KERTAS KERJA
WE CARE 2022
SMK SERI BINTANG SELATAN
1.0
Pengenalan
Program We CARE merupakan program kebajikan yang dijalankan
anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Aktiviti kebajikan
berbentuk memberikan sumbangan barang makanan hasil sumbangan dari
guru -guru , ibu bapa dan NGO. Pihak sekolah berusaha mewujudkan
inisiatif CARE khusus untuk projek
membantu keluarga murid yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 atau murid
murid dari kategori B40. Ada keluarga yang terjejas pendapatan sejak
wabak COVID -19 dalam perintah kawalan pergerakan. Ada yang hilang pekerjaan
menyebabkan B40 semakin menjadi fakir miskin. Inisiatif bantuan makanan
diperkenalkan untuk sasaran murid yang terjejas. Malahan juga murid-murid yang tidak membawa wang atau tidak
cukup wang pada hari hari dialu-alukan untuk hadir ke bilik kaunseling dan
mendapatkan makanan pada waktu rehat seperti biskut dan kek. Objektif program ini diharapkan dapat membudayakan sikap
kasih sayang dan menyuburkan kekeluargaan di sekolah.
2.0
Matlamat
Meningkatkan semangat kekeluargaan dan memupuk kasih sayang
seperti
yangi disarankan dalam Amalan
Guru Penyayang.
3.0
Tarikh/ Masa/ Tempat
4.0 Sasaran
Murid
-murid dari kategori B40 dan murid -murid yang terjejas makan -minum
di sekolah pada hari tertentu
kerana tiada wang untuk berbelanja.
5.0 Objektif
1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling bantu –
membantu antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang guru yang peka dan empati dengan
murid
-murid walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menggalakkan amalan
bersedekah dan suka membantu dalam kalangan
warga guru SMK Seri Bintang Selatan
6.0 KPI
Output |
Melibatkan kerjasama semua
warga sekolah untuk membudayakan sikap saling membantu dan bersedekah |
Outcome |
Kehadiran murid ke sekolah
dan membenteras risiko murid cicir |
7.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Kuantiti |
Jumlah |
Sumber |
1. |
Kain
rentang |
RM
50 X 2 kain rentang |
RM
100
|
PCG Kaunseling |
2. |
Nasi lemak |
RM 2.50 X 80 unit |
RM 200 |
PCG Kaunseling |
8.0
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan
Aziah Bt Amir (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi : Puan Hamimah Bt Shamsuddin (PK HEM)
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Binti Che Mat
Penyelaras : Puan
Norfaizah Bt Mohamad
1. AJK Promosi Dan Dokumentasi Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
. 1.
Menyediakan kertas kerja dan surat menyurat yang berkaitan 7. 2. Menjalankan promosi 8. 3. Menyediakan dokumentasi tahunan
|
2.
AJK Perekodan Puan Norfaizah Bt Mohamad
|
1. Menyediakan rekod barang
-barang makanan sumbangan 2. Menyediakan buku catatan
untuk stok keluar yang diambil oleh murid |
3. AJK Mengesan Agihan Sumbangan Puan Faralizah Bt Yahya Puan Hidayati Bt Abd Latiff Puan Nur Azimah Bt Mahyudin
|
1.
Mengenal pasti murid –murid yang memerlukan bantuan |
4. AJK Agihan Sumbangan
Puan Norfaizah Bt Mohamad Puan Loh Chin Ying Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
1.
Mengagihkan makanan pada hari Rabu/ Khamis untuk slot CARE pada
waktu antara 1.10 hingga 2.20 petang 2.
Menyediakan stok biskut yang berterusan di kaunter UBK |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUS
SETIA
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
Unit Kebajikan
9.2 TENTATIF
PROGRAM
1. Menyediakan pusat menempatkan barang -barang makanan untuk diambil
oleh murid
2. Mengadakan promosi yang berterusan
3. Membuat pelancaran
4. Mengadakan tatacara pengambilan barang sumbangan dari pusat We
CARE
5. Mewujudkan pasukan petugas murid PRS yang merupakan skuad CARE
6. Menjalankan peringatan berkala kepada warga sekolah untuk
menyumbang
Tatacara Murid Mengambil Barangan
1. Dibenarkan mengambil barangan makanan pada waktu rehat
2. Murid mengisi nama di ruangan
buku log barangan
3. Sewaktu aktiviti kokurikulum, murid -murid yang dikenal pasti akan
mengambil makanan di pusat WE CARE dan menikmati makanan sebelum menyertai unit
kokurikulum masing -masing.
Tatacara Menyumbang Oleh Warga Sekolah
1. Barangan diserahkan kepada AJK pengumpulan barang sumbangan
2. AJK pengumpulan akan merekodkan nama penyumbang, nilai dan jenis
barangan
10.0 PENGURUSAN
RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kekerapan murid bukan sasaran
yang mengambil sumbangan |
mengambil peluang |
Mengenal pasti rekod kekerapan murid yang
bukan sasaran mengambil sumbangan untuk dijalankan sesi kaunseling bagi
mengenal pasti kelayakan |
AJK Perekodan |
Barangan semakin susut |
Permintaan melebihi penawaran |
Penjadualan murid -murid
sasaran pada waktu kokurikulum murid |
AJK Kutipan Dana |
11.0 PENILAIAN
PROGRAM
Borang Maklum Balas Penilaian AJK, guru dan murid.
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program
yang diharapkan dan seterusnya memupuk nilai kekeluargaan dalam
kalangan warga sekolah dan lebih mengukuhkan ikatan sikap penyayang antara guru
dan murid- murid.
Happy Birthday Nana
Small gathering for Imtiaz
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan |
(HAMIMAH BT SHAMSUDDIN) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Bintang Selatan |