Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera buat semua follower yang membaca
Saja memeriahkan suasana raya dalam kalangan warga sekolah bagi PRS menganjurkan program berikut dan saya share kertas kerja dengan hadiah ganjaran. Semoga masing masing kreatif berkarya
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang
dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling
mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan video kreatif ucapan Hari Raya dan
pertandingan kad ucapan raya digital bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah untuk
semua murid-murid. Aktiviti yang melibatkan tema Hari Raya Kemeriahan disertai oleh semua
peringkat dari kelas tingkatan satu hingga ke tingkatan lima melibatkan pelbagai kaum di
sekolah. Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk walau di
bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup
bermasyarakat.
2.0 MATLAMAT
Semua warga sekolah hormat menghormati perayaan kaum yang berbeza di Malaysia dan
bersama –sama mengambil cakna sambutan perayaan yang diraikan.
3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT :
12 April - 10 Mei 2023 secara dalam talian
4.0 SASARAN
Semua murid-murid sekolah
5.0 OBJEKTIF
1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat
6.0 KPI
Output Terdapat kerjasama antara kaum dalam persatuan sewaktu
menjalankan tugasan masing- masing
Outcome Murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi sambil memupuk
perpaduan kaum dan menceriakan suasana Hari Raya.
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
Bil Perkara Sumber Kos Jumlah
1 Video Kreatif Hari Raya
Johan
Naib Johan
Ketiga
PCG
Kaunseling
RM 150.00 x 1 pasukan
RM 120.00 x 1 pasukan
RM 100.00 x 1 pasukan
RM 150.00
RM 120.00
RM 100.00
2 Kad Ucapan Digital RM 10.00 x 20 orang RM 200.00
Jumlah RM 570.00
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Norlela Binti A Wahid (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud (PK HEM)
Setiausaha : Puan Nurhaiza Binti Che Mat
AJK Penilaian : Puan Loh Chin Ying
AJK Hadiah : Cik Lily
AJK Dokumentasi : Cik Intan
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF PROGRAM
12 April 2023 Pelancaran promosi pertandingan video kreatif dan kad ucapan
digital kepada murid –murid
10 Mei 2023 Pertandingan berakhir
11 – 12 Mei 2023 Penilaian pemenang pertandingan
19 Mei 2023 Pengumuman pemenang pertandingan
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawa
b
Hasil kerja murid
bermasalah untuk
paparan di skrin LED
Masalah
teknikal
Mencuba dahulu sebelum
tarikh sambutan Hari Raya
Penyelaras
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan murid
Update 23 Mei
Happy birthday Waty
Semoga ceria murah rezeki bestie