Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua follower
2 hari ini saya berada di JAWI , pusat Islam KL. mengendalikan bengkel kesejahteraan mental untuk ketua guru KAFA Kuala Lumpur. 15 minit sahaja dari sekolah tetapi berpusing -pusing nak sampai sini. TV Al Hijrah rupanya di sini juga .
Saya mengendalikan slot 4 jam bagi setiap sesi selama dua hari dengan sasaran berbeza antara hari pertama dan kedua. Saya menyusun slot saya dengan
pengenalan kesihatan mental
Saringan Ujian DASS
Mengenal pasti tahap DASS
Slot Definasi, Tanda-Tanda Stress
Slot Definasi, Tanda Tanda Kebimbangan
Slot Definasi Dan Tanda-Tanda Kemurungan
Ujian Gaya Daya TIndak
Gaya Daya Tindak Dan Menanganinya
Teknik Grounding
Teknik Self Talk
Teknik Berfikir positif Menggunakan Skrip positif diri Dan Jurnal Harian
Teknik Berfikir Rasional
Teknik Meditasi
Yang manisnya apabila slot ini saya dapat bekerjasama dengan kakak saya yang membantu saya untuk teknik meditasi. Sejak mengambil pencen awal dari jawatan di sebuah organisasi terkenal , banyak masa terluang . Memegang title kaunselor berdaftar juga, bolehlah kami bekerjasama dalam perkhidmatan menolong ini.
Semoga perkongsian ini dapat membimbing guru guru menangani kesejahteraan mental dengan berkesan.
Berkali kali saya tegaskan mengenai Hidupkan Hari Anda iaitu bagaimana kita perlu 0menghidupkan hari dengan jiwa yang bukan kekosongan, kesunyian dan kesedihan.
Jangan biarkan diri terjerumus ke arah kemurungan kerana ia menyebabkan anda tidak dapat berfungsi sebagai hamba Allah, sebagai ahli keluarga , sebagai pekerja
Sister's bonding
Thank you sis..