28 October 2021

Makmal Ekuiti PPPM 2013- 2025

Makmal Kualiti Dan Ekuiti PPPM 2013 -2025.  perghhh panjang nama makmal ekuiti ni sebenarnya. Teringat kat perancangan strategik setiap kali nak bina batch baru refer perkara perkara ni. 
BertemPat di Pulse Grand Hotel Puterajaya

Belek belek list nama ahli makmal, saya seorang sahaja terselit guru di sini dan tajuknya yg akan dibincang tentang pemantauan prestasi Dan Intervensi Murid  . Orait masuk masuk makmal je dah kena sign surat etika perkara perkara yg dibincang dlm makmal kekal dalam makmal sehingga dah sampai ke atas sana . 

Makanya sy share gambar jelah dengan ahli kumpulan saya En Abdul Hadi Bin Abdul Rahman KPPBahagian Sukan, Kokurikulum dan Sukan yang mana SEGAK dan PAJSK di bawah bidangnya, En Mohd Azizul Bin Mohd Sohod KPP Bahagian Pendidikan Khas, Datin Rosliza Bt Rosli Timbalan Pegawai PPD Bangsar Pudu , 

Geng meja sebelah ialah En Ahmad Fauzi Bin Mohammad Penolong Pengarah BPSH, Dr Satilawati Bt Ramli selaku KPP BPSH, KPP Bahagian Pend Dan Latihan Teknikal Vokasional, KPP Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Tn Hj Shahilon Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor😊. 


Terima kasih belajar banyak benda dari makmal ini untuk Penambahbaikan cara kerja untuk berimpak tinggi. 

Terima kasih pada Datin share projek profiling rintis di SMK Seri permaisuri, sangat menarik. Jiran belakang sekolah je bolehlah roger roger hihi. Terima kasih Bhgn pendidikan khas share rancangan intervensi individu murid. Terima kasih atas semua input yang saya belajar dari pengalaman pegawai pegawai di bahagian KPM ini




Thank you Cik Jun
Update result 
3 kategori SMK Cheras wakil KL ke kebangsaan :)

 

Telegram Channel