Total Pageviews

14 August 2020

Kertas Kerja Meningkatkan Motivasi Dan Kematangan Kerjaya Murid Tingkatan 5

 


KERTAS KERJA

MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEMATANGAN KERJAYA

MURID TINGKATAN LIMA

SMK CHERAS

 

 

1.0          PENGENALAN

 

Murid –murid calon SPM adalah kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan pada awal tahun hadapan. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, selama tiga bulan tidak ke sekolah sudah tentu ada emosi yang terjejas. Bukan itu sahaja, subjek akademik juga tidak dapat berjalan lancar.Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk meningkatkan lagi semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Program pembugaran emosi kerap dijalankan hampir setiap hari persekolahan. Saringan minda sihat juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan minda semua murid tingkatan lima. Oleh itu program yang dijalankan ini memberikan input berdasarkan senarai semak keperluan murid terhadap akademik untuk pihak sekolah merangka intervensi yang sesuai dan bimbingan mengenai teknik relaksasi sewaktu belajar. Bimbingan mengenai kematangan kerjaya juga disampaikan mengikut keperluan kelas berdasarkan analisa kematangan kerjaya yang telah dijalankan.

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan motivasi belajar murid  untuk peperiksaan  SPM dengan kematangan kerjaya yang jelas dan meningkatkan minda yang sejahtera

.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh  : 13 Ogos 2020 di Dewan SMK Cheras

 

4.0        SASARAN

200 murid Ting 5 di SMK Cheras

        

5.0      OBJEKTIF

1)         Mengenal pasti keperluan murid dalam akademik melalui senarai semak keperluan murid dalam bidang akademik

2)         Murid diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat meningkatkan kematangan kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas SPM

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Murid mengetahui mengenai kelemahan mereka dalam akademik dan pengetahuan kematangan kerjaya

Outcome

Murid dapat meningkatkan motivasi dalam akademik untuk mencapai hala tuju kerjaya selepas SPM

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          TS25                                 :                                                             = RM 400

         

          Perbelanjaan

          Makanan                 RM 2 x 200 orang                                             = RM 400

         

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               : Encik Jamil Bin Jamaludin

                                            Pengetua

          Naib Pengerusi       :Cik Lee Swee Ching

                                          Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Penyelaras SPM     : Puan Farah Hanum Binti Ramli

 

SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Dokumentasi

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan dokumentasi program

AJK Penilaian

 

Puan Rozinani Binti Awang

 

 

 

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     13 Ogos 2020: Khamis:

 

7.30 – 9.00 pagi                          : 5 Alpha/ 5 Beta / 5 Gamma

 

                        9.00 – 10.30 pagi                        : 5 Al Biruni/ 5 Ar Razi

 

10.30 – 12.00 tengah hari          : 5 Al Farabi/ 5 AlKhawarizmi/

 

12.00 – 1.30 tengah hari              : 5 Ibnu Sina/ 5 Ibnu Rusyd

 

 

Tentatif Program:

 

10 minit           : pengurusan masuk ke dewan

 

5 minit             : Ucapan aluan pengerusi majlis

 

10 minit           : Senarai semak keperluan murid dalam akademik

 

15 minit           : Slot bicara pengetua

 

15 minit         : Analisa skor kematangan kerjaya murid berdasarkan profil  

  murid dan kelas

 

30 minit         : Intervensi kematangan kerjaya melalui pengetahuan

                       domain sikap dan domain kecekapan yang perlu dipenuhi

 

5 minit           : pengurusan murid keluar dewan

 

 



10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kelewatan

 

Disiplin murid

Memanjangkan slot sebagai masa untuk pergerakan murid

Puan Nurhaiza

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik

 

Disediakan oleh,      

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                            

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

 

Diluluskan oleh,

 

 

 

          (Jamil Bin Jamaludin)



             Thank you for the wish

All the wish become doa

When you wish good things for others

Good things come back to you

This is the law of nature


 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           


1 comment:

Cik Ungu said...

Salam puan, boleh tak saya minta powerpoint yang puan sediakan. Terima kasih puan.