29 June 2014

Nafas Baru Bermula Ramadhan

Nafas Baru Bermula Ramadhan

Salam Ramadhan
Semoga hati kuat melaluinya..

Nafas Baru Bermula Ramadhan adalah aktiviti tahunan yang dijalankan oleh UBK. Program ini menggalakkan agar semua warga sekolah cuba berhenti merokok melalui pendekatan bulan puasa. Ini kerana apabila orang yang merokok itu cuba menahan diri dari merokok selama hampir 14 jam maknanya orang itu sudah melatih diri menahan dirinya dari merokok dan membuatkan diri lebih sihat. Jadi dalam masa sebulan seseorang itu sudah boleh membiasakan diri menahan ketagih merokok dan seterusnya perlahan lahan menghentikan tabiat merokok. Banner dipasang oleh pembekal pada hari minggu sempena pelancarannya esok.
Kursus Kepimpinan Pengawas

Kursus Kepimpinan Pengawas

Hari ceria si kecil Farhan
Bila ibu datang meneman
Ke temasya sukan tahunan
Run....farhan...run ..run..run

Nak update cerita pasal hari Khamis lepas. Oleh kerana terlalu ramai cikgu yang tiada di sekolah kerana kursus PT3 dan serentak dengan majlis APC JPWPKL maka saya berpecah dengan Padali. Saya handle program di dewan dan Padali ke Agrotek. Seramai 74 pengawas yang terlibat ke kursus kepimpinan pengawas di Agrotek Hulu Langat. Program ini melibatkan kursus pengawas dan slot ceramah untuk kepimpinan pengawas dan kursus berhalangan untuk slot team building. Tempat ini sangat cantik dan mempunyai kolam air sungai yang sesuai untuk aktiviti. Pelajar hanya perlu membayar RM 30 dari RM 75 yang diperuntukkan untuk seorang pelajar. Kawasan obstacle tidak berada di dalam kawasan Agrotek ini dan para pelajar perlu berjalan kaki keluar dari Agrotek untuk ke tempat obstacle. 

Tamat obstacle, pelajar tidak melepaskan peluang untuk bersantai mandi manda di kolam Agrotek sebelum menikmati makan tengah hari dan bertolak pulang .



28 June 2014

Sukan 2014 : Perdana Johan!!!!

Sukan 2014 : Perdana Johan!!!!

Yeah! Perdana johan
Beza 8 mata yg bermakna!

Akhirnya...hari ni guru guru Perdana tak senang duduk memandangkan mata rumah sukan semakin menghampiri. Seawal 6.40 pagi saya dah berada di sekolah untuk make sure semua ahli rumah perbarisan tip top persiapannya. Tengah bersiap...saya perasan tak cukup sorang..perghh ..bila diberitahu yg ahli kawad tu tak masuk kawad sebab diberi amaran oleh guru rumah sukan pihak lawan yang jika atlit masuk perbarisan maka perbarisan dibatalkan penyertaan!! Sabar jela. .. padahal ketua rumah tak maklumkan apa pun tentang syarat tu which is hampir semua rumah sukan ada atlit yg terlibat dalam perbarisan. Well.. melilaula cari sorang lagi wakil. Mujur jumpa. 

Guru Perdana dan Waja berdebar debar setiap kali acara berjalan kerana markah naik turun bersaing sesama kami. Tapi akhirnya...Perdana johan sukan 2014 dan naib johan perbarisan rumah Perdana. Olahragawati juga dibolot oleh ahli rumah Perdana. Menambahkan keseronokan di hati apabila acara pegawai dijalankan iaitu acara lumba jalan kaki bagi acara 5 x 50 meter maka merasa dapat nombor 3. huhuhu merasalah pingat yg dikalungkan atas pelantar penerima pingat sukan tu..maklumlah sejak kecil pasif sukan dan yang penting acara lumba jalan kaki. Kalo acara lumba lari.. sampai hujung nyawa tak merasa kot pingat tu.

26 June 2014

Aktiviti Ceramah Relief Kelompok

Aktiviti Ceramah Relief Kelompok

I wish.. 
Today on your special day
I can spent time with you
Happy birthday mak

Hari ni ramai betul cikgu takda cecah 25 orang kerana menghadiri APC, kursus dan lain lain. Saya sendiri sepatutnya perlu ke kem Agrotek dengan pengawas tapi memandangkan keperluan sekolah sangat mendesak maka saya berpecah dengan Padali. Saya handle sekolah dan Padali handle prefect. Saya menguruskan semua pelajar tingkatan lima dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi utk slot Ting 5 iaitu Halatuju selepas SPM manakala 11pagi hingga 1.10 t/ hari untuk semua Ting 4 bagi slot Minda Sihat.
Yang bagusnya apabila mendapat kelompok relief ni, maka guru guru lain akan masuk ke kelas kelas relief dan hanya guru kaunseling yg in charge seorang di dewan. Jimat kan.

Halatuju Selepas SPM tidak berjalan lancar maklumlah pertama kali menggunakan LCD yang baru dipasang di dewan sempena Jubli Emas lepas. So masalah teknikal hanya diselesaikan hampir sejam...pergh. Minta maaf pada student maklumlah guru  IT kebetulan semuanya tiada di sekolah so hasil eksperimen student ICT mengodek sana sini dapatlah on tayangan power point di skrin. 

Ceramah minda sihat kepada semua ting 4 saya minta bantuan dari ahli PRS sebagai fasi. Berdiri selama 3 jam bukanlah satu perkara yg mudah untuk kaki ku yg bermasalah ni untuk sambung lagi dua jam berdiri. Aktiviti senaman dijalankan dan peserta bersambung dengan mengisi modul iaitu inventori daya gaya tindak sebelum diakhiri dengan ceramah minda sihat. 

25 June 2014

Exam PT3 KKQ

Exam PT3 KKQ

Exam PT3
Format baru

Bila cakap pasal exam PMR kita akan bayangkan suasana exam dengan IC di meja dan slip peperiksaan. Pengawas peperiksaan juga adalah orang luar iaitu guru dari sekolah lain yg akan mengawasi pelajar. Signboard senyap! Peperiksaan sedang berjalan pun hanya kelihatan bila exam melibatkan Lembaga Peperiksaan Malaysia KPM. 

Format baru tahun ni bagi PT3 ..saya berpeluang menjadi pengawas PT3 yang pertama untuk sekolah ni mengawasi peperiksaan KKQ  bagi kelas Aliran Agama. Memberikan arahan dengan tegas dan membacakan peraturan peperiksaan kepada calon sekolah sendiri, saya perasan student tersengih sengih. Kalau dulu bila guru pengawas peperiksaan baca je arahan, kita dah gerun dengan muka yg tak familiar dan nada suara yg tegas! 

Aura jadi ketua pengawas SPM tahun lepas masih ada lagi..huhu so buat SOP exam betul betul macam exam. Check IC student atas meja walaupun mmg muka diaorang hari hari tengok hihi. Dan tona ketegasan suara memberi arahan ..saya sedar student confuse adakah saya bad mood dengan suara serius...hihi.
Biasanya student ni suka pinjam barang time exam sekolah dengan cuit sana sini..budaya angkat tangan time exam kat sekolah sangat jarang diaplikasikan untuk meminjam barang seperti pembaris, pemadam atau kalkulator. Angkat tangan nak pergi toilet biasa. So kenalah warning student agar angkat tangan hatta nak pinjam barang sekali pun..jika didapati ada keraguan boleh disabitkan percubaan meniru yang akan menjejaskan markah..kenalah warning sbb bila student dah biasa dengan budaya peperiksaan di sekolah, mereka akan terbawa bawa sewaktu peperiksaan PT3. Lebih - lebih lagi cikgu sekolah sendiri yang mengawasi. 

Alhamdulillah peperiksaan berjalan lancar...yg tak lancar adalah student. Ramai yg tewas tertido selepas 45 minit masa exam dari satu jam 30 minit yang diperuntukkan. Hmmm..well ni satu lagi budaya exam ! tertido time jawab exam walaupun exam penting.

24 June 2014

Taklimat Amanahraya Ke Sekolah

Taklimat Amanahraya Ke Sekolah

Jerebu yang tebal
Gatal pula hidung
Bersin dan bersin 

Hari ni slot amanahraya waktu roll call sekolah. Ingatkan roll call tentang sukan yang tak lama lagi akan diadakan. Rupanya roll call tentang amanah raya mengenai kepentingan wasiat. Penerangan yang sangat jelas dan membuka mata mengenai kepentingan wasiat untuk family. Kita boleh mendapat maklumat dari paper atau google dan sentiasa mendengar mengenai amanah raya tapi apabila penerangan diberikan secara terus dan sesi soal jawab dapat dijalankan secara langsung maka menarik untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut apatah lagi borang pendaftaran dan segala dokumen hanya dipass melalui agen yang datang sendiri ke sekolah dengan sesi follow up melalui telefon bimbit dan email sahaja. Sambutan yang agak baik dari kalangan guru guru dan ramai yg mengambil peluang mendaftar dengan bayaran pemprosesan rm350..so do i.

23 June 2014

Latihan Perbarisan Rumah Perdana

Latihan Perbarisan Rumah Perdana

I feel sleepy
Like a walking death
Zzzzzz...

Tiba dirumah pukul 11 .00 malam dari Klia2 dan terus mengerjakan fail..hingga tertidur pukul 2 pagi. Inilah the best reason yang membuatku terasa berpinar jap seharian. Kurang rehat dan kurang tidur sukar nak fokus. Tapi saya gagahkan mata untuk terus alert sebab pengurusan fail dan dokumen penting perlu dilengkapkan esok..huwaaa..tetiba dapat mesej pukul 1.00 tgh hari dari nazir yang memaklumkan penangguhan pemantauan GC pada minggu depan..saya rasa sangat bersyukur!
Terus lepas lunch, ke court tenis untuk memerhatikan pelajar perbarisan rumah Perdana membuat latihan kawad perbarisan untuk sukan jumaat ni. 

22 June 2014

Penanda Aras Koperasi SMK Kota, Kota Bharu

Penanda Aras Koperasi SMK Kota, Kota Bharu

Tak terkata..
Mesej ringkas dari nazir:
Mohon bersedia untuk pemantauan GC UBK 48
Pada 24 Jun 2014. Semoga berjaya.

Tak terkata dan tidak keruan ayat yang tepat untuk menggambarkan perasaan apabila menerima mesej di atas. Punya lama senyap saya ingatkan saya tidak layak untuk dipantau pun tetapi apabila menerima mesej tersebut saya terus tak keruan sebab hari Selasa ni sahaja bermakna lagi 2 hari. Tak sangka secepat itu jika dimaklumkan terus nak pantau. Saya belum start buat homework apa yang patut. Alhamdulillah syukur sekurang-kurangnya tersenarai untuk dipantau. 

Well terus terang saya cakap saya tak dapat nak fokus sangat taklimat mengenai kejayaan koperasi sekolah ini yang mendapat untung mencecah RM 800k setahun. The best reason kenapa sekolah ini menjadi benchmark kami kerana sekolah ini memenangi kejayaan hingga ke peringkat kebangsaan. Mempunyai pelbagai aktiviti yang wow! menjana pendapatan hingga mengupah 8 orang pekerja luar untuk menguruskan koperasi mereka. Dari jualan makanan hingga ke jualan kain baju dan pelbagai lagi perkhidmatan. Kena google sendiri ye nama sekolah ni Koperasi SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Sekolah ini dekat sangat dengan Wakaf Che Yeh.  Ada dua koperasi iaitu koperasi dalam sekolah dan satu lagi sangat strategik iaitu di tepi jalan raya berhampiran sekolah.

Sekolah ini juga mendapat peruntukan untuk tukar wajah koperasi mereka seperti sekolah kami dan kesempatan yang ada kami gunakan untuk meninjau dengan lebih dekat bagaimana mereka menukar wajah koperasi mereka dengan hiasan dalaman sehebat pasaraya.




Penanda Aras Akademik  SMK Dangar, Pasir Mas, Kelantan.

Penanda Aras Akademik SMK Dangar, Pasir Mas, Kelantan.


Meet my belangkas : Jawahir Abdullah
2005 - 2009: UBK SMK Cheras

Hari ini saya ke SMK Dangar, Pasir Mas tempat bekas rakan sekerja saya Jawahir Abdullah suatu ketika dulu di SMKC. Dia dah bertukar ke Kelantan. Lama tak jumpa memang menggamit memori lama. 

Di sekolah ini kami diberikan penerangan mengenai kejayaan yang dicapai di sekolah ini diperingkat kebangsaan kerana berjaya melonjakkan GPA mereka dalam SPM. Sebagai balasan kami perlu berkongsi kejayaan kami dalam VLE Frog dan perkhidmatan kaunseling, koperasi sekolah dan bilik pusat sumber sekolah. The best bila Jawahir still ingat my fav food Kelantan iaitu nasi dagang ikan tongkol....dan menu kami untuk sarapan pagi itu ialah nasi dagang, pulut kuning dan macam macam pula yang dijamu. 

Kemudian kami berpeluang melawat kawasan sekitar sekolah iaitu di perpustakaan. Menariknya disini ialah landskap yg sangat menarik pemandangan saujana mata memandang sawah padinya apabila kita pandang keluar dari tingkap perpustakaan itu.  Kemudian barulah ke bilik kaunseling. 

Terharu dengan sambutan di sini sangat mengalu-alukan tetamu. Terima kasih Ja semoga kita berjumpa lagi. 










21 June 2014

Rantau Panjang- Kota Bharu-Wakaf Che Yeh

Rantau Panjang- Kota Bharu-Wakaf Che Yeh

Pampered yourself
Calm and rilex

Sesuai dengan statement di atas. Ingin bersantai dan tak lari ke sana ke mari sama ada urusan kerja atau bercuti. Maka kat sini priority utama untuk makan dan makan dan rilex jika tiada lawatan ke sekolah. Shoppping is not my main priority. Sampai je di Rantau Panjang selepas lawatan di Pasir Mas, Kami singgah di Masjid Beijing. Memang cantik senibina di sini. Kami diperkenalkan dengan makanan Kelantan iaitu aiskrim Baba. Campuran pelbagai bahan macam ABC pulak saya tengok. Bila penat dan cuaca panas...memang sedap!

Sampai je di Rantau Panjang, kami pun bergerak dari kedai ke kedai untuk melihat panorama Rantau Panjang yang happening. Berjalan 30 minit dah tak tau nak buat apa..masuk la cafe ni sebab cafe ni je yang ada aircond kat sini yang saya nampak huhuhuhu. Lepak dalam kafe ni saja hampir sejam then keluar balik barulah cuci mata dan grab apa yang patut. Sampai kat bas, kena delay pulak sebab bas rosak. 

Petang baru kami bergerak ke Wakaf Che Yeh. Sampai je sana, saya dan Fiqah bercadang untuk ke bandar Kota Bharu untuk ke spa. Kaki saya terasa sakit balik sebab pergerakan terlalu aktif selepas terseliuh 3 minggu dulu dan menjejaskan untuk berjalan dengan kadar yang cepat. Kami menikmati pemandangan malam di bandar Kota Bharu yang tak berapa happening macam Wakaf Che Yeh...dan line internet Maxis macam takda. Tak boleh nak main insta...google atau blog sepanjang tunggu turn di spa tu. 

Ambil pakej mengurut kaki dan facial...wah...dah lama lama sangat tak pampered diri ke spa hampir 7 bulan rasanya. Hampir pukul 12 tengah malam juga barulah kami keluar ke Wakaf Che Yeh. Oleh sebab pengusaha spa ni anak kepada guru sekolah kami, maka dia menawarkan diri untuk menghantar kami semula ke hotel. Sampai di Wakaf Che Yeh, kami tak terus balik ke hotel tapi merayap ke dari gerai ke gerai hingga berhenti di kedai makan sebab terliur nak makan mee celup Kelantan. Rombongan kami merata yang kami jumpa di wakaf Che Yeh ingatkan masing masing dah tidur dalam bilik. Tetiba hujan pun pulak kena jugalah berundur diri..maklumlah makan di meja yang berbumbungkan awan dan berlantaikan jalan raya memanglah kena berundur cepat cepat.


Petits gateaux passion fruit, blueberry macaron dan mille crepes vanilla- Maraschino Cafe, Rantau Panjang.


Spa Cerita Chinta di Kota Bharu
Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
Nasi ayam di Kota Bharu
Aiskrim Baba di Masjid Beijing
Mee celup Wakaf Che Yeh

20 June 2014

Mesy Guru Kaunseling Zon Pudu 6/14

Mesy Guru Kaunseling Zon Pudu 6/14

Rushing..
Here and there..

Terlampau sarat kat kepala byk perkara yang perlu saya lakukan hari ni. Dari agenda penting mesyuarat guru kaunseling, penyediaan bahan taklimat psikometrik PT3 untuk esok dan trip benchmark ke Kelantan petang ni. Seawal pagi parking di SM Sains Selangor naik kereta AJK ke Raffle Colloge..wow sangat kreatif design bangunan ini! 

Hari ni info penting mengenai SST group which is SST Zon untuk bencana atau apa sahaja kes yang memerlukan pertolongan dan untuk kes histeria SST dari JPWP sendiri yang akan dilatih. Maklumat mengenai PPSDM yang mana projek yang telah dikenalpasti maka tiada alasan untuk tiba tiba menarik diri mengatakan tiada wakil. Jika ingin menarik diri maklumlah lebih awal untuk memberikan peluang kepada sekolah lain menghantar wakil yang lebih ramai. 

Encik Akmal menerangkan mengenai data yang perlu dihantar dan dateline dan info penting PPD
Puan Mahani memaklumkan mengenai Minda Sihat dan projek JPWPKL.
Mempengerusikan majlis dan mengundur diri pada pukul 11.30 pagi sbb rushing balik sekolah siapkan bahan PT3 dan dokumen sekolah..then rushing Ke ERL Bandar Tasik Selatan...berlari lari ke KLIA2 untuk check in..Perghh what a day! 
Welcome to  Kelantan! Pantai Cahaya Bulan

Welcome to Kelantan! Pantai Cahaya Bulan

I love Kelantan
Variety food
With best price

Lena dalam flight after rushing here and there di KL. Tiba di airport je bas dah tunggu dan membawa kami ke Pantai Cahaya Bulan iaitu pantai yang terkenal di Kelantan. Sering dengar nama pantai ni tapi inila kali pertama dapat  menjejakkan kaki ke sini. Amboi rambang mata tenguk menu seafood dari maggi ketam, sup belut dan tempura seafood. Saya order nasi goreng kampung, air sirap dan tempura udang dan sotong. Fiqah order ABC yang menariknya serbuk milo ditabur di atas ABC tersebut. Lepas makan, apalagi tak lepaskan peluang jalan jalan kat pantai menikmati matahari terbenam. Dah puas berposing di pantai, kami semua bertolak ke Boutique Hotel Ridel di Wakaf Che Yeh.

Sampai je di Wakaf Che Yeh dah malam tapi mengingatkan kami macam Downtown Cheras di hadapan sekolah yang sangat padat dengan manusia. Semua ahli rombongan sibuk berbincang untuk keluar semula tapi saya benar benar tak larat...dan tidur is the best option! 

Matahari terbenam di pantai PCB

19 June 2014

Saringan Sukan SMK Cheras

Saringan Sukan SMK Cheras

Keletihan tahap max
Ditambah
Berpanas di padang

Duty saya untuk saringan sukan ini sepatutnya hari esok, tapi memandangkan esok kena ke Kelantan maka saya bercadang untuk duty hari ni sahaja dengan mengambil alih tugas sesiapa sahaja yang cuti sakit hari ini. Bertugas mengawasi 100m, 200m dan 800 m..di tengah panas terik pukul 2.30 petang memang mencabar fizikal. Kaki dah terasa lenguh berdiri lama sangat. Then sambung ke acara lempar cakera hingga pukul 5 petang. 

18 June 2014

Kempen Keselamatan  Elektrik

Kempen Keselamatan Elektrik

Cuaca yang panas terik
Mencabar ketahanan fizikal!

Hari ini ada program keselamatan elektrik di SM Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apabila surat dipanjangkan kepada guru kaunseling maka peserta seminar yang terdiri dari 8 pelajar kami gunakan ahli PRS. Program bermula pada pukul 12.00 dan berakhir pukul 6 petang. Ceramah diselangseli dengan pertandingan membina menara TNB dan membuatkan mentol berfungsi dan ceramah kembali. Alhamdulillah student seronok kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. 

17 June 2014

Indeks Persepsi Murid : IPM Guru Penyayang

Indeks Persepsi Murid : IPM Guru Penyayang

Fokus
Data guru penyayang
Pagi hingga petang


Naik sekolah ini macam - macam pula  yang kena hantar. Okey mari kita fokus buat satu - satu. Esok dateline. Kalau kat PPW Pudu ni, semua data yang diminta oleh PPW akan dihantar ke JU dulu iaitu guru kaunseling yang dilantik untuk mengendalikan sesuatu data. bagi program guru penyayang ni kami sent pada Kak Shamsena sahaja guru kaunseling Taman Maluri. Terasa nak share disini instrumen yang terlibat
 
Bil
Pernyataan
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
1
Saya sering diberi perhatian oleh guru


2
Saya sering dilayan dengan baik oleh guru




3
Salam/sapaan saya sering dijawab guru




4
Saya selalu dipuji oleh guru





5
Saya sering disapa oleh guru





6
Pendapat saya sering didengar oleh guru




7
Kehadiran saya di sekolah dialu-alukan oleh guru




8
Saya sering menerima ucapan sempena hari perayaan yang saya raikan




9
Saya sering dilayan seperti anak sendiri oleh guru




10
Saya sering menerima ucapan hari lahir dari guru




11
Saya selalu menerima senyuman daripada guru




12
Kejayaan saya dihargai guru





13
Saya suka cara guru mengajar





14
Guru saya sentiasa sabar melayan tingkah laku/ karenah murid




15
Saya sangat seronok semasa berada di sekolah





Jumlah skor






Jumlah skor keseluruhan

                                       


 
INDEKS PERSEPSI MURID

 
JUM
MURID
S1
S2
S3
S4
S5
S6
100
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS

5
33
42
20
5
33
42
20
0
5
85
10
13
33
30
24
7
40
30
23
10
38
29
23
S7
S8
S9
S10
S11
S12
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS


87
13


85
25
16
48
24
12
36
15
27
22


87
13
5
4
59
32
S13
S14
S15

STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS
STS
TS
S
SS

23
37
40

27
45
28

5
87
8






SKOR INDEKS PERSEPSI MURID (IPM) TERHADAP GURU PENYAYANG

BIL
JUMLAH MURID
GURU TIDAK PENYAYANG
(SKOR 1-29)
GURU KURANG PENYAYANG
(SKOR 30-44)
GURU PENYAYANG
(skor 45-60)


100




JUMLAH
23
45
32


PERATUS IPM
32



Skor guru kurang penyayang


INSTRUMEN  PEMANTAUAN PELAKSANAAN  PROGRAM GURU PENYAYANG (GP)

NAMA SEKOLAH               : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
DAERAH                               :PUDU                                                                                      NEGERI : WPKL
BIL
ITEM

YA
TIDAK
1
JAWATANKUASA PELAKSANA GURU PENYAYANG TELAH DITUBUHKAN

/

2
TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA SEMUA GURU
/

3
PENGURUSAN SEKOLAH DAN GURU MENYAMBUT KEHADIRAN MURID DI PINTU PAGAR
/

4
PENGURUSAN SEKOLAH DAN GURU MENGALU-ALUKAN KEPULANGAN MURID
/

5
PENGURUSAN SEKOLAH DAN GURU MEMBERI PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA MURID
/

6
LAYANAN GURU ADALAH MESRA SEMASA MENYAMBUT DAN MENGIRINGI MURID PULANG
/

7
SEKOLAH MENGADAKAN PROMOSI YANG SESUAI BERKAITAN DENGAN PROGRAM GURU PENYAYANG
/

8
PENERIMAAN DAN KERJASAMA GURU TERHADAP PROGRAM GURU PENYAYANG ADALAH BAIK
/






RUMUSAN GURU
INSTRUMEN PANDANGAN GURU PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG
DAERAH               :SMK CHERAS,  PUDU                                                                                     NEGERI : WPKL
BIL
JUMLAH
GURU
S1
S2
S3
S4
S5
S6


Y
T
Y
T
Y
T
Y
T
Y
T
Y
T

20
20

20

20

20

20

20


                                                                               
INSTRUMEN PEMANTAUAN MENGALU – ALUKAN KEHADIRAN MURID
PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG

SEKOLAH : SMK CHERAS
DAERAH : PUDU
NEGERI : WPKL
NAMA PEMANTAU :                                                       TARIKH :                               MASA :
BIL
ITEM
YA
TIDAK
1
Keberadaan pentadbir dan guru semasa mengalu-alukan kehadiran murid di pintu masuk sekolah

a.       Pengetua
/


b.      Penolong Kanan Pentadbiran
/


c.       Penolong Kanan HEM
/


d.      Penolong Kanan Lain
/


e.      Guru Kaunseling
/


f.        Guru -guru
/


g.       Ibu Bapa

/
2
Aktiviti semasa pentadbir dan guru mengalu-alukan kehadiran murid

a.       Bersalam dengan mesra
/


b.      Berkomunikasi / menyapa dengan baik
/


c.       Menyambut dengan senyum, ceria dan gembira
/

3
Kaedah pentadbir dan guru menyambut murid

a.       Mengalu-alukan kehadiran murid dengan mesra
/


b.      Menguatkuasakan peraturan dan disiplin sekolah

/


 

Telegram Channel