16 January 2015

Lunch di Yayasan Pendidikan Cheras

Terima kasih YPC
Lain kali jemput lagi

Mendapat jemputan majlis makan tengah hari di Yayasan Pendidikan Cheras bagi sekolah sekolah angkat YPC. Ini merupakan acara tahunan awal persekolahan di mana YPC meraikan sekolah sekolah angkatnya dan pengetua menghantar 5 orang guru mewakili sekolah. Oleh kerana saya selaku AJK Biro Pendidikan  maka satu surat jemputan atas nama memang diterima. Pengetua memilih semua kaunselor, ketua guru disiplin dan Cikgu Norliza orang kuat ICT sebagai wakil sekolah menghadiri jamuan tengah hari ini.

Tahun ini merupakan tahun ke 15 penubuhan YPC dan pelbagai program telah dirangka oleh Yayasan Pendidikan Cheras untuk sekolah -sekolah angkat YPC. Jamuan tengah hari sangat santai dengan ucapan ringkas dan padat oleh penaung YPC yang dikenali dengan nama Dato' Syed Ali Alhabshee. 

 

Telegram Channel