1.0 Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang
melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran
murid -murid selepas lama tidak ke sekolah secara bersemuka kerana wabak COVID-19.
Bertemakan Minda Sihat: “Emosi
Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan
kepentingan penjagaan kesihatan mental. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Oerasi Yang Standard yang
telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan
menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai
kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa
diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster
– poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk
ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka
dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan
demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa
diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap
mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di
tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan
Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu
aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam
aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang
seperti memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan
panduan berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan
membugar emosi murid murid tingkatan satu.
Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang
ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang
terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu
mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan
emosi.
2.0 Matlamat
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan
emosi dan mental
.
3.0 Tarikh/ Masa/
Tempat :
Bermula 5 April 2021
4.0 Sasaran
Semua
warga SMK Cheras
5.0 Objektif
1)
Warga sekolah mendapat
maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan kepada
minda skibat pandemic atau krisis yang berlaku
2)
Warga sekolah dapat menangani
masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi
masing – masing.
3)
Aktiviti memugarkan
emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing - masing
4)
Warga sekolah sentiasa
peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
5)
Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau
jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan
(warn).
6.0 KPI
Output |
Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan
belajar cara menghadapi tekanan tersebut. |
Outcome |
Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang
diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam
kesejahteraan mental dan emosi. |
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Jumlah |
Sumber |
1. |
Poster Psikososial
Kembali Ke Sekolah |
RM 200 |
PCG Kaunseling |
2. |
Poster Keselamatan 3W |
RM 300 |
SUWA Sekolah |
|
Jumlah |
RM 500.00 |
|
8.0 AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH
Pengerusi
: En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi
: Pn. Marhaniza Bt Mahmud (PK HEM)
Naib Pengerusi : Cik Lee Swee Ching (PK
Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn. Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)
Setiausaha
: Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Cemerlang Kaunseling)
Jawatankuasa
Kerja
AJK Sebaran Psikososial : Video Tutorial Dan Poster |
Pn Nurhaiza binti Che Mat Pn Nafsah Bt Mohd Shah |
Menyediakan video tutorial pengurusan
murid di sekolah melalui simulasi dan menyediakan
poster dan menampal poster psikososial di hadapan pondok pengawal
keselamatan |
AJK Slot Lambaian Keselamatan |
Pn Zuhaida Pn Nurhaiza Bt Che Mat |
Menyediakan skrip
untuk keselamatan dan psikososial murid balik ke rumah |
AJK Mentor Mantee Guru Penyayang |
Pn Nurhaiza Che Mat
|
Menyediakan aturcara aktiviti
untuk hari pertama persekolahan dan memberikan taklimat kepada guru
guru |
AJK Slot Hidupkan Hari Anda |
Pn Rozinani Bt Awang |
Menyediakan tajuk
untuk dibaca oleh guru kaunseling menyediakan skrip setiap pagi sebelum
memulakan sesi persekolahan sebagai persediaan minda dan emosi |
AJK Sembang Santai |
Pn Nurazlina Bt Che Omar |
Menyediakan jadual waktu dan
aktiviti bersama guru kaunseling untuk murid murid ting satu dan peralihan, ting 2, 3 dan 4 |
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit
Hal Ehwal Murid
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
Sebelum
2 APRIL
2021 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH |
|
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan
menjaga keselamatan diri sepanjang berada dalam kawasan sekolah |
|
1)
Menyiapkan
video tutorial pengurusan Kembali Ke Sekolah mengikut SOP pada
3 April 2021 |
Akan di hantar ke media sosial sekolah,
telegram rasmi sekolah dan whatsapp
kelas tingkatan |
2) Menampal poster Selamat Kembali Ke Sekolah Dan Poster Psikososial |
Menampal tempat strategik seperti di hadapan pintu masuk dan di koridor serta dalam kelas -kelas |
5
April 2021 : Amalan Guru Penyayang
Tajuk |
Mentor Mantee Guru Penyayang |
Masa |
8.00 - 8.30 pagi |
Agenda |
Berkenalan antara
guru tingkatan dan mentor Pelantikan ketua tingkatan dan AJK Kelas Aktiviti yang dirancangkan untuk kelas |
6
-8 April 2021 : Intervensi Psikososial
Minda Sihat
TAJUK PROGRAM
|
INTERVENSI
PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT |
||
TARIKH/HARI |
6-8 April 2021
: RABU (WAKTU REHAT) |
||
OBJEKTIF |
1) MEMBANTU MURID –MURID TINGKATAN SATU DENGAN BUDAYA DI
SEKOLAH MENENGAH DAN MEMPROMOSIKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING |
||
GURU/MASA |
6 Apr |
7 Apr |
8 Apr |
NURHAIZA |
1Imt |
1B |
1 A |
ROZINANI |
1 Gam |
1G |
1J |
NURAZLINA |
1 Sape |
1L |
1M |
TAJUK PROGRAM |
SEMBANG SANTAI REHAT MINDA |
||||||||
TARIKH/HARI |
9 APR – 21 APR 2021 : WAKTU
REHAT MURID |
||||||||
OBJEKTIF |
1) MENGENAL PASTI MURID YANG MEMERLUKAN BANTUAN MELALUI
SEMBANG SANTAI DAN PEMERHATIAN SEWAKTU MURID REHAT DI DALAM KELAS |
||||||||
GURU/MASA |
9 APRIL KHAMIS |
10 APRIL JUMAAT |
13 APR ISNIN |
14 APR SELASA |
15 APR RABU |
16 APRIL KHAMIS |
17 APRIL JUMAAT |
20 APR ISNIN |
21 APR SELASA |
NURHAIZA |
4A |
4B |
4AF |
4AKHAWA |
4BIRUNI |
4KHINDI |
4 ARRAZI |
4IBNU SINA |
4 IBNU RUSYD |
ROZINANI |
3A |
3B |
3IMT |
3GAME |
3 SAPE |
3G |
3J |
3L |
3M |
NURAZLINA |
2A |
2B |
2IMT |
2GAME |
2 SAPE |
2G |
2J |
2L |
2M |
9 – 21 April 2021 :
Sembang Santai Rehat Minda
Hidupkan
Hari Anda
TAJUK PROGRAM |
HIDUPKAN HARI ANDA |
TARIKH/ MASA |
5 April – 30 April 2021 : 7.10 PAGI – 7.20 PAGI |
OBJEKTIF |
1)
MENYEBARKAN KATA – KATA
MOTIVASI DAN POSITIF
SEBELUM MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK MEMUGAR
EMOSI WARGA SEKOLAH 2)
MEMAINKAN ALUNAN LAGU
YANG MENENANGKAN MINDA SEBAGAI SALAH SATU TEKNIK RELAKSASI 3)
MENDENGARKAN BACAAN
SURAH PENDEK
UNTUK KEKUATAN JIWA |
TAJUK PROGRAM |
LAMBAIAN KESELAMATAN |
TARIKH/ MASA |
5 April – 30 April 2021 : 12.30 TGH HARI – 12.45 TENGAH HARI : 1.00
TGH HARI – 1.30 TGH HARI : 1.20
TGH HARI – 1.50 TGH HARI |
OBJEKTIF |
1)
MENYEBARKAN KATA – KATA
MOTIVASI DAN POSITIF
SETELAH SESI PEMBELAJARAN BERAKHIR MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK WARGA
SEKOLAH BIJAK KESELAMATAN KENDIRI 2)
MENGARAHKAN PENYURAIAN MURID
SECARA TERATUR |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Vandalism Poster |
Murid merosakkan poster yang ditampal |
Mengingatkan murid setiap hari oleh guru
bertugas dan guru disiplin |
Guru bertugas harian |
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar
aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Guru Kaunseling
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diluluskan
oleh,
(En Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua SMK Cheras, KL
Thanks Jijah , Exchange Pengkarya Guru, When green meet red, #Poslaju esok
3 comments
assalamualaikum..terima kasih untuk perkongsian kertas kerja ni. sangat membantu. semoga Allah limpahkan rezeki dan permudahkan segala urusan cikgu..Aaminn..mohon halalkan ya bahan yang dikongsi
assalamualaikum puan, semoga dipermudahkan segala urusan dan terima kasih atas perkongsian kertas kerja ini puan.
Waalaikummussalam
Terima kasih atas doa yang baik baik untuk saya. Aamiinn semoga dikembalikan juga doa itu untuk tuan/puan