22 June 2024

Kertas Kerja Program Smart Study Memory









UBK mengadakan program kemahiran belajar Memory Power dengan menjemput En Osman Affan untuk mengendalikan slot dua jam bagi setiap slot. Saya kongsikan kertas kerja dari partner saya yang menguruskan program ini

1.0      PENGENALAN

 

Kebanyakan murid tidak tahu cara belajar yang  berkesan menyebabkan mereka begitu tertekan apabila mereka  akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan  membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam  bidang akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada  konsep `smart learning’ menjadikan murid merasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka.  Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan lebih meyakini  diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka  lalui. Pendek kata pembelajaran bukan membebankan tetapi  amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh murid

         

2.0          MATLAMAT

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para murid untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 


3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

 

Tarikh  : 19 Jun 2024 (RABU)

Masa   : 8.10 -10.10 (ABCD)

              10.40 – 12.40 (GJKM)

Tempat : Sanggar Bijaksana

Sasaran : Tingkatan 1

 

Tarikh  : 20  Jun 2024 (KHAMIS)

Masa   : 8.10 -10.10 (ABCD)

              10.40 – 12.40 (GJKM)

Tempat : Sanggar Bijaksana

Sasaran : Tingkatan 2

 

Tarikh  : 21  Jun 2024 (KHAMIS)

Masa   : 8.05 -9.50 (ABCD)

              10.20 – 12.40 (GJKM)

Tempat : Sanggar Bijaksana

Sasaran : Tingkatan 3

 

 

4.0        SASARAN

Semua murid tingkatan 1, 2 & 3 SMK Seri Bintang Selatan

   

5.0      OBJEKTIF

Mereka akan dapat mengagihkan masa mereka dengan lebih berkesan dan dapat menumpukan pelajaran mereka dengan lebih sistematik. Mereka juga akan :-

1.    Menanamkan sikap yang lebih positit terhadap pembelajaran dengan kaedah yang betul

2.    Murid akan dapat menggunakan 5 DOMAIN yang akan ditekankan dalam kursus iaitu Visual, Audio, Kognitif, Affektif dan Psikomotor.




6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Murid mengetahui mengenai gaya belajar dan kemahiran dengan betul dalam  peningkatan pembelajaran dan kemenjadian murid.

Outcome

Murid dapat meningkatkan motivasi dalam belajar mengenai teknik-teknik dan gaya belajar dengan lebih cemerlang

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          Tabung Kecemerlangan Akademik                      

          PIBG (Sumbangan)                                             

         

        

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

 

Pengerusi                : Pn Norlela Binti A Wahid (Pengetua)

           Naib Pengerusi       : Pn Hamimah Binti Shamsuddin

                                             Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

Setiausaha              : Puan Norfaizah Binti Mohamad


SENARAI TUGAS AJK KERJA

 

AJK Dokumentasi

Puan Norfaizah Bt Mohamad 

 

Menyediakan dokumentasi program

 

AJK Jurugambar

Puan Loh Chin Ying

 

Mengambil gambar sepanjang program

 

AJK Penilaian

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

 

          9.1      URUSETIA

                     Kelab Bimbingan Dan Kerjaya

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

 

                     19 Jun 2024

                     Slot 1

8.10 pagi – 10.10 pagi ; kelas 1A, 1B, 1C dan 1D

 

Slot 2

10.40 pagi – 12.40 tengah hari ; 1G, 1J, 1K dan 1M

 

20 Jun 2024

                     Slot 1

8.10 pagi – 10.10 pagi ; kelas 2A, 2B, 2C dan 2D

 

Slot 2

10.40 pagi – 12.40 tengah hari ; 2G, 2J, 2K dan 2M

 

 

21 Jun 2024

                     Slot 1

8.05 pagi – 9.50 pagi ; kelas 2A, 3B, 3C dan 3D

 

Slot 2

10.20 pagi – 12.40 tengah hari ; 3G, 3J, 2K dan 3M

 

 

 

 

 

 

10.0   PENGURUSAN RISIKO

          

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kelewatan

Disiplin murid

Memanjangkan slot sebagai masa untuk pergerakan murid

 

Puan Norfaizah

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini akan dapat membantu memperkukuh dan memperkasakan nilai-nilai keilmuan seterusnya dapat menghayati serta mengamalkan teknik-teknik dan kemahiran belajar yang betul supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(NORFAIZAH BINTI MOHAMAD)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(HAMIMAH BINTI SHAMSUDDIN)

Penolong Kanan Pentadbiran,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 

 





















 

 

Telegram Channel