26 October 2020

TS25: MODUL 5 PENILAIAN DAN REFLEKSI

 

Hari ini dan esok merupakan hari bengkel bersama TS25. Refleksi untuk modul 1  hingga 4, amalan terbaik yang dijalankan disekolah TS25 Kohort 1 iaitu SMK Convent Jalan Peel dan kohort 2 TS25 iaitu SRJKC Salak South. 

Ada yg bertanya peranan guru kaunseling dlm TS 25 ini. Sebenarnya ia bergabung kpd fokus sekolah terlebih dahulu. Jika anda gred 52 sudah tentu anda dipilih sbg MLT middle leader team. Jika bawah gred 52 cth 48 mungkin terpilih sebagai MLT atau mungkin juga tidak. Hasil dari perkongsian amalan terbaik dari SMK Convent Jln Peel dan SMK Salak South saya dapati peranan guru kaunseling masih lagi menjalabkan tugas tugas sbg guru kaunseling di sekolah tanpa tugas tambahan di luar skop bidang tugas kecuali jika anda ada kepakaran di bidang tertentu contohnya saya selaku JU Kajian Tindakan Kebangsaan takkanlah di sekolah sendiri Tak boleh nak tubuhkan unit kajian tindakan. Gitu...

Hari ini refleksi modul 1 hingga 4 oleh Dr Zalina. 

Belajar amalan terbaik perkongsian TS25 ini. Dan sebelah petang berbincang mengenai kekuatan, kesesuaian untuk dipraktikkan di sekolah dan cadangan penambahbaikan.

PKPB bersambung...9 Nov





 

Telegram Channel