Mesyuarat PIBG hari ini dan saya kongsikan video SOP SMK Cheras untuk tontonan AJK PIBG.
Saya kongsikan kertas kerja yg disiapkan pada hari Isnin untuk memohon PIBG tajaan poster asalnya sebagai sebaran pencegahan COVID-19 dan pembelian sabun tangan. Namun PIBG berbesar hati menyediakan sistem paip air yg teratur untuk diletakkan di setiap blok akademik yg digunakan. Ini mengelakkan kekerapan murid masuk ke dalam tandas semata mata membasuh tangan. Alternatif yg lebih efektif disediakan.
PIBG juga bersedia menaja topeng muka dan sanitizer dalam jumlah yang dipersetujui dan mencari alternatif pengesan suhu masuk ke dalam sekolah.
Terima kasih PIBG
KERTAS KERJA
PERSIAPAN KEMBALI KE
SEKOLAH
PASCA PKP COVID-19
1.0 Pengenalan
Projek Persiapan
Kembali Ke Sekolah merupakan projek yang
melibatkan kewangan untuk sekolah bersedia dengan kehadiran murid -murid selepas
COVID-19. Sekolah perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan
semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Antaranya
membuat laluan keluar masuk sekolah yang baru, pergerakan dari kelas ke pintu pagar
sekolah, ke kantin dan blok -blok kelas yang menempatkan bilik -bilik khas seperti
makmal, bilik komputer, bilik seni, bilik kaunseling dan sebagainya. Elakkan
konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan
seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S
sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang
dekat. Poster – poster juga dipamerkan di setiap koridor blok sekolah dan kantin sekolah untuk
memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial dalam sekolah. Selain itu, peringatan
demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa
diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap
mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di
tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan
Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial murid juga perlu menyediakan poster
dan peringatan berkaitan dengan kesihatan mental murid dan galakan kepada murid
mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang
mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan
diadakan. Objektif projek ini diharapkan tercapai iaitu
menggalakkan murid mengelakkan 3S dan mengamalkan 3W sepanjang berada dalam di
sekolah dan di tempat awam.
2.0 Matlamat
Warga
sekolah dapat mengamalkan kebiasaan baharu di sekolah dengan
mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan sembang dekat serta sentiasa mengamalkan
3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup
separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM
yang lebih berkonsep peringatan (warn).
3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat
Sepanjang
masa persekolahan di dalam sekolah
4.0 Sasaran
Semua
warga SMK Cheras
5.0 Objektif
1)
Warga sekolah sentiasa
peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
2) Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
6.0 KPI
Output |
Murid dapat
sentiasa dingattkan setiap hari mengelakkan 3S dan 3W melalui poster dan
stikerserta tanda-tanda penjarakkan sosial
untuk mereka amalkan. |
Outcome |
Warga sekolah sudah dapat
membiasakan diri dengan kebiasaan normal baharu dengan mengekalkkan 3S dan
mengamalkan 3W |
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Jumlah |
Sumber |
1. |
Banner Kembali Ke
Sekolah |
RM 100 |
PIBG |
2. |
Poster dan pelekat 3S dan 3W |
RM 300 |
PIBG |
3. |
Sistem Paip |
RM 800 |
PIBG |
4. |
Sabun |
RM 100 |
PIBG |
|
Jumlah |
RM 1,300.00 |
PIBG |
8.0 AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA TASK FORCE
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN COVID-19
Pengerusi
: En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi
: Pn. Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)
Naib Pengerusi : Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn. Salehah binti Ali (PK
Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Kaunseling)
Jawatankuasa
Kerja
1)
PERSEDIAAN PRASARANA
Penyelaras
:
1. Pn
Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)
2. Pn
Noor Alamiyah binti Zakaria (Guru Kanan Bahasa)
3. Pn Jasmail Kaur a/p Mewa Singh (Guru
Kanan Sains & Matematik)
2) JK
PENGURUSAN AKADEMIK
Penyelaras: 1. Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)
2. Pn Ooi Bee Kuan
(Guru Kanan Kemanusiaan)
3.
Pemantauan – Semua GKMP
3) JK
PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID
Penyelaras
: 1.
Pn Maheran binti Abd Mutalib (Penolong Kanan Petang)
2. Pn
Nurhaiza binti Che Mat (Guru Kaunseling )
4) JK PENGURUSAN KOKURIKULUM
Penyelaras : 1. Pn Saleha
binti Ali (PK Kokurikulum)
2. Cik Hufaidah binti Zakaria
(Setiausaha Kokurikulum)
5) JK PENGURUSAN SUMBER
Penyelaras : 1. Cik
Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)
2. En
Ismail bin Mohd Noor (Guru Kanan Teknik & Vokasional)
JAWATANKUASA KERJA
PERSEDIAAN
PRASARANA
Penyelaras
:
1. Pn
Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)
2. Pn
Noor Alamiyah binti Zakaria (Guru Kanan Bahasa)
3. Pn Jasmail Kaur a/p Mewa Singh (Guru
Kanan Sains & Matematik)
TEMPAT |
NAMA AJK |
BIDANG TUGAS |
1. Bilik Darjah |
JK Majlis Ketua Tingkatan Pn Salina binti Mohd Isa (K) Penyelaras Tingkatan 5 Pn Farah Hanum binti Ramly
5 Alfa- Pn Amirah binti Muhamed Kamil Pn Kavitha a/p Chellai 5 Beta – Pn Nor Zalifah binti Hanafi En rahimi b Abd Karim 5 Gamma – Pn Noraini binti Jamaludin - 5 Al Farabi – Pn Nor Haizad binti Mohd Taharim Pn Haslina binti Rahim 4 Al-Biruni – Pn Nor Afiqah binti Mohd Sidek Pn Farah Hanum binti Ramly 5 Al Khawarizmi En Hazmer bin Mamat Pn Jamaliah Azmirakarimah binti
Mohd Ali 5 Ar-Razi – Pn Nor Haiza binti Jaine Pn Rozinani binti Awang 5 Ibnu Rusyd - Pn Tengku Laila Sari binti Tengku
Jusoh Pn Nurhaiza binti Che Mat 5 Ibnu Sina - Pn Khairul Akhmar binti Omar Pn Norlalili binti Ani
|
1. Menyediakan peta kedudukan kelas Tingkatan 5 ·
9 kelas di Blok A ·
5 kelas di blok D 2. Bilangan maksimum murid adalah antara 17 - 20 orang 3. Susunan meja murid ●
Jarak dengan meja belakang 1 meter ●
Jarak dengan meja hadapan 1 meter ●
Jarak dengan meja sebelah 1 meter ●
Jarak meja dengan tingkap 0.5
meter ●
Jarak meja murid dengan meja guru 1 meter 4.Tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan
dan baris tepi pertama untuk rujukan 5.Menyediakan dan menampal senarai nama kedudukan murid di
pintu masuk kelas 6. Meletakkan tanda laluan sehala
dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk (biru) dan keluar (merah) dari bilik darjah dan sepanjang laluan ke bilik
darjah 7. Menampal label nama kelas di
luar bilik darjah 8. Menampal SOP
pengurusan kelas dan poster pemberitahuan COVID-19 di dalam kelas 9. Kerusi dan meja lebihan di susun dengan
kemas di belakang bilik darjah |
2.Bilik Guru |
JK Kelab Ceria Pn Suhaibah binti Mat(K) AJK Pn Rodiyah binti Mohamad Pn Rita Indraiani bt Surip Pn Nurul Hamiza bt Nodzari Pn Amirah bt Muhamed Kamil Pn Naimah bt Ibrahim
AJK Biro
|
1.Menyediakan penempatan guru di
bilik-bilik lain yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan di dalam Bilik Guru
utama ●
Bilik Guru Utama ●
Bilik PSS ●
Bilik Media ●
Sanggar Ceria ●
bilik-bilik lain yang sesuai
2. Tanda penjarakan susunan kerusi
dan meja diletakkan pada kaki meja dalam bilik guru, serta
meletakkan label anak panah pintu masuk dan pintu keluar.
3.Mendapatkan hand sanitizer
di semua bilik guru dari pejabat sekolah
4.Elakkan 3S ●
Sesak (Crowded
places) ●
Sempit (Confined
Spaces) ●
Sembang Dekat (Close Coversation)
5.Mendapatkan dan
menampal maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID-19 |
3.Kantin |
JK Kantin Pn Amira binti Mamat (K)
Isnin Pn Tipah binti Ngah Pn Farah Aisyah binti Shamsuddin Pn Nurul Hamiza binti Nodzari Pn Laila Azuwa binti Tamrin
Selasa Pn Tengku Laila Sari binti Tengku
Jusoh Pn Nor Zalifah binti Hanafi Pn Faiza binti Mamat Pn Norazah binti Aris
Rabu En Marodzi bin Mehat Pn Norhana binti Taufik Pn Murni Yati binti Masari Cik Noor Syaheerah binti Hamdan
Khamis Cik Nor Afiqah binti Mohd Sidek Pn Amira binti Mamat Cik Tuong Loy Mui Pn Haliza binti Halid
Jumaat En Ganeshan a/l Vadivelu Pn Hashida binti Md Isa Cik Lie Kiet Wei En Murshid bin Baharom
|
JK berbincang dengan pengusaha kantin untuk mematuhi SOP yang telah
ditetapkan olehGaris Panduan KPM,
iaitu 1.Memastikan tanda penjarakan sosial
diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke sinki. 2.Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin bagi
murid tidak dibenarkan. Semua bangku dinaikkan ke atas meja 3.Kerusi dan meja di ruang makan guru hendaklah ditandakan
dan dijarakkan sekurang-kurangnya 1 (satu) meter 4. Meletakkan tanda laluan sehala
dengan pita pelekat berwarna di dalam dan laluan ke kantin 5.Menyediakan peta laluan masuk (biru) dan keluar (merah)
kantin 6. Menampal maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID
19 7. Memastikan penyedia makanan memakai penutup muka dan
mulut serta sarung tangan pada setiap masa 8.Memastikan pengusaha kantin meletakkan hand sanitizer di kaunter bayaran bagi
kegunaan murid-murid dan guru-guru 9.Menyediakan sabun pencuci tangan di sinki |
4.Surau |
Panitia Pendidikan Islam Pn Normilah binti Mohd Noh (K)
Pn Nafsah binti Mohd Shah Pn Haslina binti Hashim Pn Nurul Hamiza binti Nodzari Pn Noor Nadiah binti Tajuddin En Muhammad Bukhari bin Saripuddin |
1.Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan
ditangguhkan. Murid digalakkan menggunakan sejadah dan telekung sendiri untuk
solat 2.Membuat tanda penjarakan 1 meter dengan pita pelekat di lantai surau
murid dan guru 3. Meletakkan tanda
laluan dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar di dalam surau
dan sepanjang laluan 4. Menyediakan sabun pencuci tangan di tempat
mengambil wuduk |
5.Bilik Isolasi |
JK Kesihatan Cik Nor Afiqah binti Mohd Sidek (K)
Pn Maizatul Akma binti Mamat Pn Laili Azuwa binti Tamrin Pn Norshahizan binti Baharom Pn Nor Haiza binti Jaine Pn Nurul Arina binti Asha’ari
|
1. Menyediakan hand sanitizer dan penutup muka di
dalam bilik kesihatan
2.Memaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga jika
terdapat murid yang suhu badan lebih tinggi dari 37.5˚C untuk di bawa pulang
dan mendapat rawatan
3. Mengasingkan murid di dalam dewan sementara
menunggu ibu/bapa/penjaga datang
4.Mengenal pasti
murid dan guru yang mempunyai masalah
imuniti badan yang rendah
5.Memastikan murid
dan guru yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa
memakai penutup muka
6.Menyediakan buku
rekod maklumat murid yang diasingkan kerana bergejala (di dewan sekolah dan
di bilik kesihatan)
7. Memaklumkan
kepada pentadbir sekolah jika terdapat murid bergejala
8. Mengambil
tindakan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru
dan warga sekolah yang disahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) ●
Mengenalpasti dan menyediakan
senarai kontak rapat ●
Mendapat nasihat daripada PKD
mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang di kenal
pasti
|
6.Bilik Kaunseling |
JK Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn Nurhaiza binti Che Mat (K)
Pn Rozinani binti Awang Pn Nurazlina binti Che Omar
|
1. Meletakkan tanda penjarakan
sosial di lantai bilik
2. Meletakkan tanda laluan dengan
pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar di dalam bilik dan sepanjang
laluan
3. Melaksanakan Ujian Minda Sihat
secara berkala bagi mengenal pasti murid dan
guru yang terkesan dengan norma baharu di sekolah
4.Melaksanakan sesi motivasi pada hari pertama
sekolah dibuka semula kepada semua murid tingkatan 5 secara bergilir
5. Melaksanakan sesi intervensi kepada semua
guru seminggu sebelum sekolah dibuka semula
|
7. Kebersihan -
Tandas -
Paip mencuci tangan |
JK Kebersihan dan Keceriaan Pn Nor Haizad binti Mohd Taharim (K)
En Mohd Ikhwan bin Che Muda Pn Normilah binti Mohd Noh Pn Amira binti Mamat En Azrin bin U mat Pn Haliza binti Halid Pn Atirah binti Riduan |
1.Memastikan setiap tandas
dibekalkan dengan sabun pencuci tangan yang mencukupi
2. Meletakkan tanda penjarakan
sosial di lantai tandas dan di luar tandas
3.Menyediakan poster Langkah
Mencuci Tangan di tandas guru dan murid
4. Menyediakan jadual pembersihan tandas dan senarai semak pembersihan di semua
tandas murid dan guru
Fokus utama pembersihan adalah
pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh
dicapai oleh tangan iaitu tombol pintu, suis lampu, sinki, kepala paip,
pengepam tandas, pelapik duduk tandas
5. Membekalkan sabun
pencuci tangan bersebelahan paip mencuci tangan di setiap blok untuk kegunaan
murid dan guru
6. Memantau kebersihan tandas guru
dan murid serta kawasan mencuci tangan
|
8.Bilik-bilik Khas |
Pusat Sumber Sekolah -Pn Rodiyah binti Mohamad -Pn Suhaibah binti Mat -Pn Soraya binti Abdul Rafar -Pn Aisyatul Nazliah binti Abdul Rani
Makmal Sains Teras -Pn Salina binti Mohd Isa
Makmal Sains Elektif -Pn Nor Zalifah binti Hanafi
Bilik Muzik -Pn Norshahizan binti Baharom -Pn Umi Salbiah binti Abdul Rahman - Pn Norlalili binti Aini -Pn Norhana binti Taufik
Bilik PSV -Pn Jamaliah Azmirakarimah binti
Mohd Ali -En Azrin bin U Mat -Pn Murni Yati binti Masari
Bilik ICT -En Ahmad Razimi bin Che Soh - En Ahmad Azran bin Abdul Rahman
Bengkel RBT -Pn Nurul Saadah binti Ismail -En Mohd
Nidzam bin Mohd Yusoff -Pn Faiza binti Mamat -Pn Maizatul Akmal binti Mamat -Pn Laili Azuwa binti Tamrin
Bilik PVMA 1 & 2 -Pn Khairul Akhmar bin Omar -Pn Nurul Shafini binti Abd Hadi Bilik MPV (SRT) -En Abdull Azis bin Arbi -En Mursyid bin Baharom
Bilik MPV (RJP) -Pn Aziyanti
binti Abu Khanipah
Bilik Reka Cipta -En Abdull Azis bin Arbi -En Mursyid bin Baharom
Bilik Grafik Komunikasi Teknikal -En Nik Rahmat bin Nik Mood |
1.Meletakkan tanda penjarakan pada kerusi dan meja dengan pita
pelekat bewarna merah 2. Meletakkan tanda laluan sehala
dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar dari bilik khas dan
sepanjang laluan ke bilik khas 3.Menampal maklumat dan poster
pemberitahuan COVID-19 di dalam
bilik-bilik khas
4. Mendapatkan hand sanitizer
untuk kegunaan bilik-bilik khas dari pejabat sekolah
|
9.Laluan sekitar sekolah |
JK Keselamatan En Mohd Nidzam bin Mohd Yusoff (K) -Laluan dari kantin ke pejabat
sekolah
En Masrizal bin Abu Bakar -Pintu pagar utama sekolah
En Mursyid bin Baharom -Laluan Blok A & B
En Yahya bin Mat Yasin -Laluan Blok C
En Amiruddin bin Mohd Yusof -Laluan Blok D
En Ahmad Azran bin
Abdul Rahman Laluan Blok E
En Hazmer bin Mamat Laluan Blok F
En Mohd Ikhwan bin Che Muda - Gimnasium
En Chan Yoong Keong Dewan |
1. Meletakkan tanda laluan sehala
dengan cat bewarna bagi laluan masuk (Hijau)
dan keluar (Biru) di atas lantai sepanjang laluan
2. Menyediakan peta laluan murid
dan guru dari pintu masuk ke blok-blok kelas
3. Meletakkan petak tanda penjarakan bagi
mengambil suhu badan murid di pintu pagar utama sekolah bermula dari pintu
masuk kecil hingga depan dewan
4. Menampal maklumat dan poster-poster
pemberitahuan COVID 19 di tempat-tempat strategik di laluan sekitar sekolah |
2. JK
PENGURUSAN AKADEMIK
Penyelaras : 1.
Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)
2. Pn Ooi Bee Kuan (Guru
Kanan Kemanusiaan)
3.
Pemantauan – Semua GKMP
AJK |
NAMA AJK |
BIDANG TUGAS |
1.Pengurusan PdP |
PK Pentadbiran Gura Kanan Mata Pelajaran Semua KP SU Peperiksaan SU Kurikulum |
1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan
pelaksanaan PdP
2.Melakukan semakan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP
3.Memantau PdPc yang akur dengan keperluan
penjarakan sosial Pemantauan (Learning Walk)
|
2. Jadual Waktu dan PdPc Murid di Sekolah
|
SU Jadual Waktu En Ahmad Firdaus bin Mohamad Ya (K) Pn Hashida Binti Mat Isa Cik Hamizah Binti Md Aris
JK ICT En Ahmad Razimi bin Che Soh(K) Pn Norazah binti Aris Pn Naimah binti Ibrahim En Ahmad Azran bin Abdul Rahman
|
1. Menyediakan jadual waktu sekolah
secra bersemuka
2.Merancang pelbagai
kaedah penyampaian yang bersesuaian seperti pembelajaran teradun(Blended
Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara
dalam talian
3. Memastikan semua
PdPc yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti di luar bilik darjah
4. Menyediakan RPH yang mengandungi ●
Objektif PdP ●
Aktiviti ●
Refleksi. |
3.Jadual Waktu dan PdPc Murid dalam Talian -Peralihan -Tingkatan 1,2,3,4 |
SU Jadual Waktu Pn Hashida binti Md Isa(K) Cik Hamizah binti Md Aris
Semua guru mata pelajaran
Peralihan, Tingkatan 1,2,3,4
JK ICT En Ahmad
Razimi bin Che Soh(K) Pn Norazah binti Aris Pn Naimah binti Ibrahim En Ahmad Azran bin Abdul Rahman
|
1.Menyediakan jadual PdPc secara
dalam talian
2. Menyediakan rekod Latihan di
dalam link google form. Rekod
penglibatan murid dalam google meet perlu dicatatkan.
3. Memberi latihan buku teks,
buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai
akses internet
4.Melaksanakan
pentaksiran bilik darjah (PBD) berdasarkan hasil kerja murid seperti Latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh
dikemukan secara dalam talian dan serahan tangan
5. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) apabila sesi
persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka
secara dalam talian atau serah tangan
6.
Menyediakan RPH yang mengandungi ●
Objektif PdP ●
Aktiviti ●
Refleksi
|
4.Serahan tugasan murid atas
talian Peralihan Tingkatan 1,2,3,4 |
Pn Narinder Kaur a/p Peara Singh (K) Pn
Norliza binti Rafei Pn
Soraya binti Abdul Rafar
|
1.Menyediakan kotak serahan bahan
PdP di pondok pengawal
2. Melabel kotak serahan dengan
label tingkatan |
3.0 JK
PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID
Penyelaras
: 1.
Pn Maheran binti Abd Mutalib (Penolong Kanan Petang)
2. Pn
Nurhaiza binti Che Mat (Guru Kaunseling
Cemerlang)
AJK |
NAMA AJK |
BIDANG TUGAS |
1.Pergerakan masuk ke sekolah - Pagar utama sekolah - Pergerakan ke kelas |
JK Disiplin En Masrizal bin Abu Bakar (K) Pn
Noraida binti Mohamad @Abdullah Cik Lie Kiet
Wei Guru-guru bertugas (Rujuk Lampiran 1: Jadual
Guru Bertugas)
Guru disiplin Ops Lewat
|
1.Mengawal pergerakan murid di
pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan pulang
2.Menggalakkan semua murid memakai penutup muka
3. Memeriksa suhu badan murid
menggunakan alat pengimbas suhu badan di hadapan dewan sewaktu tiba ke sekolah
4. Menyediakan buku senarai nama
murid mengikut kelas serta merekodkan maklumat
murid yang bacaan suhu lebih tinggi dari 37.5C
5.Memberi
masa rehat kepada murid-murid yang didapati suhu badan lebih daripada 37.5C
sebelum diambil semula suhu 6. Mengasingkan
murid yang bergejala di dalam dewan sehingga ibu/bapa/penjaga dapat membawa
mereka pulang ke rumah
7. Memastikan murid-murid menjaga
penjarakan sosial ketika bergerak dari
pagar sekolah ke kelas
8. Memastikan murid-murid menjaga
penjarakan sosial Ketika bergerak pulang
|
3.Pengumuman harian |
JK Perhimpunan Rasmi Pn Solehah binti Ahmad (K) Pn Zahirah binti Abdul Halim En Balasegar a/l Muniandy
|
1. Pengumuman hari Isnin (7.20-7.30
pagi) ●
Murid-murid berkumpul di dalam kelas ●
Nyanyian - Negaraku, Lagu Sekolah ●
Pengumuman 2. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan
keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. 3. Sentiasa memberi peringatan untuk murid-murid mematuhi
dan menggunakan laluan pergerakan yang disediakan |
4.Waktu rehat murid |
Guru-guru kantin Guru-guru bertugas
|
Pengurusan waktu rehat: ●
Murid-murid mengisi borang pesanan berdasarkan
cadangan menu harian 1 jam sebelum waktu rehat ●
Wakil murid akan menghantar pesanan beserta
bayaran kepada pengusaha kantin ●
3 orang murid wakil kelas akan mengambil
makanan dan minuman yang dipesan dari kantin ●
Semua murid makan dan minum di dalam kelas ●
Bekas makanan dibuang di dalam tong sampah
bertutup di tangga turun setiap blok ●
Pengusaha kantin mengosongkan tong sampah
setiap hari selepas waktu rehat 3.Tugas guru kantin: ●
menyediakan cadangan menu harian murid dan
borang pesanan ●
memantau pergerakan
murid keluar dan masuk ke kantin 4. Tugas guru bertugas: ●
memantau kebersihan kelas selepas waktu rehat ●
memastikan dan memantau semua murid hanya makan di dalam kelas sewaktu rehat ●
memantau murid-murid di kawasan tandas sewaktu
rehat |
4.0 JK PENGURUSAN KOKURIKULUM
Penyelaras : 1. Pn Saleha
binti Ali (PK Kokurikulum)
2. Cik Hufaidah binti Zakaria (Setiausaha
Kokurikulum)
AJK |
NAMA AJK |
BIDANG TUGAS |
1.Pertandingan/ Aktiviti
Kokurikulum |
Pn Naimah binti Ibrahim(K)
Penyelaras PAJSK: Cik Hamizah binti Md Aris Pn Haslina binti Hashim
Semua guru kelas -Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3
& 4 |
1.Menyenaraikan semua
pertandingan anjuran KPM/JPN/PPD dalam
talian yang boleh disertai oleh murid-murid
2. Guru pembimbing mengenal pasti
murid-murid yang mengambil bahagian dan
memaklumkan kepada guru kelas.
3. Guru kelas
merekodkan markah penglibatan dan pencapaian dalam rekod PAJSK murid
4. Memastikan semua
aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga
ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan
|
2.Koperasi SMK Cheras Bhd |
Pn Aziyanti binti Abu Khanipah(K)
Cik Noraini binti Jamaluddin Pn Sharihan binti Shaari Pn Normilah binti Mohd Noh Pn Kanagambigai a/p Ramoo Pn Faiza binti Mamat
AJK Pn Nurul Arina binti Asha’ari Pn Laili Azuwa binti Tamrin Pn atirah binti Mohd Riduan
Pembantu kedai
|
1.Menyediakan garis penjarakan
dengan pelekat merah di hadapan kaunter pelanggan
2. Memastikan hanya 1 orang
pekerja dan 2 orang pengawas koperasi sahaja berada di dalam kedai pada
satu-satu masa
3.Mengawal penjarakan sosial pada waktu rehat
|
5.0 JK PENGURUSAN SUMBER
Penyelaras : 1. Cik
Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)
2. En
Ismail bin Mohd Noor (Guru Kanan Teknik & Vokasional)
AJK |
NAMA AJK |
BIDANG TUGAS |
1. Kehadiran Guru dan AKP |
Guru bertugas harian -
Mengambil suhu badan guru (Rujuk Lampiran 1: Jadual Waktu Guru Bertugas)
Pembantu Operasi -Mengambil suhu badan AKP |
1.Guru bertugas mengambil suhu badan guru di Dataran Informasi. 2.Pembantu Operasi akan mengambil suhu AKP di pejabat 3.Meminta guru/AKP Isi link
Borang Pengesanan Suhu Badan dan Maklumat Pelawat/Guru/AKP/Pekerja Sekolah https://qrgo.page.link/aDHmK 4.Mematuhi Penjarakan sosial / pergerakan mengikut tanda yang telah
dibuat ketika merekod kehadiran atau waktu balik. 5. Mengarahkan mereka yang mempunyai gejala demam, batuk dan sesak
nafas perlu pulang dan mendapatkan
rawatan dari Pegawai Perubatan 6. Menasihatkan guru/kakitangan
mendapatkan sijil sakit dan tidak hadir ke sekolah sehinggalah mereka sembuh
|
2.Kehadiran pekerja pembersihan |
Pembantu Operasi |
1.Pembantu Operasi mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum
memulakan tugas 2.Tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah jika bergejala 3.Mengamalkan penjarakan sosial semasa mengetik kad perakam waktu
sewaktu datang dan balik 4.Mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan
prosedur keselamatan 5.mengamalkan hand hygiene
dengan mencuci tangan dengan air bersih dan sabun |
3. Kehadiran pelawat/tetamu |
Pengawal keselamatan -mengambil suhu badan
|
1. Diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung 2 Cuci tangan dengan hand sanitizer
dan mengambil suhu badan di pintu masuk 3. Isi link Borang Pengesanan Suhu Badan dan Maklumat
Pelawat/Guru/AKP/Pekerja Sekolah https://qrgo.page.link/aDHmK atau isi maklumat dalam buku yang disediakan 4. Dua orang sahaja dibenarkan berurusan di pejabat dalam satu masa,
yang lain tunggu di kawasan menunggu.
( beri pas pelawat) 5. Cuci tangan dengan hand sanitizer sebelum
berjumpa/masuk ke bilik pegawai berkenaan. |
4.Mesyuarat |
Penolong-Penolong Kanan
SU Kurikulum/HEM/KOKU
|
1.Pengurusan sekolah perlu melaksanakan kaedah komunikasi alternatif
(mesyuarat secara atas talian) seboleh mungkin 2.Urus setia mesyuarat bertanggungjawab memastikan proses sanitasi
dibuat di bilik mesyuarat sebelum dan selepas sesuatu mesyuarat dijalankan 3.Mesyuarat secara bersemuka tidak boleh dihadiri lebih dari 10 orang
pada satu-satu masa 4.Melaksanakan mesyuarat berdasarkan keperluan kehadiran dan kapasiti
bilik mesyuarat selepas mengambil kira penjarakan sosial 5.Maklumat kehadiran perlu direkodkan dan disimpan sekiranya terdapat
keperluan untuk rujukan berkaitan kesihatan
|
5.Waktu rehat guru/ AKP |
Pengerusi Kelab Ceria
Ketua Pembantu Tadbir
|
1. Mengelakkan berkongsi makanan di tempat kerja, makan secara
berkumpulan dan mematuhi SOP semasa di kantin sekolah 2.Digalakkan untuk membawa peralatan makanan dan minuman sendiri bagi
mengelakkan jangkitan virus 3.Digalakkan untuk membeli membeli makanan secara bungkus dan membawa
bekas makanan sendiri. 4. Makan di kawasan pantri/ruang makan di bilik guru
|
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
Menyediakan video tutorial standard oeration procedure di sekolah
Menampal poster di tempat
strategik
Menyediakan lebih banyak tempat mencuci tangan dan sabun di setiap blok kelas tanpa perlu menumpukan kepada mencuci tangan dan sabun tangan di dalam tandas sahaja.
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Vandalism Poster |
Murid merosakkan poster yang ditampal |
Mengingatkan murid setiap hari oleh guru
bertugas dan guru disiplin |
Guru bertugas harian |
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar
aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Setiausaha Task Force
Kembali Ke Sekolah
COVID-19
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Disokong
oleh,
(En Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua SMK Cheras, KL
Diluluskan oleh,
(En Abdul Razak Bin
Tain)
YDP PIBG SMK Cheras
Beraya bersama lunch treat di Kajang
Terima kasih Cu Katy
10 comments
Salam. Mohon share KKD nya ye. Semoga beroleh kebaikan buat puan. TQ
Diizinkan share. aamin
salam...mohon izin untuk copy..terima kasih...semoga pihak tuan beroleh ganjaran pahala berpanjangan.
Aamin..diizinkan untuk copy.
Assalammualaikum, mohon izin copy kertas kerja pembukaan sekolah pasca PKP, terima kasih banyak. moga rezeki halal terus melimpahruah, kesihatan yang afiat dirahmati Allah
Assalammualaikum, mohon izin untuk copy, terima kasih, semoga pihak tuan beroleh ganjaran pahala berpanjangan, rezeki halal yang melimpah ruah, kesihatan yang afiat, usia yang barakah
waalaikummussalam . diizinkan. Amin atas doa yang baik untuk saya
Assalamualaikum.. Mohon izin utk copy. Semoga puan sentiasa dianugerahkan kesihatan yg berpanjangan, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan atau kesulitan. Terima kasih..
Assalam...mohon izin untuk copy kertas kerja pembukaan sekolah ye.. Srmoga ilmu yang puan dikongsikan akan memberi manfaat kepada orang lain dan diberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan puan..tq
waalaikummussalam diizinkan. sila buka dgn paparan laptop utk memudahkan copy and paste. Paparan handphone format lari