25 September 2022

Bengkel TOT Educators Brunch Oleh Petrosains

Sabtu yg sejuk .. Masuk KL hari Sabtu mmg no no no naik kereta dahla parking satu hal . Nak pegi balik pun satu hal. 
Bawak kereta park kat sekolah then naik Grab..selesai haha

Hari ni ke Petrosains KLCC dgn geng Majlis Guru Cemerlang WPKL. Kerjasana juga dgn peserta dari Duta Guru Petronas. 
Yg menarik ialah belajar energizer dari aspek sains dan teknologi. 

Kaedah pengajaran tradisional kpd kaedah pengajaran berbalik. 

Kami belajar hands on buat aktiviti 

Bengkel Training of Trainer 
Educators Brunch khas buat PDG PPD BANGSAR PUDU& GURU CEMERLANG KUALA LUMPUR 
  Majlis Guru Cemerlang Kuala Lumpur 2020/2022  bekerjasama bersama En.Mohd Ridzuan bin Amir-Pembimbing Program Duta Guru  Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu  dan kerjasama Puan Izhana Fitri Hana Rawi, Encik Imran Arif dan team Petrosains - The Discovery Centre .


Bermula dengan energizer,
Kami diperkenalkan dengan pengetahuan tentang Backward design sebagai alat yang membantu dalam merancang,melaksanakan dan menilai pembelajaran.

Kaedah tradisional ternyata masih releven namun jika digabungkan bersama kaedah rekabentuk berbalik ini sudah pasti membawa suatu kelainan dan kesannya kami sendiri hayati melalui aktiviti bengkel hari ini.

Hipotesis:
Project/Problem Based Learning yang mengintegrasikan pelbagai disiplin dalam tugasan melalui Pembelajaran Berasaskan Model boleh diupayakan melalui pendekatan Backward Design.
 
PBL boleh dilaksanakan melalui:

Classroom activities model➝ integrating various knowledge dicipline➝ structured task execution

Berikut ringkasan perbezaan Traditional dan Backward Design

Traditional design: 
Curriculum➝ Pedagogy➝ Assessment

Backward Design Model:
Curriculum➝ Assessment➝ Pedagogy 


Aktiviti hari ini untuk melengkaokan kami sebagai fasilitator  dalam BENGKEL CPD : PENGUPAYAAN PBL MELALUI KERANGKA ENGINEERING DESIGN PROCESS (EDP) yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2022.
Selaku Naib YDP Majlis Guru Cemerlang WPKL saya layan je.




 

Telegram Channel