18 November 2019

Lawatan Penandaaras SMKC 11/2019: PRS SMK Desa Perdana


Hari ini saya menerima kunjungan terakhir lawatan penandaaras untuk sesi 2019. Pinangan sekolah ini diterima kerana hanya tarikh ini sahaja yang boleh saya selitkan untuk perkongsian di sekolah dalam minggu ini.  UBK mereka membawa 9 murid PRS dan sesi perkongsian sesama mereka dijalankan antara AJK PRS. 

Kami berkongsi mengenai sistem fail PRS mengikut penarafan PRS Terbilang, buku log PRS, pelaporan PRS , aktiviti PRS sepanjang tahun dan menayangkan video pertandingan penjelajahan kerjaya dan video kreatif yang dimenangi murid PRS SMK Cheras.

Saya mengajar teknik urutan relaksasi untuk dikongsikan bersama murid murid di sekolah mereka oleh PRS.

Terima kasih sudi hadir di sekolah kami dan win win saling berkongsi pengalaman.


Happy  birthday Tihanie
Suprise birthday cake for her 
From classmate 4 Alpha :)


















































































 

Telegram Channel