1.0 PENGENALAN
Peranan ketua kelas amat penting di dalam
membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara
guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk
dilantik menjadi ketua kelas berdasarkan kepada penampilan dan ketrampilan
iaitu sikap kebertanggungjawaban yang ada pada murid tersebut. Murid yang
berpotensi ini dikenal pasti untuk diberikan latihan khusus membantu guru dalam
pengurusan kelas. Ketua tingkatan bertanggungjawab untuk kawalan disiplin
rakan-rakan mereka di dalam kelas. Ketua-ketua tingkatan perlu dibekalkan
dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid
lain di kelas dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain
itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan
terpuji dalam kalangan murid agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna
memandangkan mereka adalah diiktiraf sebagai pemimpin sekolah. Justeru itu,
bengkel ketua tingkatan perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua
tingkatan agar mereka dapat memupuk jati diri yang baik. Selain itu diharapkan
agar bengkel ini dapat mewujudkan kerjasama dan kejelekitan antara ketua dan
penolong ketua kelas, agar sepakat sebagai satu pasukan yang bekerjasama dan
bertoleransi antara satu dengan yang lain.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang
berkemampuan membantu guru dan rakan sekelas agar kelas teratur dan terurus
dengan berkesan serta mampu melonjak peningkatan bukan sahaja akademik malah
turut memberi impak terhadap sahsiah dan
disiplin.
3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA
Tempat : Sanggar Bijaksana
Tarikh : 5 April 2023
Masa : 10.40 pagi – 1.20 tengah hari
4.0
SASARAN
Semua ketua dan penolong ketua tingkatan
SMK Seri Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
1. Penampilan dan ketrampilan diri ketua
tingkatan dan penolong ketua di
tahap yang
boleh dicontohi.
2. Mengetahui peranan dan tanggungjawab ketua dan
penolong ketua tingkatan dengan lebih jelas untuk bertindak selaku pemimpin
yang berkesan
6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output |
Penglibatan 100% ketua dan penolong ketua
tingkatan 2023/2024 mengikuti modul dan aktiviti bengkel ketua dan
penolong ketua tingkatan yang telah dirancang dan dapat mengenal pasti isu
ketua dan penolong ketua tingkatan. |
Outcome |
Pengurusan kebersihan dan
keceriaan kelas yang lebih baik dan mengurangkan salah laku murid di dalam
kelas. |
7.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
Tiada
8.0
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi :
Pn Norlela Binti A Wahid (Pengetua)
Naib
Pengerusi : Pn
Sabidara Binti Mahmud ( PK HEM )
Setiausaha :
Pn Nurhaiza bt Che Mat
Naib Setiausaha
: Puan Yuana Binti Sopian
8.1
JAWATAN KUASA KERJA
Penyelaras & Dokumentasi |
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
|
Menyelaraskan aktiviti untuk bengkel ketua dan
penolong ketua tingkatan |
AJK Pengacara Majlis |
Puan Hatimah Binti Andi Husaeni |
Bertindak selaku juruacara majlis dan melantik
pembaca doa. |
AJK Pendaftaran |
Puan Yuana Binti Sopian |
Menyediakan borang pendaftaran dan memastikan
semua peserta menandatangani borang pendaftaran |
AJK Penilaian |
Puan Loh Chin Ying |
Menyiapkan analisa penilaian program dan
menyiapkan laporan dokumentasi |
Penceramah Disiplin
|
En M Ravinthiran a/l Muthoo |
Menyampaikan ceramah mengenai disiplin murid
dan cara menangani murid dalam kelas |
Penceramah Kaunseling |
Cik Intan Faridah Nabela Bt Azmi Cik Lily Norliyana Azfar Bt Norli |
Menyediakan bahan untuk slot masing – masing
mengendalikan bengkel penampilan diri dan komunikasi berkesan |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Unit Majlis Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
12.00
tgh hari |
Pendaftaran |
12.10
tgh hari |
Ucapan
Aluan Pengerusi Majlis Bacaan
Doa |
12.12
tgh hari |
Ucapan
Alu-aluan Pengetua |
12.25
tgh hari |
Taklimat
Bidang Tugas Oleh Setiausaha Majlis Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan iaitu
Pn Yuana Pemilihan
AJK Majlis Ketua Ting & Penolong Ketua Ting |
1.00
tgh hari |
Slot
Ketrampilan Kepimpinan Murid |
1.20
tgh hari |
Slot
Komunikasi Berkesan |
1.40
tgh hari |
Taklimat
Disiplin Dari Guru Disiplin En Ravi Mengemukakan
Isu Dan Masalah Ketua & Penolong Ketua Tingkatan |
2.00
petang |
Bersurai |
|
|
|
|
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Masalah LCD tidak
dapat berfungsi dengan baik |
Murid teknikal |
Menyediakan dua set
LCD sebagai bahan sokongan |
Penyelaras |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0
PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya untuk mencapai objektif
meningkatkan ketrampilan dan kepimpinan pemimpin iaitu ketua tingkatan, sebagai
pembantu kepada guru dalam pengurusan kelas dan mendisiplinkan murid di dalam
kelas agar mengurangkan salah laku dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan
kelas.
Disediakan
oleh: |
Disemak
oleh: |
|
|
(NURHAIZA
BINTI CHE MAT) Guru
Bimbingan & Kaunseling SMK
Seri Bintang Selatan |
(SABIDARA
BINTI MAHMUD) Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Seri Bintang Selatan |
5 April 2023
14 Ramadhan 1444
Heavy rain and....one hour 30 minutes..