
Mesyuarat UBK 2
AJK UBK
Pn Nurhaiza
3: 12 Jun
Psikososial
Meningkatkan pengetahuan murid mengenai personaliti iaitu kelebihan untuk potensi diri dan kelemahan untuk diperbaiki.
Intervensi Trait Personaliti

Semua murid tingkatan 4
Pn Rozinani
3: 13-14 Jun
Peningkatan
Disiplin
Meningkatkan jati diri murid berisiko tinggi agar mengurangkan salah laku mereka sehingga tidak berulang lagi.
Kem PPSDM untuk SPOT ponteng dan lewat tegar sesi pagi
Murid berisiko tinggi
Pn Raudzah
4: 19 Jun
Psikososial
Guru dan mentor membimbing murid membuat penyemakan penetapan target berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun.
Penetapan Matlamat Bersama Mentor: Mentor Mantee Kali Ke 4
Semua guru dan mentor, murid ting 3 dan ting 5
Pn Rozinani
4: 22 Jun
Pemantapan
Sahsiah
Semua warga sekolah menyambut perayaan Hari Raya dan memupuk hormat menghormati antara kaum.
Guru Penyayang: Sambutan Perayaan 2 dan Mentor Mantee Kali Ke 5
Semua warga sekolah
Projek PRS Ting 4 dan Ting 5.
Pn Nurhaiza
5: 24 Jun
Pengurusan
Di akhir mesyuarat,  AJK dapat melaporkan aktiviti terkini dan cadangan penambahbaikan

Mesyuarat UBK 3
AJK UBK
Pn Nurhaiza
5: 26 Jun
Perkembangan
Kerjaya
Semua murid yang mengikuti lawatan dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kursus yang terdapat di IPT
Lawatan Kolej IPTS Murid Aliran Sains dan Al Farabi
5 Alpha, 5 Beta, 5 Gamma, 5 Al Farabi dan ahli Kelab Kerjaya Ting 5
Pn Rozinani
JULAI




1: 1 Julai
Perkembangan
Kerjaya
Semua murid ting 5, 4 dan 3 yang melawat tapak pameran mengetahui kepelbagaian kursus kemahiran di IPT
Pameran Kemahiran IPT
Murid ting 3, 4 dan 5
Pn Rozinani
1: 1 Julai
Peningkatan
Disiplin
Melalui kempen, murid-murid yang berjaya meningkatkan sahsiah diri untuk awal ke sekolah dan murid yang terbaik mengurangkan lewat ke sekolah dianugerahkan ganjaran.
Kempen Transformasi Sahsiah
-       TOPAZ Fasa 2
30 orang murid awal ke sekolah dan murid yang berjaya menurunkan lewat.
Pn Rozinani
2: 8 Julai
Pemantapan
Sahsiah
Warga sekolah yang meraikan  hari jadi  Mei/Jun/Julai dan Ogos dapat diraikan
Pengedaran hadiah hari jadi
Semua warga sasaran
Pn Nurhaiza/ Pn Raudzah
2: 12-13 Julai
Psikososial
Peserta dapat mempelajari aktiviti PRS dari sekolah lain melalui penandaaras ke sekolah lain.
Lawatan penandaaras PRS
PRS Ting 5 dan Ting 4
Puan Nurhaiza
3: 19 Julai
Peningkatan
Disiplin
Ibu bapa dan pihak sekolah dapat berbincang mengenai permasalahan anak melalui sesi konsultasi ibu bapa
Konsultasi ibu bapa murid SPOT Ponteng dan Lewat Tegar
Konsultasi Ibu Bapa, PIBG, KSIB, murid SPOT dan Lembaga Disiplin
Puan Nurhaiza
4: 24 Julai
Perkembangan
Kerjaya
Peserta yang mengikuti lawatan ke Kolej IPTS  dapat mengetahui pelbagai kursus akademik dan kemahiran yang ditawarkan
Lawatan Kolej  IPTS
5 Al Khawarizmi, 5 Al Biruni dan ahli Kelab Kerjaya Ting 5
Pn Rozinani

5: 31 Julai
Peningkatan
Disiplin
Semua peserta intervensi murid SPOT ponteng kelas dan ponteng sekolah  dapat meningkatkan kesedaran nilai dan sahsiah untuk pencegahan salah laku.

Bengkel Intervensi SPOT Kali Ke 4 :  Murid Berisiko Keciciran Sekolah Modul SUDI dan SPOT
Murid SPOT penerima surat amaran ponteng sekolah ke 2 dan 3 sesi 2019 dan murid ponteng kelas tegar.
Pn Nurhaiza/ Pn Raudzah

2: 5 Ogos
Peningkatan Disiplin
Melalui kempen, murid-murid mengetahui cara penjagaan penampilan diri yang kemas melalui kempen SMART dan murid-murid berpenampilan kemas yang boleh dijadikan contoh.

Kempen Transformasi Sahsiah
-SMART Fasa 2
Insentif Penampilan Kemas
Semua murid SMK Cheras dan murid contoh penampilan kemas
Pn Rozinani
4: 19 – 21 Ogos
Pemantapan Sahsiah
Melalui perlaksanaan projek sahsiah diri terpuji, PRS menjalankan aktiviti yang mendekatkan khidmat PRS kepada warga sekolah untuk kempen hormat –menghormati dan menghindari buli
Projek Sahsiah Terpuji : Hormat Menghormati Hindari Buli oleh PRS Sulung Ting 4 dan PRS Muda Ting 2
Semua murid
Pn Nurhaiza
4:20 Ogos
Pengurusan
Di akhir mesyuarat,  AJK dapat melaporkan aktiviti terkini dan cadangan penambahbaikan

Mesyuarat UBK 4
AJK UBK
Pn Nurhaiza
4:21 Ogos
Psikososial
Murid yang telah menerima intervensi guru kaunseling dan skor DASS masih teruk atau Gaya Daya Tindak sederhana ke bawah memerlukan intervensi rujukan dari badan profesional kesihatan
Bengkel  intervensi Minda Sihat
Semua murid yang mendapat skor Ujian DASS teruk atau Gaya Daya Tindak yang sederhana ke bawah.
Pn Nurhaiza
5: 28 Ogos
Perkembangan
Kerjaya
Peserta yang mengikuti lawatan ke Institut Kemahiran dapat mengetahui pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan
Lawatan Kolej Kemahiran IPTA
5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Rusyd, 5 al Khindi dan 5 Ar Razi dan ahli Kelab Kerjaya Ting 5
Pn Rozinani
SEPT
1: 2-4 Sept
Psikososial

Semua murid Ting 3 dapat mengenalpasti prestasi akademik masing-masing selepas peperiksaan percubaan  melalui penetapan matlamat
Pengisian Penetapan Matlamat Dan Slot Motivasi
Semua murid ting 3
Pn Rozinani
2: 11 Sept
Peningkatan
Disiplin
Mengesan murid lewat tegar untuk fasa dua untuk intervensi kaunseling
Bengkel SPOT TOPAZ Kali Ke 3: Sesi intervensi kes fasa1 dan kes baru fasa 2
Murid lewat tegar
Pn Rozinani
4:23 – 25 Sept
Pemantapan
Sahsiah
Meningkatkan kepimpinan  PRS Sulung melalui projek senyum dan salam menyebarkan kasih sayang sesama warga sekolah
Projek Sebarkan Kasih Sayang Melalui Senyum dan Salam dikelolakan PRS Sulung dan Muda.
Semua murid
Pn Nurhaiza

3: 24 Sept

Perkembangan
Kerjaya
Semua murid Ting 5 dapat mengenalpasti prestasi akademik masing-masing selepas peperiksaan percubaan  melalui penetapan matlamat dan kursus yang boleh diikuti selepas SPM melalui merit peperiksaan percubaan SPM
Pengisian Penetapan Matlamat Dan Taklimat Halatuju Selepas SPM
Semua murid ting 5
Pn Nurhaiza

OKT



1: 1 Okt
Pemantapan
Sahsiah
Meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah
Kempen Sambutan Bulan
Kaunseling Peringkat Sekolah
Semua warga sekolah
Pn Nurhaiza
1: 2 Okt
Pemantapan
Sahsiah
Meningkatkan kesedaran murid  menghargai warga emas.
Lawatan Ke Rumah Orang Tua sempena Hari Datuk Dan Nenek
PRS Ting 4 dan Kelab Kerjaya Ting 4
Pn Raudzah
1/2/3:
1 – 18 Okt
Pemantapan
Sahsiah
Menggalakkan warga sekolah menyertai aktiviti yang dianjurkan UBK dan seterusnya mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Kuiz VLE Frog, Penjelajahan Kerjaya, Pertandingan Berunsurkan Infomatif UBK.
Semua warga sekolah
Pn Nurhaiza
2: 7 Okt
Psikososial
Penghargaan kepada semua PRS Tingkatan 5 yang telah menyumbangkan bakti
Majlis Penyerahan Sijil Bestari Dan Sulung Ting 5
PRS Ting 5
Pn Rozinani
2: 9 Okt
Pemantapan Sahsiah
Menghargai murid kehadiran penuh Tingkatan 5 dan peratus kehadiran terbaik kelas Ting 5 dengan lawatan.
Lawatan Zoom In Kelas Dan Murid
Semua murid ting 5 yang hadir penuh dan kelas terbaik kehadiran ting 5.
Pn Nurhaiza
2: 11 Okt
Psikososial
Semua murid Ting 5 diberikan motivasi kecemerlangan murid untuk pecutan akhir peperiksaan

Ceramah motivasi dan Perkongsian Ikon Murid
Semua murid ting 5
Pn Rozinani
4: 21 Okt

Psikososial
Semua pemenang yang menyertai pertandingan sempena sambutan kaunseling menerima hadiah
Majlis Penyampaian Hadiah
Sambutan Bulan Kaunseling
Semua warga sekolah
Pn Nurhaiza
4: 21 Okt
Pemantapan Sahsiah
Warga sekolah yang meraikan hari jadi pada Sept, Okt, Nov dan Dis dapat diraikan
Pengedaran hadiah hari jadi
Semua warga sasaran
Pn Nurhaiza
4: 23 Okt
Peningkatan
Disiplin
Meningkatkan jati diri murid berisiko tinggi agar mengurangkan salah laku mereka sehingga tidak berulang lagi.
Lawatan Ke Pusat Pemulihan
Murid berisiko tinggi
Pn Raudzah
5: 28-31Okt
Psikososial
Murid lebih mengenali perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan mendekati perkhidmatan kaunseling.
Program Selepas PT3:
Mengenali Dunia Kaunseling
Dan Kesihatan Mental Melalui Gaya Daya Tindak Berkesan.
Semua murid PT3
Pn Nurhaiza
Nov


1: 1 Nov
Perkembangan Kerjaya
Di akhir program, murid ting 3 dapat  mengetahui maklumat mengenai  kursus kemahiran sempena program selepas PT3
Minggu Kerjaya Program Selepas PT3
Semua murid ting 3
Pn Rozinani
2: 4-6 Nov
Perkembangan Kerjaya
Di akhir program,  murid ting 3  mengetahui maklumat mengenai  kursus kemahiran di pelbagai kolej dan lawatan kerjaya sempena program selepas PT3
Minggu Kerjaya Program Selepas PT3
Semua murid ting 3
Pn Rozinani
2: 5 Nov
Pengurusan

Post mortem mengenai program UBK sepanjang 2018 dan penambahbaikan tahun 2019
Mesyuarat UBK 3
AJK UBK
Pn Nurhaiza
2: 6 Nov
Pemantapan
Sahsiah

Warga sekolah saling menghormati perayaan  kaum  lain
Guru Penyayang: Sambutan Perayaan Deepavali 3/ RIMUP/ Mentor Mantee Kali Ke 6
Semua warga sekolah
Pn Rozinani
2: 8 Nov
Psikososial
Semua murid tingkatan 5 bersedia menghadapi SPM dengan tips persediaan menjelang SPM
Majlis Mohon Restu Dan Motivasi Persiapan Menghadapi Peperiksaan
Semua murid Ting 5
Pn Nurhaiza
3: 11-12 Nov
Peningkatan Disiplin
Semua murid penerima surat amaran 3 dikenalpasti untuk sesi susulan.
Gerak Gempur Zoom In Murid
Murid berisiko keciciran sekolah
Pn Nurhaiza
4: 18-20 Nov
Pemantapan
Sahsiah

Murid yang mempunyai kehadiran penuh dianugerahkan ganjaran
Lawatan Zoom In Kelas Dan Murid
Kelas mencapai 95% kehadiran ke sekolah dan murid hadir penuh
Pn Nurhaiza







DIS
4 : 31 Dis
Psikososial
Murid tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri murid dengan persekitaran sekolah menengah
Hari Orientasi
Semua murid Ting 1 2020/ Peralihan 2019
Pn Rozinani
Jan-Nov


Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
-Meningkatkan motivasi murid
-Menjalankan sesi kaunseling kepada murid yang memerlukan
-Menjalankan bimbingan dalam kelas sewaktu relief kelas
-Menguruskan program , sistem fail, dokumen pentadbiran dengan berkesan
- Menjalankan latihan kelompok PRS

-Sesi kaunseling individu dan kelompok
-Modul Kelas Ganti
-konsultasi keibubapaan
-Mengemaskini dokumen
- Amalan Guru Penyayang
- Perjumpaan PRS
Murid berfokus

Semua murid
Semua murid
Semua guru kaunseling
Puan Nurhaiza
Puan Rozinani
Puan Raudzah
 Disediakan oleh                                                                                                                                                                                                                Disahkan oleh

Nurhaiza Che Mat                                                                                                                                                                                           

Ketua Guru Kaunseling                                                                                  

Terapi Minda mendorong ke mari,
Menyanyi-nyanyi lagu versi terkini,
Sambil memandu sambil menyanyi,
Asalkan menceriakan hati sendiri

Ketenangan wajib, dicari sendiri
Kedamaian di sini yang abadi
Mampu menghentikan rindu di sanubari
Mampu menyembunyikan gusar di hati

-Alor Pongsu, Perak-

8 comments

tq 4 sharing kak eja...ana mohon copy...post2 kak eja sgt membantu..

terima kasih Pn. Nurhaiza. Sangat bagus sebagai panduan bagi tahun 2019.

perkongsian yang sangat baik. terima kasih

assalamualaikum, tahniah atas perkongsian yang sangat baik ni cikgu. saya mohon untuk dijadikan panduan bagi tahun 2019.terima kasih daun keladi cikgu, :)

terima kasih Pn. Nurhaiza. Sangat bagus sebagai panduan bagi tahun 2019.

Terima kasih. Jika ia bagus untuk panduan, sila gunakan. Jika ada teguran, sila maklumkan agar kita dapat berkongsi idea.

 

Telegram Channel