5 July 2022

Forum Hala Tuju Murid Ting 5

Hari Sabtu saya menerima jemputan dari University Of Cyberjaya. Sebenarnya jemputan asal kepada YDP MGKK Tn Hj Ismail tapi dia tak dapat hadir maka saya sebagai pengganti untuk ahli panel Forum Hala Tuju Pelajar Ting 5. 

Moderator Dr Zulkefli dari institusi MARA dan panel 1 ialah Dr Hasan Basri dari Cyberjaya University.

Antara saranan sy pada murid ting 5
1) Buat outreach tentang kursus yg diminati. Kumpul maklumat tentang kursus tersebut sama ada di IPTA atau IPTS. Sama ada di MARA juga. 
Dari sini anda akan jelas nampak kepelbagaian kursus yg anda minat itu dengan lebih khusus. Contoh minat sains komputer dari outreach anda akan tahu mcm mcm bidang lagi di bawah sains komputer seperti kejuruteraan komputer, cyber sekurity, AI, buat bacaan tentang spesifikasi setiap cabang itu untuk anda faham kursus apa yg sesuai. 
Oh ye kalau samar samar minat refer ujian psikometrik anda semula utk IMK dan IKP. 

2) Kenal pasti syarat kelayakan akademik utk memasuki ke institusi tersebut dgn memohon kursus yg diminati itu. Boleh download UPU pocket untuk syarat lepasan SPM atau syarat lepasan STPM untuk ke kursus yg anda impikan. Buat penetapan target dengan lebih khusus seawal bulan sebaik melangkah ke ting 5 agar syarat umum dan khusus kursus tersebut dapat dipenuhi setiap kali ujian atau peeriksaan.
 Ini mengelakkan anda drop sesuka hati subjek yg anda tidak suka atau tidak kompeten sewaktu mendaftarkn diri peperiksaan SPM . Contohnya rasa susah Add Math nak drop Add Math. Rupanya Add Math syarat wajib untuk ke kursus tertentu.

3) Sementara menunggu result SPM, listkan kursus yg anda minat di institusi walaupun di IPTA atau di IPTS. Semak cara masuk melalui laluan SPM, mayrikulasi atau ting 6 atau asasi . Kenal pasti perbezaan setiap laluan tersebut seawal di ting 4 lagi sepatutnya

4) Bila result SPM keluar, barulah kecilkan pilihan program berdasarkan merit yg diperolehi jika layak untuk memohon ke IPTA yg anda impikan. Manakala beri peluang pada diri lihat institusi IPTS dan MARA juga 

5) Semak MQA kursus tersebut walaupun di IPTA dan kenal pasti kemudahan di institusi tersebut dan keunikan setiap institusi 

6) Yuran memainkn peranan penting. Ada sponsor? Ada biasiswa jika gred capai 3 8 keatas setiap semester? Yuran berbaloi dgn perkara yg perlu di cover? 

Maka dari sekarang bina dreamboard anda dgn penetapan target yg jelas dan tampal di tempat yg mudah anda nampak setiap hari dgn menitipkan kata kata motivasi

Akhir sekali, pilihla pilihan yg mampu buat anda tersenyum dan membayangkan positif trhadap impian anda.

Gathering exCherasian 
Park Inn 

 

Telegram Channel