9 March 2021

KERTAS KERJA SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME KAUNSELING WPKL 2021

 




Selamat malam sambil update kerja yang perlu dilaksanakan esok, saya share kertas kerja hasil mesyuarat kami tadi. Kami akan menjalankan AGM MGKKL dan KLCA dalam dua hari ini juga. Kertas kerja yang saya share ni adalah format peringkat jabatan pendidikan negeri KL yang diolah oleh puan Noorlia Hj Arshad selaku Ketua Sektor psikologi Kaunseling  . Tu yg nampak beza dari segi format berbanding kertas kerja yg saya selalu share peringkat sekolah. Semoga dimudahkan urusan kami dan terima kasih pengarah baru kami yang meluluskan kertas kerja ini.


1.0        TUJUAN KERTAS CADANGAN

 

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) untuk melaksanakan Seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunseling secara webinar bagi Kaunselor Pendidikan , Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah bagi sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

2.0        PENDAHULUAN

 

Seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunseling  2021 merupakan satu program murni Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA ) dan Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL) bagi meningkatkan kompetensi kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur. Seminar ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam membina kesepakatan strategik untuk membantu proses pembangunan Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kauseling. Matlamat membitarakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan langkah yang sangat penting dan memerlukan komitmen semua pengamal psikologi dan kanseling dalam menghayati nilai Kaunselor Bitara. Di samping itu kerjasama pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia amat diharapkan dalam merealisasikan kebitaraan ini.

 

3.0       OBJEKTIF

 

1.     Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta mengenai cabaran dan halangan dalam persekitaran sekolah dan masyarakat masa kini.

2.     Meningkatkan motivasi diri , daya juang , daya tahan dan daya saing dalam diri pelajar.

3.     Memberi ruang dan peluang kepada peserta seminar untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta bertukar pendapat dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan.

 

4.0        JUSTIFIKASI

             

Seminar ini perlu dilaksanakan atas justifikasi berikut: 

              4.1     Sebagai latihan kepada peserta bagi memenuhi keperluan 7 hari latihan setahun.

 

4.2. Merupakan satu wadah kepada Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah memantapkan perkhidmatan dan menjadikan diri mereka sebagai yang terbaik dan mampu meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang tinggi.

 

5.0        PETUNJUK PRESTASI (KPI)

 

Indikator Output:

 

a. 400 orang peserta dijangka akan menyertai seminar secara Webinar bagi Kaunselor Pendidikan, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah

 

Indikator Outcome:

 

a. Membentuk Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling      Kuala Lumpur yang berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan selari    dengan perkembangan masa kini.

 

b.Meningkatkan motivasi, kreativiti dan inovatif dalam kemenjadian    pengamal psikologi kaunseling dan seterusnya dapat memacu    kecemerlangan JPWPKL.

 

6.0        STRATEGI PELAKSANAAN

 

              6.1       Tarikh

 

                        23 MAC 2021 hingga 24 MAC 2021

 

            6.2       Tempat :

 

Lokasi masing-masing melalui kaedah secara dalam talian Microsoft Teams

 

                        Pautan talian :

 

            6.3       Sasaran:

 

400 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah  Menengah dan Rendah  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur             

 

            6.4       Aturcara Seminar

      

                        Hari Pertama (23 Mac 2021 )

                         

MASA

Pengisian

9.00 - 9.15 pagi 

Taklimat Pengurusan Seminar

9.15 – 9.20 pagi 

Slot Kecergasan 1 – Majlis Guru Kaunseling Keramat

9.20 – 10.45 pagi 

Sesi  1 :  

Isu kesihatan Mental remaja

- pendekatan pengesanan & pencegahan oleh 

: Dr. Ramli

10.45 – 11.45 tgh 

Sesi 2 : 

Mesyuarat Agung Pemilihan KLCA Sesi 2020-2021

11.45 – 11.55 pagi

Sesi 3 : Majlis Perasmian SemPro’2021 oleh  Pengarah JPWP KL

11.55 -12.00 t/hari

Slot Kecergasan 2 – Majlis Guru Kaunseling Bangsar

12.00 – 1.30 t/h

Sesi 4 :  

Isu seksualiti, Pornografi, & sexual grooming, langkah pencegahan & pemulihan 

Oleh : En. Saiful Hamiruzzaman bin Mohd Hazir

 

Pengerusi Pertubuhan Pengamal Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur 

 

Hari kedua (24 Mac 2021) 

 

MASA

Pengisian 

9.00 – 9.05

Aluan

9.05 -9.10 pagi 

Slot Kecergasan 3 – Majlis Guru Kaunseling Pudu

9.10 – 10.30 pagi 

Sesi 5 : Aplikasi Teknik Kaunseling

Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin bin Jusoh

Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

10.30 – 11.25 pagi

Sesi 6 : Mesyuarat Agung Pemilihan MGKKL  sesi 2020/2021

11.25 -11.30 pagi

Slot Kecergasan 4 – Majlis Guru Kaunseling Sentul

11.30 – 1.00 tgh 

Sesi 7 :

Kecelaruan kebimbangan dalam kalangan remaja teknik pengesanan dan teknik perawatan oleh kaunselor   Oleh : MMHA (Malaysia Mental Health Association) 

 

 

 

6.5        JAWATANKUASA  

             

              JAWATANKUASA INDUK

 

            Penasihat                     :           En Zainal Bin Abas

                                                            Pengarah Pendidikan  JPWP

 

            Pengerusi                    :           Encik Zainudin bin Mohamad

Timbalan Pengarah Pendidikan

                                                                        Sektor Pembangunan Murid              

             

              Pengerusi bersama      :           Pn. Noorlia binti Arshad 

                                                            Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri

                                                            Sektor Psikologi dan Kaunseling

 

            Penyelaras 1                : En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab

                                                            Penolong Pengarah HEM , JPWPKL

 

 Setiausaha              :               Pn. Norwani bt Daud 

 

JAWATANKUASA PENGELOLA

             

            Penyelaras 1               :          Cik Hajah Rosnah bt Abdullah 

 

            Penyelaras 2       :          En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab 

 

            Pen.  Penyelaras  1      :           En. Rofii bin Husin

 

Pen.  Penyelaras 2 

: 

Pn. Nurhaiza bt  Che Mat

Setiausaha        

 

: 

Pn. Katinah binti Mat Dom 

Pen. Setiausaha 

 

: 

Pn. Norwani bt Daud 

Bendahari        

 

: 

Pn. Yip Foong Kheng

Pen. Bendahari 

: 

Pn. Noor Hafiza bt Abdul Hamid

 

AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS

 

BIL 

J/KUASA

NAMA

1

AJK Aturcara Pentadbiran

 

Memantau perjalanan program secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

Memberi arahan yang jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang akan menjejaskan kelancaran majlis.

 

Menyediakan upacara           majlis pembukaan/penutup,aturcara             majlis, pengerusi majlis, pembaca doa dan teks ucapan perasmi.

En. Rofii bin Husin

Pn. Nurhaiza Bt Che Mat

 

2

 

Urusetia 

 

Draf surat menyurat iaitu:

Surat pelantikan AJK

Surat jemputan perasmi melalui JPWP Surat jemputan penceramah melalui JPWP Surat panggilan menghadiri kursus.

 

Pn. Noorlia bt Arshad

Pn. Norwani Bt Daud

 

Pn. Katinah Bt Md Dom

 

 

3

AJK Jemputan Dan Ceramah

 

Mengenalpasti penceramah dan menghubungi mereka

 

Selaku  pencatat untuk slot ceramah

 

Memastikan penceramah hadir pada slot yang telah ditetapkan.

Pn. Nabira Bt Mohd Shah

Pn. Roliza Bt Hashim

Pn. Azalaila 

Pn.  Zurita

 

4

Pendaftaran Dan e-Sijil

 

Menyediakan link google form borang pendaftaran kehadiran peserta.

 

Menyediakan e-sijil   penyertaan      peserta program

Pn Norayu Bt Adni

En Rohaidatul Akmal Bin Rosedi

Pn Shamini Devi a/p Karuppiah

 

5

Teknikal

Memastikan teknikal berfungsi dengan baik

En Che Mohamad Padali B Che

Mat

En Wan Mohd Amin B Wan

Hassan

6

 

AJK Dokumentasi & Penilaian  

 

Membuat liputan sepanjang program.

Mengambil gambar dan membuat laporan untuk dokumentasi.

Membuat rakaman live tersebut

Menyedia dan membuat analisa borang

penilaian menggunakan google form

 

Pn Norhuda Bt Abdul Aziz

Pn Kang Kooi Li

 

7

AJK  Promosi Dan Montaj

Menyebarkan promosi dengan rekabentuk  Poster 

En Mohd Fadzil Bin Khosin

En Sufian Bin Taharim

En Azhar Bin Razali

8

 

Mengacarakan majlis.

Menyediakan teks pengacara majlis.

En. Mohd Azni bin Abu Hasan

9

AJK Bacaan Doa

En.  Mohd Harith B Mohd Rahim

10

Persiapan Mesyuarat Agung MGGKL

En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab

Razab

Pn. Norwani Bt Daud

Pn. Noor Hafiza bt Abdul Hamid

11

Persiapan Mesyuarat Agung KLCA

Cik Hajah Rosnah bt Abdullah 

Pn. Noorlia Bt Arshad

Pn. Yip Foong Kheng

12

AJK Cenderahati ahli 

Semua Pengerusi Zon Rendah Dan Menengah

 

 

8.0        IMPLIKASI KEWANGAN           

Perbalanjaan bagi seminar ini ditanggungkan oleh Kuala Lumpur Counseling Association (KLCA) dan Majlis Guru kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL)

 

              8.1       SUMBER PENDAPATAN : 

 

BIL

PERKARA

JUMLAH

1.

Sumbangan KLCA 

RM 3200.00

2.

Sumbangan MGKKL 

RM 1700.00

 

JUMLAH

RM 4900.00

 

              8.2       ALIRAN PERBELANJAAN : 

 

BIL. 

PERKARA 

JUMLAH (RM)

1.

Cenderahati Peserta (400 x RM

8.00)

RM 3200.00

2.

Saguhati Penceramah  (4 x RM 300)

RM 1,200.00

3.

Logistik 

RM   500.00

 

JUMLAH 

RM  4900.00

 

             

9.0        PELAN PENGURUSAN RISIKO

 

Bil.

Aspek / Risiko

 

Tindakan Menangani Risiko

1.

Sistem

- Pencapaian internet di tidak memuaskan.

Sesi seminar ini akan akan dirakam dan peserta boleh mendengar semula sekiranya ada bahagian yang tertinggal ketika masa sebenar kursus.

Pihak urus setia akan sediakan nota kepada peserta

2.

Sumber Manusia

- Pegawai Meja bertukar/kecemasan.

Penyerahan tugas bersama senarai tugas. Membentuk pasukan kerja sokongan.

3.

Kewangan

- Tiada implikasi kewangan

Akan ditanggung oleh KLCA dan MGKKL

4.

Sumber Bahan

- Bahan pembentangan seminar.

Pihak Urusetia akan menghantar bahan seminar melalui email/ google drive

5.

Pelanggan

- Peserta tidak dapat mengikuti kursus pada tarikh yang ditetapkan.

Urus setia akan menghubungi peserta dengan mengedarkan borang jawapan kehadiran secara atas talian seminggu sebelum kursus.

Peserta dimaklumkan untuk menghubungi urus setia 2 hari sebelum kursus dijalankan jika tidak dapat hadir.

 

10.0      PEMANTAUAN SEMINAR

 

10.1 Pemantauan dilaksanakan dengan penglibatan Kaunselor Pendidikan Negeri, Kaunselor Pendidikan Daerah dan AJK KLCA sebagai urus setia dan peserta kursus.

10.2 Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan perjalanan kursus berjalan lancar. Soalan peserta juga akan diberi perhatian supaya jawapan dapat diberi selepas setiap sesi atau pada sesi akan datang. 

 

11.0      SYOR / KELULUSAN YANG DIPOHON

 

              Sukacita        dikemukakan       permohonan        untuk        melaksanakan     SEMINAR

PROFESIONALISME KAUNSELING WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2021 untuk pertimbangan dan kelulusan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Disediakan oleh,

 

               ……………………………….....……..                  

               (KATINAH BINTI MAT DOM)                         

               Kaunselor Pendidikan Negeri                                 

               Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPWPKL            

 

           Disemak Oleh:                                                             

 

         ........................................................

         (NOORLIA BINTI ARSHAD)

         Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri

         Sektor Psikologi dan Kaunseling          JPWPKL

 

KELULUSAN PERMOHONAN

 

 

Kertas cadangan ini *diluluskan / tidak diluluskan untuk pelaksanaan SEMINAR PROFESIONALISME KAUNSELING WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

TAHUN 2021 oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling. Tugas-tugas yang dilaksanakan semasa kursus perlulah mengikuti dan mematuhi semua pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa.

 

ULASAN:

 

 

 

 

 

 

...................................................................

ZAINAL BIN ABAS

Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Tarikh:...................................



Al fatihah..yang dibaca

Buat arwah tok cik Yusof

Semoga rohnya bersama orang orang yang beriman 

 

Telegram Channel