Intervensi khusus PHQ . Saringan Minda Sihat yang dijalankan di sekolah menggunakan PHQ9 adalah seperti berikut:
Kira jumlah skor dulu bagi setiap item. Pakai sistem maka sistem kirakan dah..
Jika murid memperolehi skor 0-4
Normal . Tahniah!
Guru kaunseling teruskan usaha intervensi umum psikopendidikan dan amalan gaya hidup sihat. Sebab tu sekarang ni hampir setiap hari ada je infografik atau video mengenai penjagaan kesihatan minda.
Jika mendapat skor 5-9 alhamdulillah masih ringan.
masih lagi hanya intervensi umum psikopendidikan dan amalan gaya hidup sihat
Antara intervensi sokongan
sesi kaunseling
teknik relaksasi
latihan pernafasan
senaman bahu dan leher
urutan bahu dan leher
X-Break
Energizer
Jika skor sederhana 10-14
Skor Teruk 15 -19
Dan Sangat Teruk 20-27
maka intervensi khusus perlu dijalankan iaitu
sesi kaunseling
kemahiran gaya daya tindak
tangani stres 10B
teknik pernafasan
kawal marah
penyelesaian masalah
berfikir positif
komunikasi berkesan
asertif
Haaa tengok soalan no 9 tu kita panggil skor KRISIS . Letak 1, 2 atau 3 je pada mana mana skala maka jatuh KRISIS iaitu guru bimbingan dan kaunseling kena kaut segera kes ini untuk buat intervensi. Sususnannya ialah skala 3/ 2/ dan 1 untuk kesegeraan respon kes yang perlu dikendalikan.
Dan lepas tu tengok pulak kes intervensi khusus tanpa krisis.. untuk intervensi seterusnya.
So untuk malam ni, saya berjumpa murid kes khusus ajar kemahiran gaya daya tindak, berfikir positif dan penyelesaian masalah.
Jadilah intervensi untuk 70 orang dulu next ajar intervensi lain pula. Oh ye sesi individu juga on bagi krisis dan skor PHQ melebihi 10. Namun jika sekolah anda terlalu ramai, sedangkan masa yang ada suntuk untuk menunggu giliran buat sesi indvidu by kes, maka saya sarankan anda kaut khusus krisis dan buat intervensi khusus dulu menggunakan kelompok besar atau bengkel online sementara kita go one by one sesi untuk kes krisis. Sekurang -kurangnya sebelum mendapat giliran sesi individu mereka sudah mempunyai pengetahuan untuk self care masing -masing.
Kesegeraan saya pada krisis dan skor Sangat Teruk
Kedua krisis dan skor teruk
Ketiga krisis walaupun skor sederhana dan ringan
Keempat kes intervensi khusus skor sangat teruk
Kelima kes intervensi khusus skor teruk
keenam kes intervensi khusus skor sederhana
Semoga membantu anda dalam menyusun intervensi khusus bagi kes -kes di sekolah anda
Mc Flurry with joy
Window shopping JJ
Bonding with si bujang boboi😊