16 June 2023

Kertas Kerja Ceramah Anxiety And Coping Skill










Hi semua. Hari ni nak share kertas kerja untuk ceramah kesihatan mental yang dikendalikan oleh psikologi kaunseling iaitu Puan Husna dari Pejabat Kesihatan Cheras. 
Semoga mendapat manfaat dari murid -murid bagaimana menangani anxiety dan coping skill. Srmoga membantu semua.


Pengenalan

 

Program Ceramah Kesihatan Minda melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling bertemakan Anxiety And Coping Skill atau Kemahiran Menangani Kebimbangan bagi meningkatkan kesedaran murid -murid akan kepentingan penjagaan kesihatan mental Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan dan disebarkan dalam kumpulan Whats App atau telegram kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah penjagaan kesihatan mental berkaitan kebimbangan  Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi. Semoga aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

 

 

 

2.0     Matlamat

           

Murid -murid tahu bagaimana menangani diri ketika stress dan mendapat pengetahuan kemahiran menangani kebimbangan.

           

.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

16 Jun 2023 - Jumaat

                                                                                                                    

                                            

4.0       Sasaran

 

            16 Jun 2023 - Tingkatan 2 dan 3

           

 

 

 

           

 

 

 

 

5.0       Objektif

 

1)    Murid -murid mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan apabila stress dan kebimbangan

2)    Murid - murid dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.

3)    Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing -  masing

 

 

6.0       KPI

 

Output

Murid-murid  dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut.

Outcome

Murid-murid  dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Jumlah

 Sumber PIBG

 

1.

Jamuan makan

RM 6.00 x 10 orang

RM 60.00

 

 

Jumlah

 

 RM 60.00

 

         

 

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

 Pengerusi                  :  Puan Norlela Binti A. Wahid

Timbalan Pengerusi  :  Puan Sabidara Binti Mahmud (PK HEM)

Setiausaha                :  Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa Kerja  

 

AJK Kertas Kerja  Dan Surat Menyurat Dan AJK Cenderamata

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

 Menyediakan kertas kerja dan permohonan peruntukan kewangan dan menyediakan cenderamata

AJK Penilaian Dan Dokumentasi

Puan Loh Chin Ying

Menyediakan penilaian program dan dokumentasi

AJK Jamuan

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan jamuan makan kepada petugas

 

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

 

9.2     TENTATIF PROGRAM

 

          16 Jun 2023 (Jumaat)

 

           8.50 pagi      : Ceramah Kemahiran Menangani Kebimbangan

                                  Semua murid tingkatan 2

 

          9.50 pagi      : Rehat

 

          10.20 pagi     : Ceramah Kemahiran Menangani Kebimbangan

                                 Semua murid tingkatan 3

 

          11.30 pagi     : Tamat

 

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Kegagalan laptop

 

Masalah teknikal

Menggunkan laptop yang lain

Penyelaras

 

 

 

 

 

 

11.0     PENUTUP

 

           Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 




 

Telegram Channel