1.0 PENGENALAN
Tahun
2022 merupakan tahun ke arah fasa endemik selepas COVID – 19 yang melanda pada
tahun 2020 hingga Mac 2022 yang menyebabkan kehadiran murid ke sekolah secara
bersemuka adalah secara bergilir. Ada juga ketikanya persekolahan dijalankan
secara dalam talian sepenuhnya. Oleh itu, pembukaan sekolah secara tanpa
giliran mulai April 2022 menyebabkan pihak sekolah perlu merancang pelbagai
agenda yang membolehkan ibu bapa membenarkan anak hadir ke sekolah tanpa
mempunyai kerisauan anak akan mendapat COVID 19 jika ke sekolah. Sekolah perlu
mewujudkan elemen sekolah sejahtera seperti mewujudkan keseronokan untuk murid
hadir ke sekolah dan merasa selamat untuk terus hadir ke sekolah. Antara
alternatifnya ialah memberikan ganjaran kepada kelas yang mempunyai kehadiran
terbaik dan murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada tahun semasa.
Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap
murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari
persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang
tinggi.
2.0 MATLAMAT
Menghargai kehadiran murid yang mempunyai sahsiah terpuji ke
sekolah agar menjadi amalan reflektif bukan sahaja pengalaman pembelajaran
malahan dapat mengambil pengajaran dan pembelajaran dari aspek positif dan
negatif atau sebab dan akibat jika hadir ke sekolah.
3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT
Setiap minggu bermula
Jun sepanjang penggal persekolahan 2022 hingga
Januari 2023
4.0 SASARAN
Semua murid SMK Seri Bintang
Selatan
5.0 OBJEKTIF
1) Memotivasikan
murid untuk merasa seronok ke sekolah dan mengekalkan prestasi kelas di tahap
kategori sahsiah terpuji bagi kelas yang
melebihi 95% kehadiran ke sekolah
2) Memotivasikan
murid untuk meningkatkan prestasi kelas
di tahap kategori sahsiah baik bagi
kelas yang melebihi 90% hingga 94% kehadiran ke sekolah
3) Memberikan fokus
kepada kelas yang kurang 90% kehadiran ke sekolah untuk sesi motivasi dan
intervensi unit bimbingan dan kaunseling
6.0 KPI
(INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
Output |
Kelas terbaik peratus kehadiran ke sekolah
diberikan pengiktirafan dengan penyampaian plak penghargaan mingguan dan
ganjaran peda berakhir penggal persekolahan |
Outcome |
Peratus kehadiran murid ke sekolah tahun
2022 mencapai kehadiran 90% . |
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Harga |
Jumlah |
1 |
Kain rentang promosi dan outreach |
RM 80.00 |
RM 80.00 |
2
|
Hadiah Ganjaran
|
Johan Kategori
Menengah Atas RM 100.00 x 2 penggal
= RM 200.00
Naib Johan Kategori
Menengah Atas RM 70.00 x 2 penggal =
RM 140.00
Johan Kategori
Menengah Bawah RM 100.00 x 2 penggal
= RM 200.00
Naib Johan Johan Kategori
Menengah Atas RM 70.00 x 2 penggal =
RM 140.00
|
RM 680.00
|
|
|
|
RM 760.00 |
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Aziah Binti Amir (Pengetua)
Naib Pengerusi :
Pn Hamimah Binti Shamsuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha :
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
AJK
Data : En Nik Muhammad
Shukrri Bin Nik Shapik
AJK
Dokumentasi : Puan Nurhaiza Binti Che
Mat
AJK
Motivasi : Puan Loh Chin Ying
AJK
Hadiah/ Sijil : Puan Norfaizah Binti
Mohamad
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
PROGRAM
1)
Promosi Dan Outreach Program setiap minggu di papan kenyataan di
tapak perhimpunan
2)
Kata-kata motivasi bagi meningkatkan murid hadir ke sekolah
dipamerkan setiap dua minggu di papan kenyataan di tapak perhimpunan
3)
Peratus kehadiran murid mengikut kelas ditampal setiap minggu di
papan kenyataan
4)
Plak kehadiran terbaik mingguan dianugerahkan setiap minggu
5)
Ganjaran kehadiran setiap penggal disampaikan kepada kelas terbaik
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggung jawab |
Berlaku kesilapan dalam mempamerkan peritus
kehadiran |
Masalah kecuaian atau kesilapan teknikal |
Menghubungi AJK Data untuk membetulkan
kesilapan |
Setiausaha |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti
1) Borang Penilaian Peserta
2) Borang Maklum Balas
AJK
b) Pemantauan Pencapaian Outcome
Melalui APDM:
Peratus kehadiran murid tahun
2022
12.0 PENUTUP
Diharapkan
agar program STAR ini berjalan dengan lancar
dan mencapai
objektif yang diharapkan.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan & Kaunseling, SMK Seri Bintang Selatan. Tarikh : |
(HAMIMAH BINTI SHAMSUDDIN) Penolong Kanan HEM, SMK Seri Bintang Selatan. Tarikh: |