14 March 2015

SPM Serendah 3 kredit dan Gagal :Institusi Untuk Dituju

Apakah SPM yg dikategorikan berpencapaian rendah? Jika pelajar mendapat keputusan SPM dibawah 5 kredit iaitu maksimum 4 mata pelajaran sahaja yg mendapat keputusan C ke atas maka dikategorikan pencapaian rendah kerana tidak layak mengisi borang matrikulasi dan UPU untuk universiti dan sepenuh masa di politeknik premier dan mendapat tempat untuk pengajian diploma kerana syarat am ialah 5 kredit. Begitu juga dengan universiti swasta juga memerlukan minimum 5 kredit dan majoriti pengajian diploma peringkat kolej juga memerlukan 5 kredit. Hanya beberapa kolej swasta sahaja menawarkan kelulusan 3 kredit peringkat diploma bergantung kepada kursus yg ditawarkan. Oleh itu adakah peluang untuk pelajar tersebut menyambung pengajian telah tertutup?

Antara tempat tempat yg masih lagi mengambil pelajar kelulusan rendah untuk menyambung pengajian ialah:
1) Institut Teknikal Jepun-Malaysia
klik di sini Laman Web Rasmi JMTI 
klik di sini Portal 1Malaysia Training Centre
Tempat ini menawarkan kursus di peringkat diploma dengan 4 kredit sahaja iaitu BM, Matematik, subjek berteraskan Sains dan satu mata pelajaran lagi. Bahasa Inggeris juga perlu lulus. Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik, komputer, elektrik, pembuatan,pemesinan jitu

2)Institut Latihan Perindustrian
klik di siniLaman Rasmi Institut Latihan Perindustrian
klik di sini Permohonan Ke ILP

Menawarkan kursus peringkat sijil teknologi. Berkelulusan SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains/ Teknikal.

3) Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC
klik di sini Kursus di ADTEC
Tempat ini menawarkan diploma yang memerlukan kredit dalam 3 mata pelajaran sahaja terutamanya bahasa melayu, matematik dan satu subjek sains atau teknikal. Dan perlu lulus Bahasa Inggeris.
Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan kimpalan, pembuatan, jaminan kualiti, polimer, seramik,rekabentuk produk industri, automotif, minyak dan gas, pengeluaran automotif, elektrik, elektronik, telekomunikasi, penyejukbekuan dan penyaman udara, mikroelektronik, mekatronik, komputer, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, penyelenggaraan kapal terbang.

## Ketiga - tiga program 1 - 3 di atas merupakan program di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan yuran percuma dan makanan percuma sepanjang pengajian. Malah elaun diberikan secara bulanan.

4) Institut Kemahiran Belia Negara
klik di sini senarai IKBN
Pusat ini juga menawarkan kursus 3 kredit untuk kursus diploma, ada kursus peringkat sijil  juga untuk yang hanya lulus SPM dan ada juga yg menawarkan kursus sijil setakat tamat ting 5 yg bermakna jika anda tidak lulus SPM pun anda boleh memohon kursus tersebut. Institut ini memerlukan 3 kredit bagi diploma tetapi BM jika mendapat lulus sahaja pun boleh dan 3 kredit mesti dari Matematik, subjek Sains/ teknikal/vokasional dan satu dari mata pelajaran lain.
### Program dibawah Kementerian Belia dan Sukan ini juga menawarkan yuran pengajian percuma dan elaun makanan percuma. Elaun bulanan juga diberikan.

5) Politeknik Metro
klik di sini laman rasmi politeknik
Tempat ini menawarkan diploma dengan 3 kredit pada Matematik, Satu subjek elektif sains atau vokasional atau teknikal, satu mata pelajaran lain, lulus BM, BI dan Sejarah bergantung kepada kursus yg ditawarkan.

6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA
7) Kolej Profesional MARA
klik di sini permohonan online

Dibawah MARA dan kelulusan SPM dengan tiga kredit iaitu BM, Matematik, subjek Sains/ teknikal/ vokasional dan lulus BI untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA dengan kursus kemahiran perindustrian dan kejuruteraan dan lain-lain peringkat diploma.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

8) Kolej Polytech MARA (KPTM)
klik di sini Website Kolej Poly-Tech MARA

Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.


9) Kolej Komuniti

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sijil kemahiran malaysia sepenuh masa dengan kelulusan SPM. Manakala kursus untuk jangka pendek juga ditawarkan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa lulusan akademik.
Pembiayaan pendidikan peringkat sijil melalui tabung kemahiran dan bantuan kementerian.

10) Latihan Separa Perubatan-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
klik di sini borang online latihan separa perubatan KKM
Kelayakan dua kredit dan empat subjek lulus termasuk Bahasa Melayu mengikut subjek tertentu untuk kursus tertentu. Mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains/Sains Tulen diberi keutamaan. Elaun semasa berkursus akan dibayar.

11)Giat MARA
klik di sini Laman Web Giat MARA
klik di sini Senarai Kursus Di Giat MARA
klik di sini Lokasi Giat MARA
klik di sini permohonan online ke Giat MARA
Ditawarkan kepada Bumiputera, elaun diberikan dan pengajian peringkat sijil kemahiran menggunakan konsep modular. Kelayakan tau membaca dan menulis. Ini bermakna pelajar yg gagal SPM juga boleh memohon. Pembelajaran hands on, employer skills. Latihan percuma dan elaun bulanan diberikan.

12) Institut Kemahiran MARA
Kelulusan kursus yang ditawarkan serendah bumiputera yg lulus Bahasa Melayu sahaja dan mempunyai sijil SPM.sehinggalah ke kursus peringkat kejuruteraan yang menawarkan lulus SPM dengan kelulusan pada Bahasa Melayu, kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik.
klik di sini permohonan online


13) Institut Kemahiran Baitulmal
klik di sini institut kemahiran baitulmal
Bagi pelajar Islam yg mempunyai pendapatan keluarga kategori asnaf dan miskin serta setakat lulus atau tidak lulus SPM. Kursus yg ditawarkan memerlukan pelajar ini berumur 18 tahun ke atas dan akan memperolehi elaun bulanan yg agak banyak berbanding institut kemahiran lain. Kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, kursus penyajian makanan, kursus rekaan fesyen, kursus seni lukis dan seni reka, kursus teknologi binaan bangunan

14)Institut Latihan Pertanian
klik di sini Laman Web Latihan Kemahiran Pertanian

Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,
Yang penting lulus SPM dan mempunyai satu kredit sahaja pada mata pelajaran elektif yang berkenaan seperti di bawah untuk permohonan kemasukan.

Kursus Sijil Pertanian
  1. 17-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPM(V) atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)  dan
  4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan
  5. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie.
  6. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  7. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Kos pengajian, penginapan, makan dan minum adalah dibiayai sepenuhnya olehkerajaan. Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM330.
Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200/bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250/bulan untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Manakala elaun bagi Latihan Industri adalah RM300/bulan.



SIJIL KEMAHIRAN PERTANIAN

Sila klik di sini Jabatan Pertanian Malaysia
Mengikut tahap iaitu tahap 1, tahap 2, tahap 3, tahap 4
Permohonan tahap 1 serendah kelulusan UPSR.
Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,

Di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang dan
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

15) Malaysia Automotive Institute
klik disini http;//mai.org.my/v3
Agensi di bawah MITI yang bukan berasaskan keuntungan. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun tanpa kelulusan peringkat SPM. Ia menawarkan kelulusan serendah UPSR bagi program IPC.

Technician/ Operator 
IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi, autonomous maintenence dan kawalan kualiti. Para pelatih yang berminat tiada bayaran dikenakan kerana IPC bukan kursus berasaskan keuntungan. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Makan minum disediakan secara percuma, penempatan disediakan .Kelas diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu. 


Latihan industri selama 4 bulan. Bulan pertama dengan elaun RM200 manakala pada bulan kedua terus mendapat gaji dan EPF.Gaji minimum sebanyak RM900 dengan bayaran percuma asrama. Makan minum percuma bergantung kepada tempat latihan. Selepas disahkan jawatan dalam sebulan, gaji akan naik.  Lulusan MAI mempunyai sijil yang diiktiraf oleh CIDB. Pelatih akan menerima sijil yang diiktiraf dari MAI dan JPK.

16) Politeknik klik disini Permohonan Politeknik
Menawarkan kursus pra diploma politeknik sama ada pra sains atau pra perdagangan. Terbahagi kepada 3 iaitu
Mutiara - Program Menggilap Impian Anak Muda (MUTIARA) yang terbuka kepada semua.
MDWF - Mengubah Destini Warga Felda dengan hanya pemohon warga Felda seperti anak atau cucu peneroka, anak pentadbir felda atau anak kakitangan felda induk/ kerajaan sahaja
MDAIM - Mengubah Destini Anak India Malaysia yang terbuka kepada anak-anak kaum India.
Asrama disediakan beserta yuran pengajian, yuran asrama dan yuran pelbagai. Bagi pemohon dibawah MDWF dan MDAIM tambahan kemudahan iaitu diberi wang saku RM 250 sebulan.

Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester
Pra diploma sains akan mengikuti diploma kejuruteraan elektronik atau mekanikal manakala pra diploma perdagangan akan mengikuti diploma akauntasi, pemasaran, perniagaan, setiausaha

17) INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. Tempoh 5 semester termasuk 1 semester untuk latihan industri. Berumur 17 - 21 tahun dan lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus.  Yuran pengajian RM 200 setiap semester, yuran kemudahan RM80 setiap semester dan lain -lain yuran RM85 satu semester. Yuran yang murah setiap semester. Permohonan melalui laman web www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=16806. . Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


18) UiTM - program MDAB ( Mengubah Destinasi Anak Bangsa)
Kursus pra diploma perdagangan: 6 bulan sebelum ke diploma
Lulus SPM dan mendapat 3 pujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik , BI, SEjarah

Kursus pra diploma sains: 6 - 12 bulan sebelum layak ke diploma
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, lulus Sejarah, kepujian Matematik/Add Math, lulus Bahasa Inggeris dan lulus salah satu mata pelajaran Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains Tambahan

Klik link http://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Kemudahan: Pengecualian yuran pengajian, kemudahan asrama dan elaun bulanan

19)Kolej swasta yg menawarkan dioloma 3 kredit SPM dan memasuki diploma melalui bantuan PTPTN. Senarai kolej swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia boleh dirujuk di
klik di sini senarai kolej swasta yang ada akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia
Berhati -hati apabila merujuk ke kolej swasta pastikan kelulusan kursus yang mempunyai akreditasi. Pelajar perlu memohon PTPTN dan ada pembiayaan PTPTN yang 100 peratus dan ada yang tidak 100 peratus. Ini bermakna pelajar perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kos yuran pengajian.

Berikut merupakan panduan sahaja. Namun saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biarlah bermula dengan sijil dulu, dengan sijil itu pengalaman dan bakat diketengahkan untuk mengorak langkah yg lebih besar...iaitu  Menjadi pekerja industri yg mahir dalam bidang pengkhususan masing masing.
Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian  terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yg diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus dibidang perindustrian.  kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains/ teknikal/ ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran -kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan dalam industri.

Begitu juga konsep Unit Pengambilan Institusi MARA,  seperti Kolej profesional MARA dan Kolej Politek MARA kursus -kursus diploma bertaraf universiti cuma kelayakan syarat am untuk masuk diterima dengan minimum lebih rendah iaitu 3 kredit bergantung kepada kursus yang diambil. Jika anda teliti kursus -kursus tersebut adalah kursus -kursus pengurusan, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain yang ditawarkan juga di IPTA dan IPTS cuma bezanya ia dikendalikan oleh Unit Pengambilan MARA. Tajaan MARA diberikan kepada yang layak. Elaun yang diberikan juga dibawah MARA. Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA menawarkan kursus kemahiran dalam perindustrian, kejurteraan dan lain-lain.

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pula  membantu menawarkan kursus untuk pelajar 3 kredit sahaja dalam SPM. Dengan ini membantu pelajar tersebut berpeluang menyambung pengajian.
Bagi pelajar yg gagal SPM atau lebih rendah dari 3 kredit dalam SPM, kemahiran yg diajar dalam bentuk modular iaitu satu modul by satu modul secara hands on lebih memudahkan mereka untuk menerima pembelajaran dan menyiapkan modul by modul dan menerima sijil juga sijil by sijil setiap kali dpt menyiapkan satu modul. Mereka boleh menyambung pengajian ke tahap sijil kemahiran 2/ 3 dan 4 setelah dapat menyiapkan semua modul.

Bagi pusat latihan yang menawarkan SKM tahap 1/2/3 yang penting jika anda berjaya ke SKM tahap 4 ia dah menyamai taraf diploma kerana tahap 4 merupakan diploma kemahiran. yang penting anda mengetahui potensi diri anda sendiri..kemanakah hala tuju anda dengan keputusan SPM anda. 

Beach and sunset
A beautiful place
To clean my head
A superb view
To clear my mind
Hello PD :)

667 comments

«Oldest   ‹Older   601 – 667 of 667   Newer›   Newest»

Salam Shafinaz
Gagal sejarah menyebabkan result spm gagal tetapi anda boleh mengulang paper sejarah sahaja pd bulan Jun nanti. Daftar segera sblm 31 mac 2018. Bagi meningkatkan peluang memohon untuk kursus pendidikan awal kanak kanak.

Gagal Math dan anda berminat dgn sistem komputer dan grafik boleh mohon Kolej Polytech MARA peringkat diploma. Sbb kolej komuniti kursus sistem komputer dan sokongan peringkat sijil atau jangka pendek



 

Salam Burhanuddin
Kursus pastri dan kulinari peringkat sijil ada ditawarkan di kolej komuniti.

Salam
Memohon giat MARA sepenuh masa memrlukan kamu mengenalpasti giat mara mana yg menawarkan kursus yg ingin kamu ikuti dan mengambil borang untuk menjadi peserta kursus sepenuh masa dan memulangkannya semula di situ

Salam Firdaus
Gagal BI dan Math menjejaskan byk peluang. Walaupun anda tamat sijil elektrik tetapi untuk memohon ke peringkat setara diploma, Math peringkat SPM diperlukan. Oleh itu lebih baik anda mengulang subjek Math tahun ini pada bukan Jun. Daftar di JPN sblm 31 Mac. Ada bayaran pendaftaran asas sebanyak rm20 dan byaran Math rasanya rm10.50. Bagi BI tidak ditawar pada Jun tetapi pada Nov 2018. Fokus pada Math dahulu untuk kredit bagi meningkatkan peluang mengambil diploma di institusi yg lebih tinggi yg boleh membawa kamu ke peringkat ijazah

Salam Siti Nurhafizah
Memandangkan hanya dua kredit sahaja tetapi anda tidak memaklumkan result yg lain bagaimana adakah semuanya gagal atau semuanya sekadar lulus. Krn ada bezanya untuk syarat masuk ke institusi tertwntu. Andai kata 2 kredit semua gagal, lebih baik mengulang semula pada Nov 2018 dgn mendaftar di JPN sblm 31 Mac 2018 di Jabatan pendidikan negeri kamu. Tetapi jika dua kredit tetapi yg launnya lukus, kamu ambil paper Sejarah dan Math pada bulan Jun 2018 dan masih lagi perlu mendaftar sblm 31 Mac. Ini kerana result ok kredit dgn 4 kredit ini boleh melayakkan kamu ke institusi. Ini kerana kursus yg majoritinya 3 kredit dan bi boleh lukus

Salam
Lebih baik anda mengulang sejarah hingga lulus. Sejarah gagal umpama gagal SPM dan apa shj permohonan yg memerlukan sijil SPM akan menggagalkan permohonan anda

Salam Puan.
Saya ingin bertanyakan pendapat memgenai hala tu adik saya, dia merupakan lepasan SPM tahun 2017. Result yang telah ditetima seperti dibawah.

BM B+,BI D,PI B,Sej A-, math E, Sc B+, prin.prakuann D & ekonomi asas E.

Bidang manakah sesuai utk sambung belajar, memandangkan subjek mengira dia sangat lemah.Adik juga tidak mempuanyai minat mana2 walaubagaimana pun dia tetap bersemangat utk sambung di bidang akuantasi.

Mohon bantuan. May Allah bless. Tq

Salam Puan.

Saya ingin bertanyakan pendapat, laluan manakah sesuai untuk adik sy terus melanjutkan pelajaran. Result yg telah dia terima seperti berikut.

Bm B+,Bi D,Pi B, Sej A-, math E, sc B+, prin.p D & eko.asas E.

Memandangkan adik lemah pasa subjek math adakah layak utk ke universiti @politeknik. Boleh Puan cadangkan aliran yg sesuai utk result yg telah diperolehi.

May Allah bless u.tq

Salam cikgu,saya gagal matematik,tapi sya minat kursus sistem komputer dan rangkaian..bolehkah sya memohon di kolej komuniti ..

Appreciation to my father who told me concerning this blog, this webpage is in fact remarkable.

I am regular reader, how are you everybody?
This piece of writing posted at this site is actually good.

Salam na tanya kalau di slip spm tu hanya tulis layak mendapat pernyataan makna nya kita tak boleh ada sijil spm original laa ye ? Mohon pencerahan

Salam na tanya kalau di slip spm tu hanya tulis layak mendapat pernyataan makna nya kita tak boleh ada sijil spm original laa ye ? Mohon pencerahan

Salam Nabilah

Cikgu memerlukan data psikometrik mengenai personaliti dan minat kerjayanya untuk membimbing laluan yang diminatinya. Dari keputusannya memang laluan sebagai akauntan memang sukar kerana math dan akaun tidak memperolehi kredit.

Laluan kemahiran sesuai untuknya seperti elektrik, aircond, malahan katering dan fotografi juga boleh memandangkan sains kredit hanya math yang lulus namun tidak gagal. Dia mempunyai 4 kredit yang membolehkannya menyambung pelajaran ke peringkat kemahiran terlebih dahulu dan layak ke diploma. Namun pilihan terhad kerana math dan BI tidak kredit. Anda sudah boleh menyuruhnya memilih pilihan pilihan yang terdapat di kolej kemahiran swasta atau kerajaan

Salam,
Memandangkan anda gagal Math, cikgu cadangkan anda mendaftar untuk ujian Math ulangan sama ada tahun hadapan. Di samping itu anda boleh mendaftar kursus tersebut atau seumpama dengannya dengan mengambil sebagai kursus jangka pendek terlebih dahulu untuk tahap kemahiran 1 dan 2 yang ada juga ditawarkan di kolej. Namun jika syarat yang lain layak, hanya Math sahaja yang menjejaskan peluang ke kursus impian anda, jangan bertangguh untuk mengulangkaji subjek tersebut sebagai persiapan SPM Ulangan Matematik

To the person who mention this statement..

Appreciation to my father who told me concerning this blog, this webpage is in fact remarkable.

Thank you for the appreciation.

Salam Sha La Lilu

Salam na tanya kalau di slip spm tu hanya tulis layak mendapat pernyataan makna nya kita tak boleh ada sijil spm original laa ye ? Mohon pencerahan

Mengenai pertanyaan ini ya betul layak untuk pernyataan tiada sijil SPM kerana syarat untuk mendapatkan sijil SPM itu tidak memenuhi kriteria. Oleh itu sila membSPM Ulangan dengan mengeal pasti subjek yang perlu diambil untuk memenuhi peluang bagi mendapatkan sijil SPM dengan mengulang subjek yang wajib diperlukan untuk diulang bagi mendapatkan sijil SPM

Salam kak boleh tak saya nak no. Sbb saya nak ws berkenaan result n course saya

assalamualaikum..result spm saya 2 kredit dan math,bi saya gagal..adalah saya layak masuk ikbn atau kolej2 kemahiran?

Jika saya mendapat 3A iaitu pendidkan moral, b.melayu dan sejarah, 3 subjek lain seperti bi, math dan sains saya tidak kredit, seperti bi saya D sains saya C dan math saya E, saya layak untuk ditempatkan dimana ya?

Jika saya mendapat 3A iaitu pendidkan moral, b.melayu dan sejarah, 3 subjek lain seperti bi, math dan sains saya tidak kredit, seperti bi saya D sains saya C dan math saya E, saya layak untuk ditempatkan dimana ya?

Assalamualaikum kak, saya lepasan spm 2014, kalau spm saya tak ada kredit langsung layak ke kalau saya apply untuk course logistics/supply chain management di college swasta? Saya tidak bercadang untuk membuat pinjaman study tapi college yang saya apply kelayakan minimum 3credits, mereka cadangkan saya untuk menduduki semula spm. kalau saya buat rayuan di KPM mungkinkah rayuan saya lepas? apa perlu saya buat ye? saya buntu sangat

Assalam...anak saya telah gagal dalam exam sem 1 UiTM baru2 ni...saya memang kecewa tetapi tidak alsn berputus asa demi masa depan anak sata ini. Adakah anak saya akan diberi peluang untuk menyertai mana2 tempat yang disenaraiksn di atas?

Salam puan zalinda. Gagal semester 1 adakah ia menyebabkan anak puan disingkirkan atau di letakkan dlm status percubaan untuk semester yg berikutnya. Masih ada harapan untuk menyambung semester berikutnya dgn mengambil kredit yg sedikit. Namun beliau perlu berjumpa penasihat akademiknya untuk bantuan.

Jika disingkirjan dia masih lagi boleh menyambung kolej yg disenaraikan di atas dgn kelukusan spm nya.

assalamualaikum kak, saya pelajar spm 2017, kalau saya gagal sejarah tetapi lulus bm & dpt hanga 2 kredit apa perlu saya buat ye? belajar di mana?

Anda boleh mengulang semula Sejarah agar mendapat sijil SPM yang penting di kemudian hari nanti atau mengikuti kursus kemahiran yang mengambil murid gagal SPM pada list cikgu pada entri di atas. Sewaktu mengikuti kursus kemahiran tahap 1 , anda boleh mendaftarakan diri untuk SPM Ulangan subjek Sejarah dan mengambil kelas tambahan.

Assalamualaikum cikgu


Saya ingin menanyakan soalan.Saya lepasan Spm n saya dapat 1 B (SAINS),2 C (SEJ, PI),3 D (MT,NIAGA,BM), dan 2 E (EKONOMI,BI).SEMUA LULUS MEANS 1B 2C 3D 2E.PERTANYAAN SAYA INSTITUTE MANAKAH YG SESUAI DENGAN RESULT SAYA HMM.SAYA HARAP CIKGU ATAU KAK REPLY DAN MENOLONG SAYA :)

Assalamualaikum kak .nak tnya kalw saya 1 b sains,2 c sej n pi ,3 d math, bm ,perniagaan dan 2 e bi dengan eko.institue manakah yg sesuai dengan saya.

Salam
Result utama iaitu BM, Math dan BI mendapat lulus jadi permohonan ke kolej politeknik metro , institut kemahiran untuk sijil adalah lebih layak

Asslm.sy hrp ada lg cikgu..Sy nk smbung study dlm bidang y relate dgn kjuruteraan elektrik atau teknologi industri,pgrusan industri kearah lingkungan kjaya pgurusan bkaitan kjuruteraan elktrik dlm kcuali sivil..BM SPM sy x sgkablh dpt 7 sdgkn sy yakin dpt 1..hmm..sy dah 38 skrg..mcmna sy nk masuk univrsiti awam ..blhkah sy interview dgn MQA..sy juga bminat utk jd tenaga pngajar krn sy minat dlm bdg kjuruteraan,sastera agama,dan ekonomi..tolong sy....
Saya lpsn IKM.dgn akuan tmat 2tahun..dan sy ada juga klykkn pw3 lesen kompeten..sy ada lnjutkn ke HND di BMI tp x hbis sbb mslh loan x dpt..SPM sy ada 7kredit(agr.1,3,4,5,5,6,6)dan 3 lulus dgn
ketiganyaagregat 7..

Adakah prlu sy mngulang BM Sbb dpt 7..sdgkn sy dh pnh lnjutkn pljrn ke IKM DAN BMI..SPM saya lg 1 nk dpt GRED 1..Sedih,frust...
SYARIAH 1,Q.S 3,EKONOMI 4,SAINS 5,SJRH 6,B.A TGGI 5,B.A KOM 6,...M3,BI,&BM 7..ERMM.. JK BM sy kredit..kos bkaitan apa sy lyk...sy bmnt pd bdg kjrutraan,pmbuatan pkolangan,aviation,pengurusan,perunding,dan undang2(krn sy minat dgn akta dan peraturan swktu di IKM)..dan juga smasa bljr d BMI,bru sy nmpk yg sy blh catch up subjek spt FIZIK sbb sy lulus dlm Principal Elctric dlm.exam y follow british grading...dan mnt dgn subjek Mnagement organisation...slain dr itu smmgnya sy mahir brasal dr scorer pgajian2 agama dan bhs arab(ini juga sy tfikir utk dptkn pgjian minor bidang bkaitan syariah dan yg sptinya bsm bdg2 lain y blh conbine bsm bdg kjurutraan atau pgrusan industri n techno...

assalam , saya pelajar lepasan spm 2018 , saya dapat 4A dan 4B+ utk spm , tapi saya gagal permohonan upu , saya amat meminati bidang law syarie , jika saya masuk ke kolej dan mgambil course diploma pngajian islam dan perundangn syariah , adakah saya dapat melanjutkan pelajaran di ipta untuk degree ? dan bolehkah saya memindahkan credit ?

HI,GOOD MORNING

NAK TANYA KALAU SAYA NAK STUDY COURSE ADTEC TAPI KELULUSAN SPM SAYA HANYA 2 KREDIT IYA ITU PENDIDIKAN SENI DAN SAINS.MATA PELAJARAN SEMUA LULUS CUMA 2 KREDIT SAHAJA.ADAKAH SAYA DITERIMA KE COLLEGE?

assalamualaikum, saya nak tanya. result spm saya seni B bm C sains, pendidikan islam, perniagaan D pastu bi, sej dengan maths saya E. college mana saya boleh masuk ya?

Salam HM ELectro

Jika anda memperolehi semua subjek kredit atau semua subjek A tetapi BM gagal atau sekadar lulus memang menyukarkan kerana kakitangan kerajaan perlu kredit dalam BM SPM. Oleh itu anda boleh memohon pengulangan SPM BM. Ramai yang dah berumur 30an malahan ada yang 40an mengambil SPM BM ulangan untuk mencapai impian masing - masing yang tersekat. Anda perlu alert dengan iklan sepanjang Mac setiap tahun kerana pendaftaran BM ulangan diadakan pada bulan Mac terutama calon persendirian. Jika anda mendapat kredit BM anda boleh menggunakan slip BM kredit tersebut untuk memohon. Perlu diinatkan bahawa silibus BM sudah pasti tidak sama seperti zaman anda mengambil SPM. Oleh itu anda perlu belajar kelas tambahan untuk menyesuaikan dengan teknik pembelajaran sekarang.

Salam
Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan UPU walaupun anda kategori pelajar cemerlang iaitu 4A dan 4B plus. Adakah ada lagi subjek yang anda tidak nyatakan result di sini yang mungkin mendapat D atau E atau adakah yg gagal. Kerana dikhuatiri subjek yang anda tidak nyatakan adalah subjek syarat wajib seperti BM, BI atau Math. Subjek kritikal yang menyebabkan ramai pemohon gagal, kerana kombinasi setakat lulus. Atau kombinasi subjek anda yang tidak ememnuhi syarat am dan syarat khusus. Ya anda boleh memohon ke kolej tetapi cikgu sarankan anda rujuk kolej ada bahagian usahasama antara universiti IPTA mana untuk murid melanjutkan pelajaran. DEngan semakan demikian anda boleh membuat keputusan dengan rasional

ssalam , saya pelajar lepasan spm 2018 , saya dapat 4A dan 4B+ utk spm , tapi saya gagal permohonan upu , saya amat meminati bidang law syarie , jika saya masuk ke kolej dan mgambil course diploma pngajian islam dan perundangn syariah , adakah saya dapat melanjutkan pelajaran di ipta untuk degree ? dan bolehkah saya memindahkan credit ?

Hi!
Mengenai pertanyaan ADTEC, jika anda mempunyai syarat minimum anda boleh saja diterima masuk. walaupun mempunyai dua kredit. Sila semak sama ada peringkat sijil yang boleh menerima anda di bahagian laman web ADTEC

assalamualaikum, saya nak tanya, kalau saya gagal addmath, adakah saya masih layak untuk mohon ke universiti? boleh perincikan kursus yg sesuai jika gagal addmath? atau saya perlu ulang kertas spm?

hai adik2..jgn putus asa ya..bg yg nak sambung bidg pendidkan awal kanak-kanak/art dan nursing-bolehla hubungi sis 011-16930576-sis ade sedkit info tentang program ni...share la mana tau ade yg nak tau..tq ya

Kredit bm mate agama kimia fizik bio tp B.ingg dpt D. Nk mohon U syarat semua B.I msti sekurang2 C. Sedih sngat. Agaknya ada x peluang lain utk mohon U.

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, anak saya berminat untuk menyambung pelajaran dalm bidang english communication atau mass comm. Tetapi dia hanya memperolehi 1A iaitu subjek english, 2C (sejarah dan sains), 1D (BM), 2G (maths dan agama). Dia tidak berminat untuk mengulan semula paper maths /BM. Untuk pengtahuan cikgu anak saya mengidap dyslexia.
Kebanyakan kolej yang menawarkan kursus diploma english dan mass comm menghendaki dia memperolehi sekurang2nya kredit BM/Maths atau pass maths. Ada kah tempat yg boleh memboelhkan dia meymabung pelajaran dalm enlish/mass comm tsanpa perlu ulang paper BM/maths?
Terima kasih cikgu.

Salam Az
Untuk permohonan UPU tahun 2020, Jika BI anda D anda masih lagi berpeluang untuk ke politeknik kerana ada syarat khas politeknik yang masih menerima Bahasa Inggeris D. Malahan untuk pra diploma uitm juga menerima syarat BI gred D. Untuk kolej gabungan MARA pula seperti kolej profesional MARA dan UNIKL yang menerima murid dengan BI gred D

Salam
Bagi yang gagal Add Math, anda perlu mengenal pasti kursus apa yang anda inginkan ini kerana ada sahaja kursus yang tidak meletakkan Add Math sebagai syarat khas lulus atau kredit untuk memohon kursus tertentu. Rujuk panduan syarat ke UPU dan anda akan mendapati banyak kursus yanganda boleh daftarkan sekiranya hanya Add Math sahaja yang gagal dan anda memiliki 5 kredit yang lain aiaitu BM, Bi dan Math serta dua subjek elektif sains yang lain. Atau 3 kredit untuk kemasukan ke politeknik

salam cg.. sy nk tnya. kalau dpt 2kredit ja boleh ke kita masuk poli? dan ada ke diploma yg 2kredit?

Salam. Boleh walau dua kredit politeknik metro tawarkan kursus kemahiran. pembelian no pin di upu untuk kemasukan ke poli metro juga

Saya lepas spm 2019 1A 3b plus tapi math saya d .sya aliran seni

Saya dpt 1a 3bplus tapi math saya d saya aliran seni bi c plus

Assalamualaikum cikgu, saya lepasan SPM2018. Result SPM saya (BM-A- , BI-E , PAI-B+ , SEJ-D , MATH-D , SN-B , SASTERA-C+ , SENI-B+ , PERNIAGAAN-D) Layak ke saya untuk memohon diploma kejururawatan di swasta? Sekiranya tidak layak, boleh cikgu beri pandangan apa course yang selayaknya untuk saya? Terima kasih.

Assalam..saya lepasan spm 2017 saya ada 2 sijil 1 spm (subjek bm,bi,sej) 1 lagi skm (subjek math dan agama) dalam bidang katering..2018 saya dpt tawaran ke kolej komuniti course sistem komputer..2 tahun saya kat kolej komuniti dan telah pun selesai habis beljar di kolej komuniti..jadi saya nak tanya boleh kee saya nk smbung ke politeknik?..

Saya ingin bertanya apa itu lulus kepujian?

Assalamualaikum,saya pelajar spm2020 . Saya nak tanya..jika result spm saya semua credit kecuali BI saya E atau gagal..bolekah saya masuk ke universiti? Dan bidang ape yang bole saya ambil?

Waalaikummussalam
Result Bi jika gagal anad boleh memohon ke kursus kemahiran kerana ada kursus kemahiran yang tidak meletakkan syarat perlu lulus dalam BI.

Salam
Lulus kepujian bermaksud anda dapat gred C paling minimum

Assalamualikum nak tanya selepas ambik sijil lanjutan penyediaan makanan di ikbn, macam mana nak sambung diploma dan berapa lama tempoh untuk sambung diploma tu

Assalamuaikum, sy nk tanya berdasarkan keputusan spm sy at layak ke Dalam bidang penulisan Dan mcm mne nk mohon melalui platform apa?
Bm-B+
Bi-E
Mt- D
Sc- B
Pendidikan Islam-B
Pendidikan seni visual-B
Perniagaan - C
Tasawwur Islam-B+
Sejarah-C+

Assalamualaikum cikgu,Klau Sya dpt 7 kredit,tpi math Sya D,kemana tmpat yang perlu Sya study,tpi Sya minat dlm kos jururawat dan pendidikan awal kanak kanak

Assalam kak, saya mempunyai 7 kredit spm 2019 iaitu bm, sej, geo, reka cipta, pertanian, sains, Dan pendidikam agama Islam tetapi Bahasa inggeris Dan matematik saya dapat Lulu's E Dan say berminat until sambung pengajian ke politeknik jadi course apa yang saya mampu dapatkan di politeknik? Mohon pencerahan

Assalamualaikum saya lepasan spm 2018 Dan inshallah berhasrat nak sambung diploma di politeknik pada tahun 2020 bagi sesi disember sekarang hanya tunggu result permohonan bagi sesi disember keluar.saya dapat 7 kepujian dalam spm iaitu geo,sej,pertanian,reka cipta,bm,pai,Dan sains tetapi ada 2E iaiti b.i Dan math jadi boleh saya tahu course apa yang saya layak berdasarkan keputusan spm saya? Mohon pencerahan

Assalam , kalau result saye dapat 2A (BM, PSV) ,3B (PI, MATH, SAINS) ,2C (BI, SEJ), 2D (PERNIAGAAN, SK) adakah saye masih ade peluang untuk masuk ke universiti atau politeknik ???

Assalamualaikum kak..SAYA SPM 2019 2B 3C+ 2D dan 1G..YANG G TU IALAH MATEMATIK..Kalau saya nak ambil sijil kat kolej komuniti lepastu boleh tak saya sambung belajar ke politeknik walau keputusan spm mt saya gagal ?

Assalamualaikum kak..SAYA SPM 2019 2B 3C+ 2D dan 1G..YANG G TU IALAH MATEMATIK..Kalau saya nak ambil sijil kat kolej komuniti lepastu boleh tak saya sambung belajar ke politeknik walau keputusan spm mt saya gagal ?

asalammualaikum cikgu...saya mahu menanyakan sesuatu bagi yang mendapat 3 kreadit dalam spm...khusus apa yang perlu saya mohon atau memilihnya

Assalam....cikgu nk tnya anak saya 5kredit untuk spm 2021 xpi math dia dapat E adakah dia boleh sambung belajar atau mana2 intitusi yg boleh dia mohon.atau repeat kertas maths..mohon balas terima kasih

Assalam....cikgu anak saya spm 2021 semua lulus kecuali maths dia dapat E...bolehkah dia mohon mana2 intitusi atau politeknik...dia minat bidang kulinari dah pelancongan atau kena ulang balik kertas maths sahaja...mohon penjelasan...tq

waalaikummussalam

result SPM lulus masih tgk lagi samaada lulus E/D atau lulus dgn kredit ke atas iaitu A/B/C kerana kelayakan terhadap sesuatu kursus masih mengambilkira gred subjek yang lulus tersebut. Ini kerana ada institusi yang menerima pelajar dengan 3 kredit lulus sama ada pelancongan atau kulinari tanpa mengambil kira subjek matematik kredit. Maka tidak perlu anak mengulang subjek tersebut

Salam cikgu. Nak tanya kalau saya nak study course business tetapi kelulusan spm(2017) saya Ade 4 credit sahaja Dan Bm Dan math saya D? Adakah saya perlu retake spm atau diterima masuk ke college awam?

«Oldest   ‹Older   601 – 667 of 667   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel