KERTAS KERJA
JOM KE SEKOLAH DALAM TEMPOH ENDEMIK
PKP
FASA 3 DAN FASA 4
Pengenalan
Program Jom Kembali Ke Sekolah merupakan projek
yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai meraikan kehadiran
murid -murid selepas lama bercuti kerana wabak
COVID-19. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah
dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan
aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu
dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa diingatkan
kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster –
poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke
sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan
kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Amalan Guru Penyayang diterapkan meraikan murid dan Unit Bimbingan Kaunseling juga aktif mempromosi kesediaan murid kembali ke sekolah sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan
minda murid. juga Aktiviti psikososial juga berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom
yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan
emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya
membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda
dan emosi.
2.0
Matlamat
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental dan dapat hadir ke sekolah
.
3.0
Tarikh/ Masa/ Tempat :
18 Oktober 2021 / 29 Oktober 2021/ 1 Nov 2021/ 8 Nov 2021/ 15 Nov
2021
4.0
Sasaran
Semua warga SMK Cheras
5.0
Objektif
1) Mengalu -alukan kehadiran murid ke sekolah dengan pengedaran
mekanan percuma sewaktu rehat untuk meraikan murid yang hadir ke sekolah
2) Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang
sesak, sempit dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
3) Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan
air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika
bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
6.0
KPI
Output |
Menceriakan hari pertama murid ke sekolah setelah sekian lama
belajar dalam talian |
Outcome |
Murid rasa seronok, dihargai
kehadiran ke sekolah pada hari pertama dan bermotivasi ke sekolah setelah
mendengar kata -kata guru yang meraikan mereka ke sekolah pada hari pertama
persekolahan |
8.0
AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH
Pengerusi
: En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi
: Pn. Marhaniza Binti Mahmud (PK HEM)
Naib Pengerusi
: Cik Lee
Swee Ching (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi
: Pn.
Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)
Setiausaha
: Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Cemerlang
Kaunseling)
Jawatankuasa Kerja
AJK Sebaran Psikososial : Poster |
Pn Rozinani Binti Awang En Abdull Aziz Bin Arbi En Abdul Razak Bin
Tain |
Menyediakan poster dan menampal poster psikososial dan
Minda Sihat di Laluan Minda Sihat dan setiap kelas |
AJK Sebaran Psikososial :
Taklimat Murid Semua Tingkatan |
Pn Nurhaiza binti Che Mat
Pn Nurazlina Binti Che
Omar |
Menguruskan taklimat pengurusan dan persiapan psikososial murid
sebelum kembali ke sekolah melalui google meet
|
Hari Pertama Persekolahan Aktiviti Memugar
Emosi Murid |
Pn Rozinani Binti Awang
Puan Nor Afzani |
Makanan Untuk Murid -Murid Moral Sewaktu
Rehat disediakan |
9.0
STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1
URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2
TENTATIF
TAJUK : MEMUGAR PSIKOSOSIAL
KEMBALI KE SEKOLAH |
|
OBJEKTIF: 1) Murid dirakan kehadiran kembali ke sekolah kesihatan mental dan fizikal dalam tempoh
endemik |
|
Aktiviti
Sewaktu Rehat Ting 1, 2
dan 3 Ting 4
dan 5 |
9.00 pagi – 9.30 pagi 10.00 pagi -10.30 pagi |
10.0
PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Murid tidak hadir ke sekolah |
Murid tidak sihat atau tidak
bersedia ke sekolah |
Makanan yang ditempah
di kantin akan diberikan kepada murid yang hadir |
UBK |
11.0
PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.