Total Pageviews

1 June 2020

Inovasi : Koleksi Apresiasi Nyanyian Kerjaya


Jom klik link ini https://t.me/ApresiasinNyanyianKerjayaSR untuk mendapatkan bahan -bahan nyanyian.


Hi semua!

Hari ini saya ingin berkongsi bahan dari guru bimbingan dan kaunseling cemerlang sekolah rendah dari Johor iaitu Cikgu Norazizah Binti A. Rahman yang lebih mesra dipanggil Cikgu Jijah. Antara inovasi yang dibawakannya kali ini ialah nyanyian lagu-lagu untuk murid memahami sesuatu jenis kerjaya dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. 


Bukan sahaja untuk anak-anak murid, anak- anak sendiri pun sesuai untuk memahami kepelbagaian jenis kerjaya melalui cara yang menghiburkan.


Pada zaman kini, muzik merupakan satu bentuk aliran yang digemari oleh kanak-kanak. Kerana itulah lagu ini menggunakan elemen muzik dalam menyampaikan bimbingan kerjaya. 


Di dalam telegram ini terkandung nyanyian lagu, yang terdapat 18  lagu pekerjaan berpandukan nada lagu sinonim kanak-kanak terdahulu seperti enjet-enjet semut, chan mali chan dan banyak lagi.

Apresiasi Nyanyian Kerjaya Sekolah Rendah

Kompilasi lagu kerjaya untuk sekolah rendah

Sila klik link di bawah untuk join telegram mendapatkan bahan -bahan lagu 

https://t.me/ApresiasinNyanyianKerjayaSR

Menarik kan ! Jom share untuk lebih ramai guru kaunseling dapat memanfaatkan perkongsian ini. 





Bye Mei
Countdown tamat PKPB
#kitamestimenang



No comments: