Perkara paling menceriakan hari saya :)
Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2020. Sewaktu COVID-19 mula membayangkan perubahan besar dalam sistem persekolahan, saya sudah terdetik untuk sukar melibatkan diri dengan aktivti kokurikulum bagi kemenjadian murid. Namun sangkaan itu meleset bahkan sewaktu Simposium HEM peringkat Kuala Lumpur saya sendiri sukar mempercayai bahawa kami memenangi 10 kemenangan peringkat KL dan peringkat kebangsaan ada satu untuk tempat ke 6 pertandingan video kreatif ppda.pertandingan inovasi murid yang sevatutnya dijalankan di Miri, Sarawak pada bulan April ditangguhkan hampir dua kali . Tiket flight juga asyik diubah sehingga penganjur menetapkan pertandingan dalam talian. Seat untuk 10 flight Air Asia telah ditempah susahhhhhhnya nak dapat cash back tapi dioffer untuk pertukaran mata merit sahaja. Maka saya asyik bertukar tukar date flight hingga 6 kali rasanya memandangkan sayangnya nak burn begitu sahaja. At last pada bulan Oktober surrunder bagitau murid untuk burn tket sehala tersebut dan redaha sahajalah. pingat emas dalam genggaman sebagai ganjaran. Mujurlah baru beli tiket pergi. Namun terkilan juga kerana tidak dapat ke Miri Sarawak. Dengan keadaan yang tidak menentu sekrang mujur juga ibu bapa dan murid redha juga.
Alhamdulillah yang baik baik sahaja tahun ini
Selamat datang 2021