16 February 2023

Kertas Kerja Ganjaran STAR Kehadiran Penuh Ke Sekolah

 

Dah lama rasanya 2 tahun tiada trip jln jln keluar. Namun apabila lawatan dibenarkan pada tahun 2022 masih lagi was was nak bawa. Hujung tahun nak bagi ganjaran murid dgn lawatan barulah yakin nak bawa keluar dan ini lah kali pertama sy arrange semula trip jln jln ni selepas PKP. Tapi bila date hari ni, saya pula yg tak dpt join sbb aktiviti MGKK di Putrajaya prapelancaran SUKSES. 
Tahniah anak anak yg hadir penuh

1.0          PENGENALAN

 

Program STAR Sahsiah Terpuji Amalan Reflektif Kehadiran diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada sesi persekolahan 2022/2023. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Murid yang hadir penuh akan diberikan ganjaran lawatan.

 

2.0      MATLAMAT

          Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah sesi persekolahan  2023/2024

3.0      TARIKH/ MASA/ TEMPAT

          16 Feb 2023

4.0      SASARAN

·       42 orang murid kehadiran penuh sesi persekolahan tahun 2022/2023

5.0      OBJEKTIF

          Melalui ganjaran dalam program Zoom In :

1)       Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama mereka   merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.

2)       Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu untuk        kehadiran penuh

3)       Murid dapat dianugerahkan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah.

 

          6.0      KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

100% murid kehadiran penuh menerima sijil penghargaan dan ganjaran

Outcome

Peratus kehadiran murid hadir penuh ke sekolah 2023/2024 meningkat

 

7.0     IMPLIKASI KEWANGAN

 

 

SUMBER KEWANGAN

         

BIL

PERKARA

SUMBER

BUTIRAN

1

Pengangkutan

PCG Kaunseling

 1 buah bas                 =   RM   480.00

2

Tiket Masuk

PIBG

 RM 10 x 44 orang      =   RM   440.00

Jumlah

                                        RM    880.00

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               : Puan Norlela Binti A.Wahid

                                            Pengetua

          Naib Pengerusi       : Puan Hamimah Binti Shamsuddin

                                            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

          Setiausaha                :Puan Nurhaiza Bt Che Mat

          AJK Pendaftaran     : Puan Loh Chin Ying

          AJK Makanan           : Puan Norfaizah Binti Mohamad

 

9.0     STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1     URUS SETIA/PENCERAMAH

 

          Unit Bimbingan Dan Kaunseling

         

 

 

9.2     JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

 

          16 Februari 2023 (Khamis)

          7.30 pagi       : Sarapan pagi Dan Pendaftaran

          8.15 pagi       : Bergerak ke Pusat Sains dari SMK Seri Bintang Selatan, KL

          9.00 pagi       : Tiba di Pusat Sains KL

                               : Meneroka pameran dan aktiviti di Pusat Sains Kuala Lumpur

          12.30 t/hari   : Bertolak dari Pusat Sains, KL ke SMK Seri Bintang Selatan,KL

          1.15 t/hari     : Tiba di SMK Seri Bintang Selatan, KL

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kemalangan

Kecuaian

 

Membawa murid mendapatkan rawatan

Guru pengiring

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

 

          a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

 

                    1) Borang Penilaian Peserta

                    2) Borang Maklum Balas AJK

 

 

          b) Pemantauan Pencapaian Outcome

 

1)    Melalui APDM: Peratus kehadiran murid       

 

 

 

 

 

         

 

12.0    PENUTUP

          Diharapkan agar program ganjaran Zoom In ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

         

Disediakan oleh:

 

Disemak oleh:

 

 

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(PUAN SABIDARA BINTI MAHMUD )

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 

 

Semoga arwah ditempatkan bersama orang yg beriman ..

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Telegram Channel