Hari Selasa saya ke Puterajaya untuk taklimat semakan dan pemurniaan perkhidmatan kaunseling dan program minda sihat norma baru. Panel panel dari pelbagai bidang dipilih. Antaranya boleh rujuk ahli panel mesyuarat di bawah iaitu:
Garis panduan dan modul dikemaskini dan akan dikeluarkan pada bila bila masa sahaja setelah mendapat persetujuan dari peringkat tertinggi BPSH KPM.
Banyak ilmu yang saya pelajari hasil daripada bengkel ini. Sumbangsaran dari pelbagai agensi.
1) Lembaga Kaunselor tidak mengambil kira sesi kaunseling dalam talian.
2) Menggantikan ayat tele kaunseling kepada tele sokongan psikososial lebih sesuai apabila kita merujuk aktiviti kaunseling dalam talian.
3) Kepelbagaian ayat ujian dalam menentukan stres murid
4) Tele sokongan psikososial aktif dijalankan oleh pelbagai agensi yg menggunakan kepakaran guru kaunseling.
5) Meminta klien membuat ujian atau soal selidik atau inventori terlebih dahulu dan sesi kaunseling dijalankan untuk memproses maklumat dari tools ujian yg diberi. Ini menjimatkan masa klien berada dalam bilik kaunseling dalam tempoh pkp ini. Cara ini dimaklumkan oleh agensi yg beroperasi sesi kaunseling tapi bukan KPM.
6) Jika kita membuat annex ia tidak boleh melangkau dari garis panduan yg ditetapkan
7) Menitikberatkan psikoeducation
Setelah selesai taklimat, saya dapat berbual dgn Pn Rabiah nazir kaunseling yg memantau Dr Tan. Semoga kita berjumpa lagi
Puasa ke 8 Syawal ;