20 July 2020

Surat Pengesahan Jawatan Guru Cemerlang

Hari ini majlis yang ringkas upacara untuk penyampaian surat pengesahan jawatan sebagai guru cemerlang kaunseling DG52 . Alhamdulillah bebas dari pemangkuan selama setahun iaitu dari 25 Feb 2019 hingga 25 Februari 2020. Memandangkan perintah kawalan pergerakan diisytiharkan, dokumen ini agak lewat saya terima. 

Dup dap dup dap juga bila mengira 5 bulan berlalu tanpa surat pengesahan. Maklumlah waktu pemangkuan ini , pelantikan sebagai guru cemerlang boleh ditarik jika tidak mencapai kriteria yang ditulis dalam surat tawaran pemangkuan. 

Saya segan sebenarnya untuk menerima surat tersebut dalam satu majlis khas untuk saya seorang...tapi boss saya kata kenaikan pangkat kena diwar warkan. Tak boleh malu uhuk...uhuk

Normal baharu dapat sijil pun tanpa penonton hanya diumumkan dengan pembesar suara dan menerima surat tersebut di tapak perhimpunan. Yang buat hati berbunga kelas anak anak mantee saya 5 ibnu rusyd betul betul di hadapan Dataran perhimpunan. Ketua kelas berdiri di koridor sambil menepuk tangan untuk saya membuatkan saya tersenyum.

Semoga pengesahan jawatan saya ini membuatkan saya lebih bermotivasi untuk memberi dan memberikan perkhidmatan terbaik 

What...reshuffle 5 penjuru
Kita tengok siapa yang kena......

2 comments

Tahniah Cikgu. Nk tanya Tarikh pengesahan lantikan cemerlang cikgu kuatkuasa berapa hb?

terima kasih. 25 Februari 2020 sah jawatan GC 52

 

Telegram Channel