Total Pageviews

10 May 2014

Mesy Makan Malam Jubli Emas

Pakej 3 dalam 1
1 hari 3 program

Berpanas panas dari gimnasium masuk bilik mesyuarat yg sejuk pula perghh..memang suhu badan rasa lain macam. Hari ni agenda penting berapa banyak kutipan yang realistik untuk dikutip? Lagi dua minggu je event ni. Akhir sekali boss baru buat keputusan untuk mengadakan majlis makan malam di dewan sahaja berdasarkan realistik jumlah yang akan hadir ialah sekitar 400 orang. Jadi meja yang diatur di luar dewan ialah untuk guru guru dan meja gangsa 2. Khemah dari DBKL masih diperlukan untuk menampung meja yang tidak dapat diletakkan. Well back to the first paperwork done by me. Memang itulah projek asalnya dari dibuat di padang yg memerlukan perancangan yg lebih awal bukannya tiga bulan. Nak tarik crowd hingga 700 memang tak munasabah untuk event yg lagi dua minggu sedangkan belian tiket baru 100 yang booking pulak baru 200.  Hari ni meeting yg paling lama selama 3 jam 30 minit...berakhir dengan hujan lebat. Sebagai AJK Jualan Tiket memang saya rasa itulah yg paling realistik buat masa ini.

No comments: