3 June 2020

Kertas Kerja CAKNA CHERASIAN: Bantuan Dihulur



Hari ini tugasan saya menggunakan data -data yang dibekalkan oleh penolong kanan saya untuk membentuk program Cakna Cherasian ini yang akan disambung selepas cuti sekolah yang akan berakhir pada 8 Jun 2020. Membentuk jawatankuasa untuk menyambung agihan bantuan untuk murid yang terjejas akibat COVID-19. 


KERTAS KERJA

 CAKNA CHERASIAN 2020

1.0     Pengenalan

 

Program Cakna Cherasian merupakan program yang dijalankan bermula dari perintah kawalan pergerakan sejak wabak COVID-19 melanda di Malaysia. Ia melibatkan aktiviti menyantuni keluarga murid yang terjejas akibat dari wabak ini. Aktiviti kebajikan berbentuk  memberikan sumbangan barang makanan dan wang tunai hasil kutipan dari guru -guru SMK Cheras dan NGO. Aktiviti tersebut biasa dijalankan di sekolah untuk kes-kes khas seperti kematian, bencana, kemalangan dan fakir miskin yang belum menerima bantuan. Oleh itu, pihak sekolah berusaha mewujudkan inisiatif Cakna Cherasian khusus untuk projek membantu keluarga murid yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.  Murid-murid SMK Cheras terdiri dari 567 murid dari kategori murid B40 (49.96%), 343 orang (30.22%) dari kategori M40, 225 orang dari kategori T20 (19.82%). Oleh itu, program Cakna Cherasian dijalankan sepanjang perintah kawalan pergerakan. Ia dirangka dalam bentuk inisiatif bantuan keperluan asas atau wang tunai untuk  sasaran murid yang terjejas . Sasaran utama kepada sekurang-kurangnya 200 murid B40 yang tidak menerima apa – apa bantuan dari pihak -pihak yang lain. Objektif program ini diharapkan dapat membudayakan sikap kasih sayang dan menyuburkan kekeluargaan di sekolah. Melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, dan meraikan sambutan perayaan Aidilfitri murid diharapkan objektif program tercapai.

 

 

2.0     Matlamat

           

            Meningkatkan semangat kekeluargaan dan memupuk kasih sayang seperti yang

 

disarankan dalam Amalan Guru Penyayang.

 

.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

Sepanjang perintah kawalan pergerakan bermula perintah kawalan pergerakan fasa 2

1 April 2020 hingga tempoh perintah kawalan pergerakan berakhir

 

Tempat agihan bantuan:

Di  pejabat sekolah/  Dataran perhimpunan sekolah/ Di rumah masing - masing

                                                                                                                                                    

4.0       Sasaran

            Warga sekolah yang terjejas akibat COVID – 19.

Pecahan Bantuan

            180 orang murid

            10 orang pekerja pembersihan

            4 orang pengawal keselamatan

 

5.0       Objektif

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling bantu - membantu

antara pelbagai budaya di sekolah.

2) Mengamalkan budaya penyayang guru yang peka dan empati dengan murid -murid

walaupun berlainan agama dan bangsa.


6.0       KPI

 

Output

Membantu meringankan keluarga murid yang terjejas kerana COVID-19 dalam bentuk sumbangan sekali sepanjang perintah kawalan pergerakan.

 

Outcome

Menguatkan ikatan warga Cherasian untuk sentiasa bersatu padu sebagai sebuah keluarga yang mengamalkan sikap bantu membantu dan menyuburkan sikap penyayang.

 

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Harga

 

Jumlah

 

Sumber

 

1.

Sumbangan tunai Hari Raya

RM 30 x 100 orang

RM 3,000

Sumbangan guru-guru

2.

Sumbangan keperluan asas

RM 50 x 100 orang

RM 50 x 4 pengawal keselamatan

RM 5,200

Sumbangan guru, orang perseorangan dan NGO

 

3.

Sumbangan keperluan asas

80 orang murid

11 pekerja pembersihan

Sumbangan

Sumbangan dari

Live To Love

NGO

 

Jumlah

 

RM 8,200.00

 

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

            Pengerusi                          :         Encik Jamil Bin Jamaludin

Timbalan Pengerusi           :          Puan Maheran Bt Abd Mutalib                              

          Setiausaha                         :         Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh  

          Naib Setiausaha                 :         Puan Haslina Bt Hashim

          

 

1

AJK DANA CAKNA CHERASIAN

1. Puan Maheran Binti Abd Mutalib

2. Puan Tengku Laila Sari Bt

    Tengku Jusoh

3. Puan Wong Mun Yee

4. Puan Narinder Kaur a/p Peara

    Singh

 

1.     1. Mendapatkan sumber dana dari orang

2.         perseorangan atau NGO

2

AJK JEMPUTAN

1.    Puan Usha Kumari a/ p Ramu (K)

2.    Puan Faiza Bt Mamat

3.    Puan Nor Haiza Bt Jaine

4.    Semua Guru Tingkatan

1. Menghubungi ibu

          bapa/murid dan tetamu yang terlibat

·     2  Memaklumkan kepada penyelaras

          pengesahan kehadiran murid dan     

          ibu bapa untuk mengambil bantuan

4   

3

AJK AGIHAN BANTUAN

1.      Puan Normilah Bt Mohd Noh  (K)

2.      Puan Noraida Bt Mohamad

3.      Puan Suhaibah Bt Mat

4.      Puan Nor Haizad Bt Taharim

5.      Puan Murni Bt Mat Jali

6.      Puan Nurul Hamiza

7.      Puan Nurhaiza Bt Che Mat

8.      En Balasegar a/l Muniandy

9.      Cik Lie Kiet Wei

 

1.   Membeli bahang-barang keperluan makanan untuk agihan bantuan

2.   Mengedarkan bantuan keperluan asas

kepada murid

 

 

 

4

AJK KERTAS KERJA, SIJIL DAN PENGHARGAAN

1.     Puan Nurhaiza Bt Che Mat (K)

 

1.Menyediakan kertas kerja program

2. Menyediakan sijil penghargaan NGO dan individu yang membantu

5

AJK BROSUR/ DOKUMENTASI  

 

Puan Haslina Hashim (K)

 

Puan Haslina Rahim

 

Cik Tuong Loy Mui

1.     Membuat rakaman video dan menangkap gambar

2.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan dalam buku dokumentasi

3.     Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Hal Ehwal Murid

            Unit Kebajikan Sekolah

 

9.2     TENTATIF PROGRAM

 

Mei 2020

 

Penyampaian sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas sewaktu bulan Ramadhan kepada murid mengikut giliran di pejabat sekolah

Penyampaian barang keperluan ke rumah murid di kawasan perumahan berhampiran sekolah


7 Jun 2020

Penyampaian sumbangan bantuan oleh NGO Live For Love di Dataran perhimpunan


9 Jun – 12 Jun 2020

Ziarah Cakna Syawal penyampaian ke rumah

Edaran sumbangan jemputan murid ke sekolah


10.0     PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Murid tidak dapat dihubungi mendapatkan bantuan

Nombor telefon bertukar

Menjalankan aktiviti Ziarah Cakna Ke Rumah

Guru AJK Ziarah Cakna

Ibu bapa menolak bantuan

Tidak mahu menerima bantuan kerana telah mendapat bantuan dari Kawasan perumahannya

Memilih nama murid lain yang layak.

Guru pengagihan bantuan

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan warga Cherasian dan lebih mengukuhkan ikatan sikap penyayang antara guru dan murid- murid.

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)



Ha
ppy Birthday Harraz

Semoga membesar menjadi anak soleh


 

 


 

Telegram Channel