3 December 2018

Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2018




Mencabar juga nak cari bahan nak update untuk Amalan Terbaik Disiplin Kebangsaan. Bermula dengan pencarian senarai nama top 6 yg menang kategori sekolah menengah. Mujur ada kawan yg masuk bertanding HoTOH dan terima kasih Maznita dapatkan saya list senarau nama pemenang. Cuma gambar pameran sahaja yg tidak cukup. Jadi jika ada yg sudi berkongsi gambar pameran top 6 ini boleh la email saya. Menarik betul projek yg menang ini idea yg inovatif. Tahniah!






Boleh klik link video berikut untuk menonton Amalan Terbaik Disiplin SMK Kota Kemuning
Johan SMK Kota Kemuning, Selangor 
Tajuk : Penggunaan MyKroc (Kasut Sejahtera Sifar Ponteng Kelas) Bagi 
            Mengurangkan Kadar Ponteng Kelas 
Nurfa’izah Kasim , Shabita Md Hussian , Lim Wei Wei ,Nor Laila Md Shihab Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor 
shabita79@gmail.com

Projek menggunakan kasut khas ke tandas bagi mengawal kadar ponteng kelas. Kajian menggunakan populasi murid iaitu 3721 murid dari kelas peralihan hingga ke Tingkatan 5 . Dengan menggunakan analisis dokumen, soal selidik dan pemerhatian selama 6 bulan, didapati ponteng kelas menurun kepada 4.42%. 




Boleh klik link video berikut untuk menonton Amalan Terbaik Disiplin SMK Taman Kluang Barat
Naib Johan SMK Taman Kluang Barat , Johor 
Tajuk : “School Celebrity” Stesen TV Online Sekolah Info TKB Ternama 

Datin Hjh Zamhirah Osman, Azlina Aman, Sarimah Abu, Nur Syaaqah Abd Rashid,Mohd Haaz Shaaq Zulkiii, Zalina Basir,
azlinaaman6872@gmail.com


“School Celebrity” merupakan platform untuk murid -murid popular dengan tingkah laku positif. Fokus kepada murid dari kelompok kesalahan disiplin berat dan sederhana.Platform yang disediakan mampu mempamerkan bakat semulajadi murid ke arah yang lebih positif. Dikendalikan sepenuhnya oleh murid dan guru bertindak selaku host.mentor. Rakaman dijalankan pada pukul 10.20 hingga 10.50 pagi sewaktu rehat mengikut slot yang ditetapkan .  “School Celebrity” menampilkan slot TKB Ethics, TKB Smart, TKB Care, TKB Got Talent, TKB Style dan English Mania. Tayangan video ditayang dikantin sekolah untuk tontonan warga sekolah pada waktu rehat. Semua video akan dimuatnaik dalam youtube dan  Stesen TV Online Sekolah Info TKB Ternama . Projek ini amat positif untuk melahirkan 80% murid bakal popular dengan sikap dan tingkah laku yang positif dan mampu menjadi contoh kepada sekolah yang lain




Ketiga SMK Dato’ Kamaruddin, Perak 
Tajuk : “Program Sekolah Maruahku #2.0” Peningkatan Kehadiran 
             Melepasi 95% KPI Kementerian Pendidikan Malaysia 


Mohd Hafiz Zakaria
aben_jako@yahoo.com.my
Peratus kehadiran ke sekolah pada tahun 2016 ialah 86.9% sahaja . Oleh itu pada tahun 2017 "sekolahku maruahku" fasa 1 telah dilancarkan dan melonjak peratus kehadiran murid hingga 96.13%. Maka pada tahun 2018 "Sekolahku Maruahku #2.0" dilancarkan dengan enam aktiviti utama iaitu SOP Kehadiran Murid, Kebajikan Murid, Seronok Ke Sekolah, Peranan Kaunselor Yang Berkesan, Nilai Murni Dalam SSDM, Inovasi ICT dapat menyuntik motivasi murid ponteng tegar dan murid lain untuk ke sekolah. Peratus kehadiran hingga September 2018 ialah 96.8% dengan ponteng sifar. Kemenjadian murid ini melonjakkan juga kemenjadian dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan HEM.






Saguhati SMK Pangkal Kalong, Kelantan 
Tajuk : SENTUH : Sentiasa Tunai Harapan 
( maaf saya tidak jumpa abstrak sekolah ini dan tayangan video youtubenya)





Klik link video untuk menonton Amalan Terbaik Disiplin CODE 8

Saguhati SMK Paya Rumput, Melaka 
Tajuk : CODE 8: Satu Program Untuk Meningkatkan Sahsiah Dan Disiplin  
       Murid 
Mohd Azif bin Shukor, Yanti Hartiny binti Hamidon 
mohd69030@yes.my

Menggunakan aplikasi code untuk mengawal disiplin murid. Murid -murid mempunyai kad CODE yang akan diimbas oleh pengawas dan guru. Jika lewat, murid tidak membawa kad CODE, pengawas mempunyai salinan CODE untuk setiap murid.







Saguhati SMK Tun Indera, Terengganu 
Tajuk : Amalan HoTOH (Hope The Opposite Habit)
Melatih Murid Menepati Masa 

Amalan HoTOH berjaya mengurangkan bilangan murid yang lewat ke sekolah dari 291 kes pada bulan Januari menjadi 1 kes sahaja pada bulan Ogos 2018



Semoga dipenuhi olehNya
Semoga impiannya menjadi kenyataan
SPI JPWPKL
 

Telegram Channel