17 January 2015

Sambutan Maulidur Rasul

Allah, permudahkanlah
Jangan dipersulitkan
Dan Kau akhirkanlah 
Dengan kebaikan.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dijalankan di dewan pada masa pertama. Setelah selesai bacaan Yaasin, ustaz menyampaikan ceramah Maulidur Rasul dan kuiz agama. Hadiah diberikan kepada pemenang kuiz. Salawat ke atas nabi beramai ramai sebelum menikmati jamuan makan yang disediakan. Manakala para pelajar Moral pula menjalankan aktiviti di tapak perhimpunan bersama Cikgu Padali menyampaikan ceramah mengenai Ketrampilan Diri Pelajar. Aktiviti kuiz juga diadakan dan hadiah disampaikan kepada para pemenang sebelum pelajar juga menikmati makanan yang disediakan.

Bagi aktiviti ini, saya bertugas selaku AJK untuk program Maulidur Rasul, membantu ustazah dalam pengedaran makanan kepada para pelajar Islam dan mengambil gambar untuk dokumentasi. 
Oh ye tabung bencana banjir masih lagi dikutip untuk sumbangan dan kutipan setakat hari ini mencecah RM 1,700.
Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Nasrun
Kuiz
Salawat
Pengetua menyampaikan amanat
Jamuan makan
Cikgu Padali menyampaikan ceramah Ketrampilan Diri
Pelajar Moral di tapak perhimpunan
 

Telegram Channel