Petang semalam ke Zenith Hotel Putrajaya berlangsungnya. Saya mewakili KLCA Kuala Lumpur Counselling Association selaku setiausaha dan boss saya Pn Noorlia dtg bersama sama memeriahkan aktiviti forum dan iftar bersama PERKAMA International dan rakan strategik PERKAMA International.
Gambar gambar ada yg saya ambil dari facebook PERKAMA dan intipati forum saya ambil dari catatan
Catatan:
Nor Azura Kamarudin Sohami
Pertubuhan Sokongan Rahmah
*Program Bicara Kaunselor Sempena Ramadhan 2023: Kesejahteraan Pemberi Khidmat Menolong Profesional (Counselor's Conversation - Wellbeing of Professional Helpers*
Tempat: Tingkat 1, Bilik Cashmere, Hotel Zenith Putrajaya, Malaysia
Tarikh: 15 April 2023 (Sabtu)
Program Bicara Kaunselor Sempena Ramadhan 2023: *Kesejahteraan Pemberi Khidmat Menolong Profesional*
(Counselor's Conversation - Wellbeing of Professional Helpers) _( Tingkat 1 Bilik Cashmere )_
*Dr Zaida (pensyarah UPM)*
- Self care: taking care of ourself. Kaunselor perlu jaga diri dahulu sebelum jaga orang lain.
- Maksimum 2 sesi kaunseling sehari untuk self-care.
- Tiada orang lain yang jaga diri kita melainkan diri kita sendiri.
- Diri kita adalah tool untuk diri kita sendiri, kena jaga supaya tidak cacat.
- Jaga makan, kesihatan, spiritual dll.
*Hj. Hushim (kaunselor)*
- Bermula dengan guru panduan dan kerjaya 1980-an
- Klien 'here and now', kes paling banyak adalah masalah rumahtangga.
- Kaunselor bertembung dengan monolog diri sendiri, penat. Akhirnya sehari sekali sahaja sesi kaunseling.
- Ketahanan diri kaunselor sangat penting.
- Isu paling banyak sekarang pasangan berusia 60
- Akhirnya yang paling utama: Jaga qalbu, jaga hubungan kita dengan Allah.
- Kaunseling sudah menjadi keperluan zaman ini, very demanding hinggakan terapi kaunseling keluarga menjadi kuliah dhuha kerana istilah kaunseling masih taboo.
- Soft skills, kesihatan fizikal penting tapi kaunselor perlu cari aktiviti yang buat kita gembira (contoh: bersama pasangan, keluarga sendiri)
Dr Zaida
- hasil kajian Dr Ku Suhaila dan team UKM
- perlu ada self compassion : rasa kasihan pada diri
- emotional intelligence: perlu aware EI diri sendiri dan orang lain
- spiritualiti elemen kuat
Hasil kajian: Norzakirah Anuar
- wanita lebih tinggi self care
- tahun perkhidmatan mempengaruhi self care
Hasil Kajian Dr Aisyah
- self care di kalangan marriage counsellor perlu lebih tinggi daripada kaunselor biasa.
Hasil kajian USIM
(Persediaan di lapangan krisis)
1. persediaan spiritual sebelum ke lapangan
- ambil makanan berkhasiat
- dapat izin pasangan
2. Semasa di lapangan
- self talk, refleksi
- Bila stress dll, dapatkan bantuan rakan sekerja.
- aktiviti spiritual
Hj Hushim
- yang ramai datang dapatkan kaunseling sekarang kerana ketagihan gajet. Impak: loneliness kepada pasangan dan akhirnya bercerai.
- industrial counsellor:
Kerja online menyebabkan sakit tulang belakang.
*Nasihat kepada kaunselor muda:*
Hj Hushim
1. Jaga pasangan dulu. Jaga keluarga. Balik rumah beri perhatian utama kepada mereka.
2. Jadi kaunselor juga di rumah. Jangan kita berkata-kata tapi kita tak buat seperti ayat surah as Saff.
*Cara urus kes gay, dll.*
Hj Hushim
- Banyak berpunca dari cara kependidikan ibu bapa. Bapa tidak jadi model dalam keluarga.
Dan juga berpunca seawal hidup di asrama. Sekarang bukan lagi sugar daddy tapi sugar atok daddy. Pasangan gay boleh capai bayaran tinggi hingga 15K.
Dr Zaida
Apabila sesi sampai mudaratkan kaunselor kerana tidak selari dengan prinsip, kepercayaan kita, perlu berbalik kepada etika. Sebagai Muslim, kita boleh maklumkan isu ıtu salah dalam agama tetapi kita tetap menerima dia sebagai manusia. Jıka tidak boleh teruskan, boleh hentikan sesi.
Kajang - Melaka-Kajang
Home sweet home