KERTAS KERJA
GEROBOK PERANTI
2021
1.0 Pengenalan
Program Gerobok Peranti merupakan program yang dijalankan bermula
dari perintah kawalan pergerakan wabak COVID-19 dan arahan murid –murid perlu
menjalankan PdPR tahun 2021 . Ia melibatkan aktiviti menyantuni keluarga murid
yang terjejas akibat dari wabak ini. Aktiviti kebajikan berbentuk memberikan sumbangan berbentuk top up prepaid
talian internet murid yang berbentuk unlimited sebulan melalui hasil kutipan
dari guru -guru SMK Cheras dan NGO. Murid –murid yang tidak berkemampuan
mempunyai peranti dikenal pasti terutama murid –murid yang langsung tidak masuk
ke kelas dalam talian kerana tiada
peranti untuk berkongsi pun dengan ahli keluarga yang lain. Oleh itu, pihak
sekolah berusaha mewujudkan inisiatif Gerobok Peranti khusus untuk projek
membantu keluarga murid yang terjejas pendapatan akibat COVID-19. Murid-murid SMK Cheras terdiri dari 567 murid
dari kategori murid B40 (49.96%), 343 orang (30.22%) dari kategori M40, 225
orang dari kategori T20 (19.82%). Oleh itu, program Gerobok Peranti dijalankan
sepanjang perintah kawalan pergerakan yang melibatkan aktiviti PdPR murid –murid.
Ia dirangka dalam bentuk inisiatif bantuan untuk sasaran murid yang terjejas . Sasaran utama kepada
sekurang-kurangnya murid B40 yang tidak
menerima apa – apa bantuan dari pihak -pihak yang lain. Objektif program ini
diharapkan dapat membudayakan sikap kasih sayang dan menyuburkan kekeluargaan di
sekolah.
2.0 Matlamat
Meningkatkan semangat kekeluargaan dan
memupuk kasih sayang seperti yang
disarankan dalam Amalan
Guru Penyayang.
.
3.0 Tarikh/ Masa/
Tempat :
Sepanjang perintah kawalan pergerakan bermula perintah kawalan pergerakan
yang melibatkan PdPR murid di rumah
dari Mei hingga September 2021
4.0 Sasaran
200
murid sekolah yang memerlukan bantuan
gerobok peranti
5.0 Objektif
1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang
kukuh dan saling bantu - membantu
antara pelbagai budaya
di sekolah.
2) Mengamalkan budaya
penyayang guru yang peka dan empati dengan murid -murid
walaupun berlainan agama
dan bangsa.
6.0 KPI
Output |
Membantu meringankan
keluarga murid yang terjejas kerana COVID-19 dalam bentuk sumbangan untuk
menyokong pembelajaran murid sepanjang perintah
kawalan pergerakan. |
Outcome |
Menguatkan ikatan warga Cherasian untuk
sentiasa bersatu padu sebagai sebuah keluarga yang mengamalkan sikap bantu
membantu dan menyuburkan sikap penyayang dan menjalinkan jaringan antara ibu
bapa dan komuniti |
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
Guru-guru/KSIB dan tajaan
PERBELANJAAN
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
:
Encik Jamil Bin Jamaludin
Timbalan Pengerusi :
Puan Marhaniza Binti Mahmud
Setiausaha
: Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
Naib
Setiausaha :
Puan Rozinani Bt Awang
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF PROGRAM
Mengagihkan top up murid melalui ewallet
Memberikan tab kepada murid yang layak
10.0 PENGURUSAN RISIKO
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar
aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya memupuk nilai
kekeluargaan dalam kalangan warga Cherasian dan lebih mengukuhkan ikatan sikap
penyayang antara guru dan murid- murid.
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diperakui oleh,
(Jamil Bin Jamaludin)
Merdeka!Merdeka!Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia walau di mana anda berpijak :)