Alhamdulillah....rezeki anak anak ini. Mendapat mesej dari pegawai jabatan pendidikan KL mengenai senarai nama sekolah yang layak mewakili negeri ke peringkat kebangsaan Penarafan Kaunseling Dan Pertandingan Perkhidmatan Kaunseling Dan Kerjaya Murid Kebangsaan 2020 yang dijadualkan di Pulau Pinang. Semoga mendapat tempat di peringkat kebangsaan nanti.
Yeah UBK SMK Cheras menghantar 3 kategori dan ketiga-tiganya kita mendapat tempat mara ke peringkat kebangsaan.
1. penarafan 5 bintang pembimbing rakan sebaya unggul peringkat Kuala Lumpur
2. Naib johan pertandingan video inspirasi motivasi murid
3. Naib johan pertandingan video sahsiah dan nilai murid (ILHAM)
Semoga dimurahkan rezeki
Dilindungi olehNya dari kesusahan
Semoga kesihatan di tahap terbaik
Semoga baik baik sahaja menjalani kehidupan
Aamin...